Monday, June 4, 2018

Berbuka With Sazli and Shein at Sushi Zanmai

Assalamualaikum..

Last week on Sunday first time kitorang bukak puasa bertiga anak beranak. Until Sunday tu, takde lagi pon kitorang berbuka dekat rumah sendiri sebab most of the time kitorang berbuka biasanya dekat rumah Bapak. Tapi last week Bapak balik Kedah sebab dia nak buat moreh and visit kubur arwah Tok so baru lah kami berbuka bertiga. Yang paling lapar walaupon tak puasa ialah Shein la. Balik sekolah mintak rice. Mama masak nasik, lepas tu dia saja tambah 2 kali. Dah tu, time kita berbuka dia pon sama makan. Lagi lambat tido, nanti mintak Soup pulak. Sepesen mama Shein ni, suka makan soup. Now pon nampak dia selera la makan pedas macam Mama. Nanti dia mintak put some chili dekat nasi dia. Kalau biar dia letak sendiri memang banyak la dia letak, macam takde belas kasihan. Nanti bila pedas, dia akan garu la lidah dia hahahahah. Shein makan sekarang kussssssssss semangat. Growing up boys. Sebanyak portion Abah dia makan. Tak campur dengan snack lagi. Haritu bukak puasa dekat Sushi Zanmai dia saja makan Miso Ramen 2 mangkok, Tempura 1 portion, Waffle Ice Cream 2 set and now dah pandai mintak Orange Juice and Ice Water. Punya banyak makan. Ni kalau Mama makan pesen Shein ni, alamat Raya memang pakai baju size L la. But dia active. Lepas makan, burn la calories sebab Shein active. Berenti main time tido je. Mulut pon sama naik memang peramah giler sekarang sampai Sazli suruh tido je sebab banyak sangat tanya. ‘What’s going on Mama and Abah?’ Ni dia tanya kalau dengar kitorang borak. Busy body kan? I pon kekadang ada je marah dia sebab jenis apapa semua nak main. Ajak mandi nak dukung, bila mandikan dia jirus-jirus air. Dia rasa dia kelakar kot? Lepas tu buat apapa kadang-kadang dia tak focus maka keluar la suara Tarzan I. Hahaha. But usually bila nak tido kita akan becinta la hug each other. Biasa memang Shein tido atas lengan I, I hug dia lepas tu time dia mamai-mamai I cakap ‘I love you Shein. I’m sorry I’m shouting at you Ok?’ Nanti dia reply ‘I love you too Mama. It’s Ok’. Huwaaaaaaaa sedih pulak. Sedih time malam la. Esok pagi menaga balik.


Dah jom layan gambar makanan pulak. This one Summer Roll. Wajib order yang ni. RM20.80



Shein punya saja 2 bowl. Soyu Ramen RM10.80


I share dengan Sazli. Kaarage Don (Large) RM19.80


Tak pernah order tapi tingin. Chicken Gyoza RM13.80

I suka yang Korean better


Salmon Sashimi 7 pcs RM20.80


Yasai Tempura RM7.80


Sedap tau Itachoco Monaka ni. RM10.80 untuk 1 set. Kitorang order dua, Sazli dengan I dapat sorang selai. Hahahaha.


Terpaling puasa dalam dunia (padahal)


Dia suka makan macam ni. Asingkan ramen dalam pinggan lain lepas tu suap sendiri. Now memang dia makan nak suap sendiri. Orang dah besar, taknak dah makan suap. ‘It’s Ok Mama…’ T___T 


Sebelum datang boleh tahan drama bergaduh dua orang. Abah pon sama sensitive bulan-bulan puasa ni. So dari rumah tak kawan la, but bila sampai sini salam, hug, kiss lepas tu kira setel and boleh dah la makan bersuap-suapan. Berdamai. Hahahah.

Siap makan, kitorang gerak ke Publika sebab Sazli nak beli Baju and Seluar Amy Search. Meriah jugak I tengok Publika. Dulu takde pulak meriah macam ni. Now dah meriah giler kot, nak pulak time raya. Sempat I beli Groceries sikit dekat BIG. I sukaaaaaaaaaaaa la market ala-ala BIG, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer ni. Suka tengok macam-macam jenis makanan. Letak sehari dekat sini pon I ok je. Takde hal. Hurm, tak sabar sangat nak tunggu rumah siap. Nanti I nak masak, baking semua. Bestnya… Lepas tu boleh la buat cooking show. Mintak-mintak Sazli mau melayan. Hahahahaha. Anyway, pejam celik puasa tinggal 11 hari je kan? Minggu depan Friday dah raya. I suka la waktu-waktu macam sekarang ni sebab lagu raya dah keluar dalam radio. Nanti bila Ramadhan nak abes, terasa sedih sebab taktau tahun depan merasa ke tak lagi sambut Ramadhan dengan family. Next year, Shein dah kena puasa la. Tu macam mana la dia nak tahan sampai berbuka. Member jenis kuat makan. Hahahahahaha. Macam Amsyar anak buah I puasa jugak tapi jenis puasa makan je, minum boleh. Tak kisah la macam mana janji dia faham erti puasa tu macam mana. Si Shein ni orang cakap orang puasa makan dia pelawa eskrem dia siap macam bakar line sebab dia jilat eskrem tu macam sedap je. ‘You want some Mama? It’s nice’. Hek ko La Shein! Hahahaha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...