Monday, May 14, 2018

What Happened On Election Day

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah lepas dah PRU14 kan? Seriously I rasa macam mimpi je semua ni. Sazli tu lagilah, sampai sekarang dia tak habes-habes cakap pasal election and #BinasemulaMalaysia. Kata Sazli, this time memang dia vote dengan sepenuh jiwa raya. Hahaha. To be frank, a part of me I rasa nervous dengan kerajaan sekarang. But I yakin Tun M boleh guide kita semula and fix back semua damage yang dah berlaku dan yang dah ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ni. I hidup dan membesar dengan kerajaan terdahulu and I sayangkan BN and UMNO but I am sick and tired already dengan all the rubbish 1MDB, Mara, Felda and TH punya kes and I am pretty sure yang orang sebenarnya lagi menyampah dengan bini ex-PM sebenarnya. Ikutkan hati, macam-macam lagi I nak tulis but then takperlah istifar. Yang bersalah tu biarlah melalui siasatan yang betul. Buat secara adil. Salah tetap salah. Hukum tetap kena hukum. Untuk simply forgive they both I rasa I tak cukup suci murni hati ni and cakap 'Nevermind, lesson learned. Dorang dah dapat balasan pon sekarang. Semua orang buat salah'. Eh pundeeeeeek! Memang tak la. Cukup la pemerintahan diktator. Tak suka ex-TPM, pecat. Asal ada yang melawan semua dia pecat. Rafidah Aziz ke, Shafie Afdal kena adoooooooooooi Pemimpin yang macam ni ke yang kita nak? Apa dua orang tu ingat Malaysia ni BAPAK dia yang punya? Huh! Sebelum I lebih berapi-rapi baik stop cakap pasal menda ni. Nasihat I satu je, untuk warga muda dalam pada excited, mintak jaga bahasa dan kena lebih sensitive dengan perasaan orang-orang tua macam Mak Ayah kita. Macam I jugak, elak cakap pasal menda ni sangat dengan GF. I rasa dia pon dah lama kecewa. Semenjak dia balik Umrah pon, dia mana ada bukak TV. Takde dah. I tau dalam hati dia sedih, so I elak untuk bincang pasal ni dengan dia. But I convinced dia yang Malaysia akan lebih makmur tanpa rasuah and salah laku kuasa. I think dia accept tu slowly but I akan bagi dia time. Berbeza pahaman politics jangan sampai putus kawan and silaturrahim. Tu je. Esok dekat akhirat Allah tak tanya kita party apa pon and remember one thing bila-bila kita terasa macam kita nak jadik racist is dalam dunia ni ada dua jenis manusia je. BAIK dan JAHAT. Takde kira bangsa, agama, warna kulit semua tu. Takde. Jangan kata asal Melayu, Muslim dia baik. Agama lain, bangsa lain jahat. No. Ok?


Tetap gambar makanan nombol 1. Sampai-sampai dari KL, terus makan. Kaklong masak Ayam Masak Lemak Cili Padi + Sambal Ketuk and Mak beli ulam tenggek burung. Yang Cili+bawang+kicap tu I yang buat. Tingin



I balik kampung on Tuesday. Ambik half day lepas tu gerak dalam 3.30pm kot? Jem macam nak balik raya. Actually takde apa pon. Bas and lori rosak je. But Malaysian biasa la busy body. Lori rosak pon sebok nak berenti sama. Sebab tu la kekadang accident belah sana, dengan belah sini skali jem.


Manis Mangga ni. I beli dekat area rumah I. RM15.00 2kg jenis Water Lily. Sedap kalau dapat makan dengan pulut.


Ni buah pelam dekat depan rumah Mak. Haritu takde tingin, ni tengok balik kalau dapat makan cicah ni sedapnyaaaa

On election day tu, I keluar rumah dalam 10.00am. Dekat Jengka ni sekejap je nak setel. Within 30 minutes dah boleh siap + I punya nanti dekat Saluran 3 tak ramai orang sebab Generasi Kedua. Lama sikit tunggu time nak check IC je lepas tu bila dah masuk dekat saluran 3, depan 1 ada dalam 3 orang je. 10.30am I dah sampai rumah dah. Mak pergi dengan kawan-kawan dia naik kereta tinggal I merempit sorang-sorang naik motor. Dah la Siti Nohaliza kena pulak naik motor. Hahahaha. I dengar, dekat KL ada yang tak sempat nak mengundi and beratur lama. Next time, kalau dah tau macam tu kena la datang awal Ok? Ada citer kelakar tau? Masa I bawak motor tu, I park jauh sebab I rasa macam motor tetiba mati. I ingat minyak habes but takperla I tolak, parking terhegeh-hegeh and jalan kaki terus masuk area sekolah. Time ni rasa berjalan macam bersepah sebab perasan semua orang pandang. HAHAHAHHAHA.


Jumpa pulak GF dekat tempat nak check IC.


Ni kawan dia nama Cik Simah. Baju and tudung Mak, I yang ironkan lepas tu dia complain cakap I iron tudung salah -_-


Ramai Pakcik/Makcik yang dah tua-tua also vote + this time I nampak ramai anak-anak muda datang mengundi. Unlike 5 years ago.


Bumped into my childhood friend. Cantik ko Yah, macam tak dimamah usia. Bak duit.


Mana bendera biru tua? 


Ni Dilla. Muda setahun. Dilla yang tolong I start motor, siap konakan sekali. Kalau takde Dilla, aje mampos I nak handle motor Mak ni macam mana.


#donemengundi. Cecece. I rasa this time I macam Guardian of the Galaxy pulak. Ada tugas penting untuk menyelamatkan the nations. Cecece.


Kaklong mengundi dekat PPTAR. I rasa ni last la kot I balik mengundi dekat Jengka sebelum tukar alamat ke KL. Sedih pulak.

Traffic was ok masa nak balik KL. Kitorang gerak dalam 12.00pm and sampai dalam 3.00pm macam tu dekat Ampang. Takde jem kot? Tak pon ada sikit tapi I tak sedar sebab membuta. HAHAHAHAHA. Sazli sempat hantar I dulu balik rumah and lepas tu baru dia pergi mengundi. I nampak dia semangat kali ni. Pesan dekat I banyak kali supaya bantu pulihkan negara and buktikan yang Malaysia negara Demokrasi and duit tak rules Malaysia. Banyak kali explain dengan I pasal macam mana nak form kerajaan (kerusi dalam Parliment yang bangsa lain dapat selain Melayu ada quota) and pasal hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang tidak boleh dipinda selepas banyak kali dimomokkan oleh some people yang takot untuk tukar kerajaan sebab nanti Chinese pegang undang-udang. Tak semudah tu. Kena baca balik Perlembagaan Malaysia macam mana. Keistimewaan orang melayu, Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan keistimewaan Raja-raja. Semua tu termaktub dah dalam Perlembagaan Malaysia dan tak boleh diubah. So jangan takot Ok?


Malam, Sazli ajak I join Mr David and Sharifah dekat TAFT untuk tengok result PRU. This Mat Saleh is husband to owner TAFT ni. Tak ingat I nama dia apa. Banyak tu knowledge dia tau pasal Politics Malaysia. Tak silap I, dia ni orang German. Ni la #pakcikbawang version Mat Saleh. Hahahah.


My fav here. Squid Ink Spaghetti ada 3 level pedas. I ambik yang middle pon seksa nak mengabeskan tapi layaaaaaaaaaaaaaaaaan. Sedap! I kasik 5 star.


Shein and anak Erna. Biarkan bebudak ni jadik anti-sosial sebab Mak Pak memasing tengah busy jadik penganalisa politics.


Siti Nohaliza, Shariffah and Erna. TQ Erna for the dessert (Puding Caramel) siap I tapau bawak balik. I craving for sugar malam tu.


Paling nervous si Sazli malam tu. Heartbeat 120 manjang. Rokok berkotak abes. Semalaman tak tido tunggu result.

Sazli hantar Shein and I balik dalam 12.00am sebab masa tu semua taktau cuti ke tak esoknya kalau BN or PH menang. Shein kena tido sebab maybe kena pergi sekolah esoknya. I berjaga sampai 3.30am, still melayan group whatsApp. Semua semangat lain macam and betul-betul mcam bersatu. Eh, susah la nak cakap macam mana perasaan tu tapi I jadi saksi and part of History. Cecece tetiba a part of history. Hahahaha. Now, kita dah ada Tun M balik and kita dah ada kerajaan baru. Tun M and PH memang menentang rasuah and I hope kita semua bagi masa pada Tun M and PH untuk bina semula negara. Hope penyokong kerajaan lama terima keputusan dengan hati yang terbuka dan stop la all provokasi. Ternyata Rakyat Rules Malaysia this time. Kita takde dah takot dengan sintimen racist yang dimomokkan and bak kata Lim Guang Eng. I am not Chinese but I am Malaysian. Ingat apa yang I pesan tadi, dalam dunia ni cuma ada orang yang BAIK dan JAHAT. Ok? Anyway, korang nak tau tak sapa yang paling tak kisah pasal keputusan PRU14? 

Jawapan : Intan. Pukul 11.00pm dah tido.

I tanya dia, tak berdebar-debar ke nak tau result? Dia cakap dia ada banyak lagi menda lain nak fikir selain dari kepurusan PRU14 ni. Baik dia fikir dia punya assignment and exam dia. Baik dia tido. Kalau tido pon, esok pagi tau jugak result. HAHAHAHAHA. Bongok la Intan ni. Eeeee. Tapi semalam dia ada cakap 'Intan tengok muka Mat Sabu ni pon macam takde tokoh jadik Menteri'. Cheeeeewaaaaah! Kata Sazli, bagi la dia peluang. Dia diantara individu paling menentang corruption. So bagi dia chance. I pon dah tengok video dia baling mic tu. Nak gelak pon ada hahahahhaha tapi takpe. Biar Mat Sabu dari Ahmad Maslan. Okbye!

-eNd-

3 comments:

Leya said...

Tunggu kaksu nye update pon sma berdebar mcm tgu keputusan PRU14.. ehhh.. hahhahahahahahahah

p/s : i silent reader je.. tapi pru nye pasal.. i komen..

~faRahaNis~ said...

k.su ai pun tidoq pukul 10 mlm, sama naik ngan anak2.. nk tunggu dpn tv x paham pabenda, i mmg buta politik.. sekian.. hahahahahaha

Chooyaya! said...

Leya Ismail : HAHAHAHAHAH sanggup komen sebab PRU eh?

farahanis : ni team intan la ni. adeh.