Friday, May 4, 2018

Apa Nak Buat Kalau Jumpa Duit Tercicir

Assalamualaikum..

Kita ni kan, selagi kita hidup, selagi tu lah kita learn something. Dari kecik, sampai la ke tua and probably sampai lah ke mati, everyday kita akan learn cuma kita je tak perasan. Macam hari semalam I learn something new. Sebelum ni tak pernah ambik kisah pon but bila dah terjadi, so kena la belajar apa nak buat. Kisaaaaaaaaaaaaaaaaaahnyaaaa semalam, masa nak bayar parking dekat KLCC, Intan, Dyba dengan I nampak macam ada kertas atas lantai. Memang tau dah tu duit, tapi tak sangka pulak RM50.00. Intan yang ambik lepas tu kitorang pon dok tengok keliling and tanya ‘Duit sapa ni, duit sapa?’ Tapi tak bersungguh sangat hahaha. Kata Intan ‘Kaksu cuba tengok keliling kot ada camera ke? Mana tau kita kena prank’. HAHAHAHA. Sempat lagi fikir ada orang nak prank. Bongok je Intan. Kitorang dok berdiscus 3 orang apa nak buat dengan duit RM50.00 ni dari parking KLCC sampai la parking office tapi memang kelakar la sebab macam-macam theory keluar. Kata Intan ‘Kalau kita jumpa duit, kena ludah duit ni lepas tu dah boleh guna sebab kalau tak ludah, duit ni di kira haram’. HAHAHHAHAHA. Dyba berbulu je dengar. Abes tu kalau dah ludah, boleh la Intan guna duit ni untuk bayar parking time kita keluar makan dekat luar. RM2.00/sehari kalau RM50.00 ni boleh tahan 25 hari lama tuuuuuuuuuuu. Eh, tapi consider duit ni Intan punya sorang ke? Sebab Intan dulu yang nampak kira Intan punya dulu lah. Kan? Sebab dulu masa kecik-kecik sapa yang jumpa, dia lah yang punya. Intan cakap, takpe kita bincang dulu. Sementara waktu, duit ni Intan letak dalam purse Intan. Chewah.



I cakap ‘Intan, kita kena carik tuan punya duit ni. Entah-entah dia miskin ke? Entah-entah ni je duit yang dia ada’. Lepas tu Intan cakap 'Kalau dia miskin dia tak datang KLCC sebab sini pon parking mahal. Ni mesti orang jual dadah Kaksu, sebab tu Allah tarik rezeki dia bagi duit dia hilang'. Amboi engkau, senang je buat theory. I cakap ‘Macam ni lah Intan, kita anggap ni rezeki kita je la. Duit RM50.00 ni bagi dekat Kaksu sebab tadi kita beli cookies Marks and Spencer'. Lepas tu Dyba cakap, dia taknak terlibat sebab nanti makanan tu jadik haram. Hahahaha. End up kitorang sampai office, duduk dulu dalam kereta lepas tu dengar explanation Ustaz Azhar Idrus dalam Youtube and after that we got the answer. Tapi Intan macam tak puas hati. Kata dia 'Abes kalau kita pulang dekat Concierge lepas tu orang tu guna?' I jawab : 'Itu antara dia dengan Allah, Intan tau kan? Ustaz Azhar cakap kalau kita nampak duit lepas tu ada niat nak ambik pon dah HARAAAAAAAM, apatah lagi lepas tu guna buat beli makanan. Lagilah berdosa'.


Ok. I bagi point macam mana nak buat kalau kita terjumpa duit.


Bila kita jumpa barang orang ada 3 syarat baru boleh kita ambik :-
  1. Barang itu bukan dalam property orang. 
  2. Mestilah ada niat untuk memulangkan balik pada Tuannya. Kalau ada niat nak ambik, HARAM untuk disentuh. Pegang pon dah haram, apetah lagi kalau dibelanja. Kena iklankan setahun, kalau dalam tempoh setahun tak dituntut then, barulah boleh diguna.
  3. Barang tu kena barang yang kecik. Bukan barang besar. 

Kalau kita rasa tak boleh nak commit, jangan ambik/sentuh. So, 3 syarat ni korang kena check balik, kalau terjumpa duit tengah jalan OK? Ada orang cakap, boleh sedekahkan dekat Masjid/Bagi pada orang susah, yang tu takde pulak Ustaz Azhar ulas, and I pon tak berani nak comment. But duit yang kitorang jumpa semalam, kitorang dah pulang dekat Concierge KLCC (^_^) Intan macam tak berapa setuju tapi takpe, I cakap nanti dia akan dapat rezeki yang lebih besar. Kekadang nak comfort Si Intan ni agak challenging jugak tau? Geram je. Time dia bagi duit kat Concierge, mulut punya muncung.

Tingat dulu masa kecik, I pon pernah jumpa duit dekat atas jalan. Masa tu baru balik dari Ladang Lot C tolong Arwah Ayah kutip buah relai. Jumpa duit singgit, keras kepala I sampai dekat rumah lepas kutip duit tu sebab takot orang mintak hahahahha. I bagitau Mak, Mak cakap boleh beli eskrem dekat kedai. Bestnyaaaaa. Selesai duit singget I beli eskrem Cornetto (Dulu kan murah). 


Semalam Cookies Marks and Spencer ni RM61.00 kitorang beli. Ada jual dekat KLCC concierge. Selamat tak guna duit yang jumpa kalau tak haram la hukum dia. Jadik darah daging. Takot kan?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...