Thursday, May 3, 2018

Bubur Power and Admin WhatsApp Group Giler Kuasa

Assalamualaikum..

Hari semalam I dapat jugak jogging setelah sekian lama bercuti. Last rasanya2 minggu lepas kot dengan Kaklong? Memula hujan, so I dah frust habes sebab dah set dalam kepala nak jogging and berpeluh harini, lepas tu Intan cakap masa dia jalan kaki pergi train pon, tak payah pakai payung so zaaaaaaaaaaaap terus I salin baju. I sorang-sorang je semalam pon jadik (Loser ke?). Lagi focus. Dapat 4km puas hati aku berpeluh. Track macam licin sikit tapi I hati-hati je. Taknak sampai jatuh sebab kalau jatuh sapa nak tolong I. Sian I, dah la anak yatim *tetiba. I lari non-stop until masuk lap ke 3 baru ada jalan sikit-sikit. Pace 6’56 memang biasa-biasa je tapi Ok la. Actually yang terbaik is Brisk Walking. That is the best. Takyah beria nak lari sangat. Brisk Walking lagi banyak kebaikan. Antaranya ialah dapat menguatkan jantung, dapat tones kaki, punggung and perut, dapat prevents dari Osteoporosis, dapat boost Vit D level, maintain berat badan and macam-macam lagi lah. Yang tu korang Google sendiri. Tapi I ada satu perasaan yang kalau tak betul-betul berpeluh, semacam tak puas hati. Anyways, masa balik tu, I singgah beli Nasi Lemak Kukus and Ayam Goreng untuk Shein punya dinner. Tengok Abang sebelah ada jual Laksa. Macam tingin pulak. Dah la Abang tu baik bagi Air Soya dengan Kuih Free. Tachiuuuuuu Abang!! Dah beli, takkan la nak tengok je kan? Lepas suap Shein makan terus I makan Laksa. Cita-cita nak makan separuh tapi takde maknanyaaaa. Setel Semangkok siap Telur Rebus Sebijk. (Tu pon masa suap Shein I marah-marah sebab dia makan main-main, abes bila Mama dapat makan Laksa hahahahah).  I meses Intan cakap I menyesal makan. I cakap ‘Biasalah Melayu, lepas dah sedar buat silap baru nak menyesal’.  Kata Intan ‘Takyah menyesal la Kaksu. Nasi dah jadik Bubur’. Lepas tu I cakap ‘Tapi Razz Bubur Power sedap’. So tak relevan dah peribahasa ni. OMG wei, Razz Bubur Power ni memang betul punya Power. I takde la suka makan bubur tapi Bubur ni is the best in the WORLD!


Ni la Razz Bubur POWER. Ada Bubur Ayam RM6, Bubur Daging RM6, Bubur Combo (Ayam + Daging) RM7 and Bubur Telur Masin RM7. Setiap jenis bubur ni ingredient dia lain-lain. Nak tambah apapa kena RM1.00 tapi yang I punya ni special. I mintak Bubur Combo + Telur Masin + Ikan Bilis + Kacang. Hahahahahha. Terus kena RM8.00 semangkuk. Puas hati aku.



Dia letak dalam mangkuk tinggi ni. Ada kicap pedas as well. Wei, Bapak la sedap! Yang ada Baby Crab tu I beli asing dekat kedai lain. Hahahahahaha. Pempuan ni kalau dapat makan, kussssss semangat.

I tak sure Razz Bubur Power ni ada booth dekat mana-mana sebab usually kitorang beli time ada jual-jual dekat office I je. I biasa beli banyak sebab tapau untuk Mak and Bapa sekali. Depa suka. I pon suka jugak. Sebab sedap! Haritu I dah interview abang jual ni. Dia ada jugak buat catering bubur. Ada RM3.00 (mangkuk kecik) and RM5.00 (mangkuk besar). Minimum 50 mangkuk tak silap I. Dah plan dah nanti nak ambik abang ni either untuk Aqiqah adik Shein (Now beliau masih di syurga) Or Open House/House Warming cececece. Tu pon taktau zaman bila la. But bubur ni sumpah sedap. Kalau I cakap sedap tu, maksud dia sedap la. Haritu ada orang DM dekat IG Story tapi I takde info but now I dah ada. Korang boleh check out IG dia @razzbuburpower tapi I tengok macam takde update sangat je or boleh Call 011-37018770 (Ajib) | 018-3161514 (Azie). Good Luck!


Takde la bagus sangat pencapaian tapi beria nak share. Eh, biarlah!


Yang Group I Will Survive ni, I sorang je Admin. Dulu Dyba, Intan and Kaklong pon Admin tapi I dah kick. Haritu Kaklong kena kick sebab I tanya dia, ‘Kaklong, harini join lunch tak?’ Dia jawab ‘Aku ada Ngaji’. Zaaappp terus kena kick. HAHAHAHAHA. Kaklong cakap ‘Ngaji pon kena kick. Jahat la dia ni’. I memang Gila Kuasa wei. Yang paling banyak kali kena kick Izzy la. Sebab dia selalu busy je takde dekat office. Sampai ada sekali dia cakap ‘Izzy takde, Outstation. Jangan la Kick’. Kata Izzy pada Intan ‘I bersusah payah nak masuk group tu, sekali kena kick’. HAHAHAHAHAHA. Sian giler. Masa Jumaat lepas, Intan jalan dengan Kaklong. I tengah tengok baju dekat H&M lepas tu  beli eskrem dekat Baskin Robbins. Dorang lalu je dekat I, takde tunggu I. 


The explanation and after that kena kick out. Hahahahaha.


Ni semalam I belikan dorang cake dari @qookiemomstar and nak makan sama-sama. Izzy cakap dia takde lepas tu dia kena kick la.


Si Intan pulak left group sendiri sebelum kena kick dengan I. HAHAHAHAHAHAHAHHA

Intan cakap kat Izzah, bagitau la Kaksu tak dapat join jogging. Lepas tu leave group. Izzah cakap dia taknak. Nanti Kaksu kick. HAHAHAHAHAHHAHA. I dah sampai meleleh air mata gelak. Bongok la I. Habes semua orang I kick. Tapi kick sekejap je, lepas tu add balik. HAHAHAHHAHAHA. Yang selamat setakat ni Sarah la sebab dia tak buat hal. Lagipon dia dah takde kerja sama. Kalau tak, tu pon akan kena kick jugak. I tau dorang nak buat rampasan kuasa ni. Dorang nak kick I dari group ni and nak bersekongkol dengan Shein. Memang tak dapat la. Henpon I ni Intan ada password. Dia tau. I akan tukar password biar dia tak boleh bukak dah. Hahahahahahah. Eh, harini dah Khamis. ESOK JUMAAT KONSERT GERGASI KRU dekat Istana Budaya. Woot woot! Sapa pergi?? Kalau ada readers yang pergi, nanti jumpa dekat sana eh? Esok tema I is JLo. Gittew tengok konsert pon ada tema, Ni Diva AA tau ni, mau dia carutkan I sebab nak caras dia. Hahahahahahha

-eNd-

2 comments:

dyba said...

dyba pun xpernah kena kick lagiii....hahahaa

Chooyaya! said...

Dyba Dbuh : Dyba selamat setakat ni