Tuesday, May 15, 2018

Shein and Moon

Assalamualaikum..

Dah lama tak citer pasal Shein. Today nak citer pasal Shein la. Tapi dalam kepala dok tingat kain dari Team building + existing one yang dah melimpah keluar dari bakul tak basuh lagi OMG stressed. I taktau la masalah I dengan kain ni bila akan selesai hahahah. InsyaAllah rumah siap nanti, I ingat nak beli dryer la. Senang sikit. Siap basuh, keringkan terus lepas tu kain rangup lipat time panas-panas bestnyaaaaaa. Tak pon nak pasang ampai 10 kaki terus dari depan jejak ke belakang baru senang nak sidai kain. Now nak sidai kain, space sangat limited. Nak beli dryer tak tau mana nak letak. Lepas tu, bila dah lipat kain, nak susun pon semua dah terkeluar dari almari. Almari baju I tu dah 3-4 tahun kot tak muat. Bilik tetamu tu dah jadik pasaraya pakaian dah. Nanti I nak sort out semua, mana yang taknak, I taknak dah simpan. Simpan pon bukan pakai. Baju kerja lagilah sekian melambak. Kekadang ada yang pakai sekali je lepas tu dah goodbye forever. Adoooooi ko tengok, citer pasal baju dah berapa baris. Dah overshadow kisah Shein pon. HAHAHAHAHA. Anyways. malam semalam cita-cita nak basuh kain la kononnya, belakang Si Shein tak ada nap petang masa balik sekolah tu so Sazli cakap make sure Shein sleep early. Dah alang-alang Shein sleep early mama pon join la sekaki. Kata Si Bijak Shein masa nak ajak masuk bilik tido, 'I wanna go outside Mama. I want to watch TV. Watch Football', Ewaaaaah.... Macam pandai sangat nak tengok bola kan? Dia main petik je tu. Dia tau kalau Sazli stay up late tengok bola, so dia pon cakap nak tengok bola. Kadang-kadang bila I dekat rumah je dengan Shein, I masuk bilik dah ngantuk, dia Ok je duduk dekat hall sorang-sorang layan TV and iPad. Siap tutupkan I pintu bilik, tutupkan lampu, bagi selimut and wish good nite and cakap 'Mama, don;t cry. Ok? I'm outside'. Awwwwwww besar dah tu anak Mama. Dah boleh put Mama to the bed siap pesan jangan nanges, dia dekat luar. Betul ni kata Ain, tak lama lagi, Kaksu akan lebih manja dengan Shein dari Shein manja dengan Kaksu. I tot so (^-^) *konon comel la?


Ni waktu tengok The Avengers last week dekat KLCC

Lately ni dia selalu ajak pergi Moon. Ni semua pengaruh cerita Despicable Me la ni. Kan ada Si Gru pergi bulan and kecikkan bawak balik bumi? Maybe Shein ingat kita semua boleh sesuka hati pergi ke bulan. Dia cakap, 'Mama, let's go to the moon. Ride Aeroplane. Jump higher. Ok Mama?'  Semalam pon dia ajak lagi jugak pergi moon. Hahahahaha. I pon terfikir, macam mana nak bagi Shein happy tengok aerospace and moon. Biar dia rasa macam dia ada dekat moon. Dekat US Singapore ada kan ala-ala Galaxy? Or maybe boleh bawak Shein pergi Petrosains. See how. Korang tau tak mana tempat yang boleh rasa macam dekat space? I nak bawak Shein pergi sana and at the same time nak explain dekat dia yang moon tu jauh and kita tak boleh pergi unless kalau jadik Angkasawan la. Tu pon kalau Shein cakap nanti besar dia nak jadik Angkasawan, Mama tak approve. Pilot pon tak payah. Mama takot. Hahahaha. Shein ni nampak gaya memang jenis berani. Apa pon boleh. I think now pon dia dah boleh try buat flying fox. Shein is one brave boy. I pon tak ajar dia hantu ke, or momok-momokkan dia dengan tempat gelap. Tapi tu hari masa balik Jengka, sampai je dekat gate rumah Atok dia cakap 'Mama there Ghost'. Sazli tanya dekat mana dia tunjuk dekat tingkap. Dia kata 'There ghost Abah, there ghost'. Tunjuk 2-3 tempat. Punnnnnndek! Memang malam tu I tido depan TV dengan Sazli. HAHAHAHAHA.

-eNd-

4 comments:

khdjhAdbh12 said...

Assalamualaikum kaksu, bwk g planetarium negara, masuk free untuk tgk pameran, ada psl angkasawan malaysia, psl bulan bintang, planet etc. Ade movie psl alam semesta , matahari, tu kene byr RM6 (MYKAD/MYKID) , ade slot waktu tertentu.
dalam masa less than 2jam settle tour tempat tu + tgk 1 movie.
kalau petrosains lagi best, lagi lama la. Tapi min 4jam nk habiskan tour kt dalam petrosains.

awisy said...

Bawa Shein ke Planetarium Negara.. exhibition might be biasa je but my kids love their movie/show, we actually waited for the next show and went in twice :)

Nadia Alsagoff said...

You can bring him to the Planetarium Negara http://www.planetariumnegara.gov.my/

Chooyaya! said...

khadijahadibah , awisy : ngam! actually shein pernah pergi tu planetarium negara dengan sekolah dia. maybe from there la dia nak sangat pergi moon. takpe, nanti boleh bawak shein pergi sana.

nadia alsagoff : TQ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...