Assalamualaikum..
Sian Snow White, dah berkapok dah I tengok. Yang bonnet depan tu, if cuci banyak kali pon coklat-coklat macam getah pokok tu dah takmau tanggal. I rasa macam sakit mata so akhirnyaaaaaaaaaa I decide untuk polish Ahad lepas. Dah la Tuan dia suka langgar divider. Tapi haritu Bapak dah buat kasik handsome dah. Dah takde dah calar balar walaupon bertahan tak sampai seminggu sebelum I terlanggar sipi sidewalk masa nak pergi Lavinas hahaha. I failed la parking yang masuk kepala dulu. If parking reverse I ok. I hope Sazli consider belikan I kereta yang ada sensor keliling sekali camera depan belakang. Kalau boleh yang boleh parking sendiri. Hehe. Yang bumper I langgar sipi sidewalk tu, saaaaaaaakit mata kita wak tengok bumper depan terkopek nampak hitam je dalam sebesar separuh duit 5 sen. Puas I fikir nak buat macam mana but naseb la I kretif. I beli nail polish kaler putih lepas tu I cat sendiri. Phewwwww dah takde dah nampak hitam tu tapi dia macam kasar la sikit surface dia hahahaha. Haritu masa polish pon tengok takde tertanggal. Bagus. Setakat ni I survive takde langgar apapa lagi, al-hamdulillah. Ingat Anny pesan 'Suraya, lambat masuk parking takpe. Orang hon ke ko buat bodoh je. Rasa tak confident, ko keluar kereta check je depan bumper ko kena divider/sidewalk ke tak. Kalau terlanggar bukan orang nak tolong bayar repair. Orang marah sebab lembap parking pon ko buat bodoh'. So I memang buat macam tu sekarang. Rasa tak confident, I keluar je. Orang marah angkat-angkat tangan cakap 'bodoh/apoda' I lambai lepas tu senyum and kasik flying kiss je. Hehe. So Ahad haritu, I sorang-sorang pergi CAR's dekat GE Mall untuk polish Snow White. Tak faham sangat Sales Person tu cakap apa janji ada perkataan polish dengan wax sudah. Hahaha. Sementara nak tunggu kereta siap, I terpaksa buat Manicure and Pedicure lah. Nak makan tak boleh sebab puasa. Naseb 2 jam je. Kalau 4 jam siap massage I buat. Kakaka.
Hilang dah ink masa election tu. Semak dah I tengok. Macam inai pon ada.
Actually dekat GE Mall ada 2 tempat buat kuku. 1 is Nur Yadi by Soong Ai Ling dekat Level 2, satu lagi dekat Level 4 tak ingat apa nama dia. I tengok Nur Yadi ni macam cool je, so datang sini je la. Tu nampak dia buang ink election. Ada orang nak keep that ink dekat kuku as long as possible tapi I cukup la. PH dah menang, Dr M dah jadik PM (^_^)
Plan nak buat manicure je tapi rasa macam kesian kuku kaki, takkan la dia nak tengok je kuku tangan kilat. So buat lah kaki sekali. Amboi debabnya kaki dia.....
Best la dekat sini. I puas hati sangat. Berkilat kuku. Dia buang semua kutikel sampai nampak clean and kemas. I biasa jugak buat dekat tempat lain, tapi bagi I sini paling superb.
Kerusi dia pon best, lepas tu dapat hot neck padding. Bestnyaaaaaa!! Dah la hari Ahad haritu sejuk. Eh tapi now memang always sejuk la kan? Kadang-kadang rasa macam tak percaya yang I sekarang ni berada dekat Malaysia sebab syiiiiiijuk!
Best kan? Kerusi empuk. Boleh la berangan macam Pwincess.
Ada 16 kerusi macam ni. Tapi sini nampak besar sebab keliling penuh dengan cermin. Dekat sini konsep dia Moroccon.
Ni harga dia. Bagi I, although harga dia macam a bit little above the average tapi service tip top sangat so takper la. I buat Manicure RM55.00 + RM20 buffing and Pedicure pulak RM70 + RM20.00 buffing so total RM174.90 (include 6%gst)
Address:
Nuryadi by Soong Ai Ling
Level 2, Great Eastern Mall KL
03-42666128
Siap buat Manicure and Pedicure, kereta pon siap. Total RM277.00 sebab ada promo sekarang. Dia polish and wax dekat luar, siap cuci and antibacterial menda entah dekat dalam. Hope semua cockroach meninggal and jangan masuk kereta I lagi.
Siap dekat GE Mall, sempat pergi Lavina's for threading. Nak cuci rambut tak sempat sebab Moon dah ada customer yang baru nak start cuci rambut. Dia dah buat appointment. Cis!
Balik rumah, hati sangat gembira. Kereta dah handsome, kuku dah kilat and cantik. Asyik tengok je lepas tu berangan. Hahahaha. Balik tu, Si Shein tengah tido. Selesa je nampak dia tido berpelukan dengan blanket busuk dia yang dah bau keropok ikan tu. Harini Sazli ajak berbuka dekat luar. Dia cakap 'Mama kasik la cadangan nak buka kat mana'. Lepas tu I cakap, 'Taknak la, nanti semua you reject. Mana-mana yang Papa nak I ok je'. Lepas tu dia cakap 'Ala, Mama la kasik cadangan'. I pon cakap 'Oooo I tau kat mana nak bukak'. Terus Sazli cakap 'Taknak!' HAHAHAHAHHA bongok la. Cakap pon tak lagi dah kata taknak. E! Sempat la I nap sekejap sebelum keluar balik pergi Avenue K bukak puasa dekat Sushi Zanmai. Sazli suka dekat situ sebab Shein ada favorite foods dia. Dia suka wei makan Soyu Ramen. Haritu Soyu Ramen 2 mangkok, waffle ice-cream 2, tempura I pon dia bedal. Shein tengah fasa seronok makan beria sekarang ni. Kekadang dia yang nak makan acah-acah caring tanya mama 'Mama, are you hungry?' Bila I cakap I tak lapar dia sambung 'Mama. I want soup, egg and syiken (chicken) pwease?' Amboi amboi. Macam restaurant ko buat Mama eh Shein? Isnin harini pukul 11.30pm I masak nasik sebab dia nak makan. Makanya Mama dah mengantuk level 18 demimu Shein Mama turutkan. Ingat, nanti dah besar belikan Mama handbag Chanel 8.
-eNd-
No comments:
Post a Comment