Monday, May 7, 2018

One of The Best Memories, Konsert Gergasi KRU 25 Woot Woot

Assalamualaikum..

Sampai sekarang Intan, Fiza and I tak boleh nak get over Konsert Gergasi KRU 25 dekat Istana Budaya yang kitorang pergi masa Jumaat malam lepas. I beli ticket dah lama wei, since September last year masa memula dorang announce kot? Ko bayangkan punya lama nak menunggu? Dari I kurus, sampai I dah debab dah pon ni. Pui! Hahahaha. 2 weeks ni, memang hari-hari dengar lagu KRU sampai nak muntah pon ada tapi berbaloi-baloi lah sebab semua lagu popular dorang nyanyi. Ada dalam 19 lagu kot dorang nyanyi. Most of it full song and bukan medley. Nak nyanyi semua lagu yang dorang ada tak boleh la sebab kalau tak, kita tido je terus dekat Istana Budaya, tak payah balik rumah kalau macam tu. Yang I perasan, lagu Impak Maksima memang takde. Semuaaaaaaaaaaaa lagu I hafal OMG tak sangka aku minat KRU sebenarnya. Tak perasan pulak selama ni. Hahahaha. Eh, I agak batch I memang membesar dengan lagu KRU kot? Kan? Dalam banyak-banyak lagu cuma lagu Hingga Ke Jannah je yang tayang gigi sekejap tapi time chorus I nyanyi sama ok, please? Ni naseb la KRU takde dah concert, kalau tak confirm dorang ambik I nyanyi sama terus. Bukan penyanyi latar eh? Buat show sama-sama terus hahahahahah. Lagu yang dorang nyanyi time Konsert is The Way We Jam, Awas, Terhangat Di Pasaran, Untukmu, Gadisku, Negatif, Malamku, Ooh La La, Di Pintu Syurga, Mengerti, Dua, Balada Hati, Babe, Dekat Padamu, Hingga Ke Jannah, Apa Saja, Dilema, Jangan Lafazkan and last sekali Fanatik untuk lagu penutup. Seriously I sangat berpuas haaaaaaaaati and I kasik 5 bintang although KRU takde beria dance. Takpe, I maafkan dorang sebab mungkin faktor usia. But nak tanya, Edry kenapa yang nak handsome sangat sekarang ni? Hahaha.


Intan, Ellis and Siti Nohaliza di KRU Concert. Ellis pergi dengan Seri and husband Seri. Sebok nak kacau orang date eh? Ellis ambik seat depan area Fanatic tu. Dalam Map cakap situ standing, kalau I tau duduk,  I ambik je seat tu. Murah RM100.00 kot? I taknak ambik yang standing tu sebab takkan la nak berdiri 2 jam kan? Sudahnya seat Fanatic tu duduk je pon. Cis! lagi dekat dengan stage.



Seri kawan baik Ellis. Sian dia, email and IG kena hack. Lepas tu I cakap dekat Ellis, 'Sapa yang hack IG Seri? Follower 500 pon tak sampai tapi kena hack. Kot IG artis takpe jugak'. Hahaha. Cute kan? Baik Seri ni. I selalu jeles Ellis dengan dia. Sebab Ellis tu asyik jumpa Seri je. Abes I?


Intan cakap, dah cantik-cantik ni lepas Konsert pergi la tempat lain. Cita-cita macam tu la, nak lepak makan dulu kononnya. Reality : Lepas konsert, pergi parking and balik terus. Dah tuwe wei, tak larat nak stay up late. Hahahahaha.


Fiza, harini I nampak you paling cantik. Demi KRU you dress up kan? Baju beli sehari sebelum Konsert. Dalam 5 baju dia tunjuk dekat I, baju ni je I approve. Ada ke nak pakai sweatshirt? I cakap 'Fiza, kalau you pakai baju panas, you jangan duduk sebelah I'. HAHAHAHAHA. 


TQ Seri snap kan photo. Susah nak ambik gambar sebab orang sentiasa ramai. Padahal bunting je kot? 


Ok. Show is about to start. I tau, ramai kutuk I tengok KRU termasuk la Faiz Rashid. Kemain kutuk I beria cakap tak minat la apa la, sekali Sabtu dia pergi jugak pon. Pundek punya Faiz. Hahahahaha. Sini H area Ooh La la. Harga tiket RM588.00 tak termasuk GST.


Full House untuk 3 malam although ticket mahal. Mahal la kalau lebih RM100.00. Kata Ellis, dah lebih mahal dari Bruno Mars punya concert. Bagi I, berbaloi je bayar tiket mahal. Lepas ni kalau Slam buat concert, I nak pergi jugak. Slam taknak buat konsert ke? 


Lagu last, Fanatic. Bestnya! Time ni semua orang dah berdiri dah. Takde dah nak duduk. Keadaan dah tak terkawal. Hahahahah.


Bagi I, konsert ni memang puas hati la. Semua lagu boleh sing along, crowd semua sporting. Sound system pon Ok. Kelakar pon ada bila Norman, Yusry and Edry reminiscing back memories dorang down the lane dari mula bertapak sampai la dah nak masuk warga emas ni. Bagi I, 2 jam tak cukup. Serious. 3 jam baru I puas hati kot?

Lepas concert, ada Post Party. Yang beli tiket VVIP (RM1,188) akan dapat la masuk Post Party ni. Macam kitorang dapat pass warna biru entitle untuk Meet and Greet je tapi dah kalau namanya rejki, dapat jumpa KRU dekat bilik Nilam. Kat sana ada disediakan some refreshment and ramai la peminat-peminat KRU dari Brunei yang kaya raya ada dekat sana and some Dato's kaya's as well. Reader's I yang kaya pon ada sorang tapi dia taknak tegur I masa dekat sana. Dah balik baru DM dekat IG. Menyampah je. Hahahahaha. Si Intan and Fiza memang excited la. Nampak je Norman terus 'Abaaaaang'. Abang terus ye? Takde dah Abang Norman ke. I pulak panggil 'Abang Dato'. HAHAHAHA. I tengok time ni wanita-wanita je yang excited. Yang Dato's Kaya's dekat table sebelah cool je. Haha.


Handosme la Edry ni. Kepada Hana, Jangan jeles please.


TQ to Kak Lin (Ex Reporter Hiburan BH) yang tolong snap gambar ni. Walaupon muka I macam cekodok pisang, demi mu KRU I letak jugak gambar ni dekat sini.


Ko tengok Intan dengan Fiza, dengan Mummy Daddy KRU pon dia ambik gambar. Uncle Halim and Auntie Zarina. Both baik, melayan je fan.


Sabar Intan, sabar. Edry senyum manis kan? Perampas awaaaaaas, perampas awaaaaaaas. (Tetiba)


Fiza and some candid pose with Edry KRU


Ni masa dalam Bilik Nilam dengan Kak Lin and Kak Jah (Penolong Pengarah Hiburan Utusan Malaysia) and Hasmizal ex PR THR. Kita sekarang kawan dengan wartawan je ok? Haha.


Tak cukup dalam Bilik Nilam si Intan and Fiza naaaaaaaaaaaak jugak lagi beratur panjang-panjang untuk autograph pulak dekat luar untuk Meet and Greet Session. I dah penat dah time ni. Yusry tanya 'Nak tulis nama apa?' I jawab 'Sue'. Macam mana nak eja? I  jawab dengan jelingan je. Orang dah penat dah ni jangan macam-macam. Hahahahaha. Mesti dia cakap 'Eh, apa kerek budak baju oren ni'. Intan and Fiza, Kaksu buat semua ni untuk korang tau? Kalau Kaksu, lepas concert balik terus ye? Takde dah nak ambik-ambik gambar.


Bila semua orang dah balik, baru la dapat ambik gambar dengan poster besar ni. Intan jerit-jerit marah I sebab block muka Yusry. Sampai hati tau? Time ni ada la photographer mana ambik gambar kitorang. I naik syeh sampai lambung-lambung jaket. Hahahaha. Pantang tala camera.  

Bagi I, this is one of the best memories untuk tahun 2018. Nak kata minat sangat tu takde la tapi I membesar memang dengan lagu KRU. Actually yang minat KRU kakak I De tu. Dia minat betul dekat Norman. Dengan aku terpengaruh. Biasa lah adik, memang suka sebok-sebok hal kakak. Hahahahah. I dulu, pernah buat part time kerja dengan KRU tahun circa 2005 - 2006 tak silap I. Pernah je jumpa dengan Norman, Yusry and Edry tapi takde la beria sangat pon. Ni dah tua bangka baru beria. Kata Intan, 'Now Intan faham la yang Abang Saz cakap pasal fan Justin Bieber tu'. Memang betul la. Orang minat penyanyi ni lain macam la. Sazli tu sampai sekarang asyik nak bahan I je. Dia cakap 'Mama, dari Jumaat sampai Ahad malam, Malaysia sunyi la sikit'. I tanya kenapa, lepas tu dia jawab sebab Makcik-makcik Bawang semua sebok dekat Konsert KRU. Wajaq! Hahahaha. Elleh, dia tu kutuk-kutuk I, tapi bila pasang CD KRU lagu tak famous pon dia hafal lepas tu pagi tadi I bawak kereta, eh CD dah On je ni. Dengar lagu KRU jugak ke Papa? HAHAHAHAHHA.

-eNd-

2 comments:

ASLIZA said...

Kak lin pun ada....lama xnampak beliau.

Chooyaya! said...

asliza : dia dah pencen dah rasanya...