Wednesday, May 2, 2018

Woi Sedapnya Brownies!

Assalamualaikum

Tachiu @qookiemomstar sebab rajin melayan tekak I. Haritu tetiba rasa tingin nak makan Brownies, terus text dia, taktau pulak member tengah cuti baking sampai 10 Jun 2018 but sebab I Pwincess dia buatkan jugak. Tachiu awak. Tak cukup sekali, I repeat order lagi sebab sapa suruh dia buat sedap kan? Adeh, sugar semua ni and boleh mengundang kegemukan tapi takper la, sebab nak puasa dah kira macam self-reward la. Nanti puasa confirm kurus ni. Hehe. I memang bagitau specifically macam mana I nak my brownies I. Mesti moist dalam, atas rangup, kurang manis, no nuts and kena drizzle dengan chocolate atas dia. Setiap kali dapat mesti tanya ‘Ok tak? Nervous I nak tunggu you punya respon’. HAHAHAHAHA. I rasa semua Bakers yang I deal memang ada peel macam ni kalau dengan I. Huda tu padahal punya la hebat baking, pon sama. Dia sampai mengadu dekat Shinta ‘Kaksu nko tu, kita tukar vanilla punya brand pon dia tau’. Haaaaa tu lah kelebihan tekak I. Tau je dia menda-menda macam ni. Padahal baking bukan I pandai pon sebab I suka experiment and guna resepi and method ikut kepala sendiri. Eh, aperhal pulak Brownies ni kena masak lama? Makanya mata dah mengantuk nak membuta. Ok ngam, guna api atas bawah. Lepas tu bila dah siap Brownies I, campak dekat luar, ayam pon tak sudi nak makan hahahahahhahah. Buat Pavlova pon failed. Setakat ni I baking, Alhamdulillah memang semua failed. So berita baik la pada bakers, sebab confirm boleh cari makan dengan wujudnya orang-orang macam I tapi nanti kot ada oven baru besar, boleh masuk sekor kambeng and ada kipas dekat belakang tu tetiba I boleh bake dengan hebat, itu lain cerita. Meanwhile tak pandai lagi buat Brownies sendiri, biar Qookiemomstar je lah buatkan. OK?



Yang ni I mintak Combo RV and Brownies. 36 bite size, RM40.00 je. Murah kan? Dah la murah. Sedap pulak tu.


Actually Combo ni sebab I order 1 box Brownies and 1 box RV so I mintak combine macam ni. Saja je makan ramai-ramai dekat office sebab kalau ada dekat rumah kang, Shein kejap-kejap ‘Mama, I want happy birthday to you?’ Sudahnya bila I nak ngulang tinggal kotak je. Hahahaha. Kalau makan dekat office, boleh gemok sama-sama. Dorang beria cakap thank you padahal taktau I punya strategy macam mana. Oh, kalau ada yang nak order boleh direct pada Tauke dia. Dalam IG I tengok close until raya tapi manalah tau, Tauke baik hati accept order ke kan? Hehe. Naseb I always special case. Tachiu awak! All cakes dah gon dah. Intan pon suka (biasa dia tak suka cake sebab manis kata dia). Dia cakap dia puasa, tapi 6.30am terminum air kira tak puasa la kan kaksu? -__- Hahahahahaha. For Any inquiries boleh WhatsApp dekat 017-2049811 FREE Delivery dekat KLCC. Kalau Tauke dia taknak buat, I hanya mampu simpati je lah. Mintak maaf for this posting. HAHAHAHAHAHA.

-eNd-

No comments: