Tuesday, May 8, 2018

Undilah Nenas!

Assalamualaikum..

Luuuupa nak update pasal birthday Nur Alayka Falah yang ke-2 on 8 April lepas. Nampak sangat I busy menyelamatkan dunia. Nak-nak pulak time Election ni.  Masa birthday Alayka, makanan semua sedap-sedap dari Nasi Lemak semua sampai la dessert. I lama perati Pavlova dekat main table, siap je Lien ambik gambar terus ngadu dekat Yan, I nak Pavloca tu and naseb baik Yan baik hati, layan je I. Hahaha. Birthday Alayka buat dekat Citarasa Azizah Hall, Kajang. Restoran ni Yan punya kan Lien? Tema Nenas. Tema Nenas ke? Ke Hawaii sebenarnya? Memandai je I cakap tema nenas. OMG Lien berpinar mata I tengok my favorite color merata-rata (-_-) Memang meriah! Nanti I share dengan nkorang gambar eh sebab yang Lien bagi link dekat I, dah expired. Kah kah kah. Dia dah la print screen je gambar lepas tu send. Aci boleh je ko kan Lien? Now I tak boleh nak update panjang. I nak ready balik Jengka for Election. Tak sabarnyaaaaaa!! Ni la pertama kali dalam hidup I, I undi dengan penuh perasaan and hati yang berkobar-kobar. Korang nanti, kot ye pon excited, dalam kotak yang nak tanda tu jangan la tetiba tulis note or p/s  pulak kot ye semangat. Tak pon tulis ‘Good luck’ ke, nanti abes jadik undi rosak. Hahahahaha. So, kejap lagi I balik Jengka and esok siap tugas I sebagai Rakyat Malaysia di Jengka, kita gerak balik KL pulak untuk Sazli punya turn. So, untuk yang balik kampung mengundi, berhati-hati di jalan raya eh? Ingat, undi demi masa depan negara. Jadilah Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. (Serious nampak) #becausemakdahadaFB #diabacablogjugak #pmtepi Hahahahaha.


Happy Birthday Alayka Falah. Entry birthday awak to be continued Ok?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...