Friday, June 1, 2018

Solo Trip To El-Nido, Palawan Philippines.

Hi Assalamualaikum..

Harini Siti Nohaliza bizi mengukur jalan dekat mana ntah tadi dia bagitau, so dia mintak tolong (lebih kepada paksa) Ain updatekan blog. Tajuk bebas. Tadi lepas dia bagitau Ain tersambung tido so sekian lambat lah jadinya. Tapi mat saleh kata late better than never. Nak update pasal makan-makan tak sampai hati sebab nanti dengan diri sendiri telan ailio. So sembang kosong jela ok? Cerita pasal experience Ain travel ke El Nido, Palawan Philippines. Kot ada sesiapa nak pergi sana boleh lah amek tips sikit. Cerita dah almost sebulan pon takpe. Belum basi sangat rasanya. Hahaha.

El Nido first day sunset.


Ain pergi sana 5-11 May lepas, and this is solo travel. Real solo yang every single thing dari itinerary sampai ke sana semua handle sendiri. Except island hopping je ambik pakej sebab kang kalau naik boat sorang-sorang pergi tengah laut ada yang tak balik nanti. Kah kah kah. Before this ada jugak buat solo trip tapi join with agent means yang pergi mostly solo tapi kenal each other kat sana. Tapi untuk El Nido trip ni decide nak go alone. Release kepala and takyah terikat dengan orang lain. You own of your rules konsep dia. Asalnya nak pergi bertiga tapi plan holiday ni memang biasanya awal je gempak, pastu krik krik. Being Ain takde masalah nak jalan solo so proceed je. Tapi kat sana make friends jugak dah. Hari pertama dah dapat member. Perjalanan memang boleh tahan mencabar sebab panjaaaaaaaaang. Read panjang tu memang real panjang sebab total almost satu hari dari JB nak sampai ke El-Nido. Siapa nak challenge diri sendiri boleh lah buat solo trip pergi sini. From JB to KL sejam. KL-Manila (Terminal 3) 4-5 jam (lupa). Dekat Manila kena tukar terminal. Flight dari terminal 4-Puerto Princessa sejam lagi. Then kena ambik public transport either bas or van ke El-Nido Palawan and perjalanan ialah 6 jam. Untuk 6 jam tu pulak jalan boleh tahan kona sana sini. Masa Ain pulak driver van bawak macam gaya ferrari so baik tido. Dalam hati cakap "ni kalau mati accident tengah tido tak rasa apa". Haha bongok.

Dari KL akan turun kat Terminal 3 Manila. Then kena ambik shuttle or public transport ke Terminal 4 untuk ke Puerto Princessa Palawan. One more things, kalau korang tak buat research before pergi or malas nak tanya orang memang terpusing la kat Terminal 3 cari mana Terminal 4. Memang kena pandai-pandai sendiri. Even kat boarding pass pon takde state ye Terminal 3/4.

Island hopping kat sini bukan 3-4 jam. Tapi dari 8.30am until 4-5pm. Memang the whole day. Barai tapi sangat worth it! Waterproof case for iphone tu memang berbaloi.So kalau takde gopro boleh pakai tu je. Ramai yang tanya masa Ain update aritu. So far memang safety for snokerling etc. Harga around RM80++ kot kat Lazada. Ikut model phone. 


Island Hopping Day 1

Island Hopping Day 2

Zipline  Las Cabanas. Masa naik ni jantung dah jatuh dalam laut. Pastu turun kutip balik. hahahaha. Must try!

Canopy Walk. Kena hiking untuk tengok full view pekan El-Nido from top. Safety guide yang suruh pose macam ni -___-

Others tips kat sini halal food memang susah sikit. Dah jumpa seafood tapi bbq still mix dengan non-halal meat. During island hopping Ain inform boat guy so dia baik hati bakarkan udang dalam foil. Udang fresh makan tetengah laut perghh. Dia offer ayam jugak sebab dia tau kita tak makan babi je. Tapi Ain tipu je cakap allergy ayam. Padahal malas nak explain bab sembelih tak sembelih. Haha. Tapi Insyaallah tak mati kelaparan. Roti, cookies, buah, seafood banyak je. Ain bawak stock makanan pon banyak dari rumah. Cuma lepas seminggu tak makan nasik, bila dapat makan nasik lemak flight masa nak balik tu rasa syukurnya Ya Tuhan. Kira proper meal walaupon nasik lemak Air Asia ala-ala tapi RM20.

Dekat El-Nido jugak akan ada masa-masa dorang cut elektrik. So before booking kena check hotel/chalet korang book tu ada generator tak. Macam masa Ain stay sehari sekali atau dua kali. Malam sekali, pagi sekali. Sekali kena dalam 1-2 jam macamtu. Mana yang ada generator so takde effect. Yang takde bergelap la kejap. Sini macam pekan je. Jangan expect El-Nido ni bandar yang gempak. Memang orang looking forward island dia. Tak sesuai untuk orang yang nak kena ada mall cantik, fancy restaurant etc. Then kalau masa nak booking dorang offer wi-fi takyah la percaya sangat. Ada tu ada tapi macam takde je. memang siput lagi laju. So beli jela simcard dengan data. Aman hidup. Ain beli telco SMART. Amek 8gb untuk seminggu termasuk free call untuk local. Tapi macam mahal sikit sebab dalam 800 peso = RM56. Tapi puas hati sebab memang laju and tak habis pon pakai. 

Area bilik Ain kat sini. Bersih je. Jalan lima tapak dah sampai laut. Rindu malam-malam lepak depan laut layan youtube. More spesifik konsert Radiohed la. Harap-harap YB Nurul Izzah jadik bawak Radiohead masuk Malaysia. 

 Few times beli  roti and cake kat sini. Kaksu asyik tanya 'ada babi tak?' Geram nak tunjal.

 Bersempena GE14 Malaysia. Ain pergi sini. Amek mood election (walaupon tak mengundi).

Boleh tengok tahap kejernihan air laut dia. Banyak boat-boat kecik macamni akan jual air, jajan, aiskrim etc during island hopping.

Okla Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...