Tuesday, May 29, 2018

Lagi 2 hari tutup order for Tart Nenas Terpaling Sedap

Assalamualaikum..

Lambat eh bangun memasing? Mementang la coti. (Padahal I yang lambat bangun) Hahahaha. Tak sangka today dah nak masuk 2 weeks kan kita berpuasa? Lagi 2 minggu je pon dah nak raya. I ni baju raya selai je ada. Relax sangat nampaknya. Kang last minute baru nak gelabah tapi sekarang tak risau apa sebab melambaaaaaak orang jual baju dekat booth-booth dalam mall. Sediakan ajer duit. Hari kelmarin I ikut Sazli beli Baju and Seluar Amy Search dekat Publika punya banyak jual baju cantik-cantik tapi tu la, Kurung Kedah pon RM380.00 T______T Ok, kalau baju raya boleh beli last minute tapi untuk Tart Nenas Terpaling Sedap if korang nak last minute memang tak dapat. Semua kena pre-order tau? Untuk yang nak order hanya tinggal 2 hari lagi sebab dorang akan close order pada 31 Mei ni which is hanya 2 hari lagi sahaja and akan mula diedarkan 1 minggu sebelum raya sebab kalau hantar awal, barangkali kuih raya hanya tinggal kenangaaaaaaaaaan. Selamat semua masuk dalam perut. Hahahaha. Untuk yang nak collect area KLCC/Platinum Park/Menara Felda/Ampang Park/KLTower and Ara Damansara boleh contact dengan Dyba (013-38888627) ASAP ok? Agent ni memang comel. Confident dia bagi area mana boleh order dengan dia siap COD tu. Tetiba KL Tower pon ada COD lepas tu I tanya 'Dyba, COD sampai KL Tower tu macam mana?' Dyba jawab : 'Yerla, Dyba COD dengan Kaksu la. Naik kereta Kaksu'. Hahahahahah budak kecik ni memang confident je dia. Takde tu nak tanya-tanya I ke apa main Ok je. Tapi sebab sayang, takpe. Abang turutkan. Janji dia dapat pakai handbag baru raya ni. Hahahahaha. Yang penting, setiap kuih raya dia ada KPI OK? Kena dapat KPI baru dia happy. Now untuk TNTS ni dia dah dapat target dah KPI dia al-hamdulillah. Habes orang kena paksa beli sampai guards Menara Felda pon kena beli. Tester untuk yang nak beli je ye? Taknak beli tak boleh rasa. Hahahahahah adoi mampos sakit perut ketawa tengok Si Dyba ni punya style meniaga.



This year Tart Nenas Terpaling Sedap berbentuk square sempena dengan new government. Gitchew


Tahun lepas TNTS berbentuk gulung but this year dorang bentuk lain tapi rasa, inti, kesedapan and bahan-bahan yang digunakan masih sama eh? Takde beza cuma bentuk je lain. I suka yang ni lagi sebab nampak comel and unik. Harga untuk 50-53 pcs is RM30.00 tau? Yang duduk selain dari Agent Dyba cover tu boleh WhatsApp dekat 013-3055284 (Bunda Munah) Untuk yang duduk area Serdang, Bangi, Putrajaya, Cheras is FOC delivery but untuk area lain ada charge tapi takde la mahal sangat. RM5.00 je kot? Tapi mana yang duduk jauh-jauh sampai Penang tadek COD hahahhaha. Ada yang tingin sampai cakap nak tak kisah nak pos. Dapat serdak pon takpe. Alololo siannya... I rasa Kuih Raya orang takde pos kot sebab tau la Pos Laju macam mana. Dicampak-campak ajer barang. Kang nanti ada yang sampai dekat tangan tinggal serdak je. Anyways, jangan lupa eh 2 MORE DAYS BEFORE CLOSE ORDER. Selalu sangat kejadian order 2, lepas tu menyesal sebab sedap and nak repeat order. Memang takdapat la. If nak pon lepas raya. So, I suggest jangan la order 1 je kalau taknak menyesal. Ok? Okbye!

-eNd-

No comments: