Wednesday, June 6, 2018

Pandainya Atig Masak!

Assalamualaikum..

Ya Allah, hiba sangat rasa tengok Nasi + Lauk Pauk yang Atig masak ni wei, kecur ailio. I lapar Nasi and Lauk Pauk yang dimasak dirumah la. Dah la semalam I tak sahur, tapi al-hamdulillah setakat ni hidup lagi walaupon macam hazab sikit lagi nak mati. Jalan pon dah level merangkak ni. Dagu pon merata parking dekat bahu orang. Hahaha. Ingat 10 Ramadhan terakhir ni, I taknak dah sahur Nasi Goreng but nak buat Nestum je. Sazli dia pergi Kiamullai dekat Surau bawah and only balik after Subuh so yahooooooooooooooo tak payah masak.  Hahaha. Tapi tak sahur ni rasa macam kurus pulak (walaupon baru sehari je pon tak sahur Nasi Goreng). Kecoh kan? BTW, ni I nak share lauk-pauk yang Atig masak masa kitorang bukak puasa sama Jumaat 2 minggu lepas dekat rumah Zairie and CT. Bagus la Atig ni, pandai giler masak. Dah la dia masak sedap rasa ala-ala Thai. I kalau dengan Atig selalu bergaduh pasal bawang. I suka guna bawang kecik, Atig suka guna bawang besar je. Dia cakap buat apa susah-susah nak guna bawang kecik, sama je rasa. Buang masa jeeeeeeee. Eh, suka hati laaaa. Naseb la bawang ada bawang besar, bawang kecik dengan bawang putih. Kalau ada bawang oren, bawang biru, bawang hijau semua pon I nak guna. I am detail like that paham? Anyway. ni semua ni S E M U A ni Atig yang masak sorang dengan bantuan Zairie. Hebat kan? Kata Sazli, naseb Atig yang masak, kalau I masak pukul 10.00pm la baru makan. Tahan la kan? Dapat makan jugak. Kalau dia yang masak semua orang la tak dapat makan terus. Sazli memang suka la cakap I masak lambat la apa la. Geram je. Untuk sesapa yang merana tengok makanan ni semua, I mintak maaf eh? But I kenot merana sorang so nak drag semua orang merana sana.


My plate. Meriah Bukan Main.



Sup Fish Ball + Udang + Sayur. Makan dengan Sambal Kicap.


Ayamg Goreng Berempah


Telur Dadar


Ikan Goreng. Ni adik Ikan Bawal ke ni? Sedap makan panas-panas. Boleh Atig goreng 4 ekor je?


Highlight of the day, Ayam Palembang. Dia up sikit dari Ayam Bali. Cara nak buat tak sempat lagi tanya Chef. Tapi rasa macam masak kicap pon ada tapi ada daun kari.


Kailan Ikan Masin


Makan atas meja DIY Zairie buat ni, memang selera. Meja pon memainkan peranan penting untuk menaikkan selera makan.


Walaupon gambar Eva bergoyang, tapi I tetap masukkan jugak gambar ni. Si Lia tu kodok je muka. Hahahahaha.

Sorry la Atig, ko pepenat masak tapi gambar nko takde. Wahahahahah. Lupa nak snap ke apa entah. Ni semua dah kebuluran malas dah nak amek gambar. Tengok la air sirap tu wuwuwuwu sedapnya beliau sebab berpeluh-peluh wei! Aduh, telan ailio rasa. Untuk sesapa yang takde idea nak masak apa petang ni, boleh la masak macam ni OK? Semua pon sedap! I rasa haritu la I makan paling banyak dalam bulan puasa ni. Sebab tu la I tak turun-turun berat badan. Atig la ni punya pasal! BTW, nak tanya, Galak dengan Apai pandai ke masak macam ni? #tanyaje

-eNd-

No comments: