Tuesday, June 5, 2018

Happy 66th Birthday Baba Shein

Assalamualaikum..

Semalam 4th Jun 2018 birthday Bapak yang ke 66 tahun. Happy Birthday Bapak! Semalam I asyik wish je lepas tu asyik cakap dia handsome. Lepas tu Bapak and Sazli cakap 'Bahayaaaaaaa' Hahahaha. Tapi dorang tu memang tau? Kalau I buat baik-baik je mesti cakap bahaya padahal I ikhlas. Hehe. Dah 9 tahun dah dapat celebrate birthday Bapak sama-sama, hope many more years to come InsyaAllah.. Bapak ni orangnya tegas, firm, tak suka buat popular decision. Maybe kadang-kadang rasa macam geramnyaaaaaaaaaaaa tapi apa dia buat tu usually betul lah sebenarnya kalau ikut theori sebab tu dulu masa dia still dalam business field, dia got respect by many. Tapi dalam tegas macam mana pon, dengan Shein selalu kena buli. Kata Bapak, 'My time depends on my Boss'. Sapa Bapak? 'Mohamad Shein'. HAHAHAHA. Sebab kalau Bapak ambik Shein balik dari School, Shein la yang bagi direction nak ikut mana. 'This side Baba, this side'. Tu yang kekadang nak sampai rumah dekat sejam sebab ikut jalan jauh + benti Petronas beli eskrem + berenti pulak kedai beli Banana. Kata kalau ada certain day yang Shein moody and cranky maka affected lah day Bapak and Mak as well. Haritu pon dia macam sedih jugak bila Tok Chak passed away. Dia cakap hidup dia sunyi, takde dah routine dia. Biasa 10 hari dalam sebulan dia akan balik kampung babysit Tok. Takpalah kalau Tok dah tak ingat banyak menda asalkan dia ada buat semangat untuk Bapak. Kesian jugak I tengok Bapak time tu tapi dia cakap 'Takpa lah, asalkan ada Shein, apa pon takpa'. Gitu dia punya sayang dekat Cucu sorang tu. I hope Shein nanti jangan la nak spoil dengan Baba and Maktok pulak. I mohon semoga Allah peliharalah Bapak, sihatkan tubuh badan dia dan panjangkan umur dia sebab Bapak jugak is Idol tu Sazli. Saz cakap dia also nak jadik macam Bapak. Cuma Sazli ni, soft side dia lebih banyak la compared to Bapak. Bapak tegas, but Sazli boleh dibawang berbincang walaupon ada jugak perangai tua sebelum usia dia hahahahahah tapi boleh dimaafkan lagi.


Pulut Kuning made by Mak, deco by yours truly. Kata Mak 'Cantiknya Su.. Pandai Su hias'. Hehe. I rasa macam biasa-biasa je tapi Mak tu apa pon I buat Ok. Masak pandai, pilih langsir pandai, semua lah pandai. Hahahaha.



Kek ni I beli dekat Isetan. Bapak sedap. Kecik je beli cukup la kami 5 beranak.


RM50.00 je. Kalau korang nak beli, ada jual sebelah ROYCE Chocolate tu OK? Ada banyak jenis. I pilih chocolate sebab Shein suka. Apapa now ikut yang Shein suka la walaupon bukan birthday dia pon.


Mak buat Nasi Goreng Sardine. Pulut Kuning makan dengan Sambal Udang + Daging Masak Hitam by Wan Luqman. Bapak la sedap! Ada Murtabak, Tauhu Anora, Bubur Lambuk, Gulai Daging, Agar-agar Milo and  Buah-Buahan. Mango tu from India. Kupas suku je. Manis!


Manis ni Bapak senyum. Macam I la. *tetiba


Bapak cakap Thank You for arrangement. TQ je ke Bapak. Duit raya kasik lebih haaaaaaaa. Hahahaha.


Since kitorang semua kodok, maka masukkan je la gambar Shein. Tu pon punya susah nak snap sebab dia mana reti duduk diam.


Semua kereta sempena birthday bapak. 4652 :)

Untuk Bapak, Su doakan semoga Bapak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipelihara Allah dunia dan akhirat. Stay handsome eh Bapak? Bapak ni very discipline punya person. Always look good je. Dia dah la tall, perut pon takdak, sport active, makan jaga, supplement pon dia makan. Nanti Shein dah besar, handsome and tall macam Baba la. Now pon dah nampak dah tinggi. Bapak ni keturunan Pakistan sebab tu dia selalu cakap dia International Look. Yang tu dia belagak sikit la. Hahahahaha. Kalau cakap dia handsome nanti dia akan cakap 'It goes without saying'. Tu I ikut Bapak la. Kalau sapa-sapa puji takde dah cakap TQ tapi terus 'Of Coz!' HAHAHAHAHAHA.  

-eNd-

No comments: