Friday, July 13, 2018

Finally.... Dyba Celebration!

Assalamualaikum..

Yayyy finally ada #dybacelebration. Rasanya dah makan 3-4 tahun birthday Dyba kena time bulan puasa. So takde la celebration untuk dia. Makan hati je each time celebrate kawan-kawan yang lain. Setahun dua ok lagi, ni dah makan tahun dah kah kah kah. Masa tahun lepas I cakap 'Oklah, nanti birthday Dyba tahun depan kita makan dekat Burger and Lobster terus dekat Genting Highland. Sebulan simpan RM30.00, by the time sampai bulan Jun 2018 ada RM240.00 so cukup la nanti nak celebrate dekat sana'. Gitu cita-cita terus nak makan Burger and Lobster siap kena simpan RM30.00 sebulan sedih sangat hidup ini. Hahahaha. Untuk Dyba tahun ni, kita celebrate dekat Alexis GE Mall sebab dia dah lama cakap nak makan Pavlova dekat sini. But, takkan la sesenang tu je kan dia dapat? Behind that kitorang dah plan baeeeek punya sampai Dyba nanges-nanges la. Hahaha. Sian dia. Konon-kononnya hari Jumaat yang nak celebrate makan-makan untuk dia tu, Intan kena pergi Shah Alam ada jumpa Lecturer, Izzah ada jamuan raya Downstream, Izzy pulak meeting kena sambung lama and kebetulan Kaklong baru keluar hospital and tak kerja, so tak boleh la join. Yang available I sorang je. Masa dalam kereta, Dyba moyok je. Lepas tu I pon Makcik bawang 'Sian Dyba, time birthday Dyba takde orang pon available nak celebrate. Time birthday orang lain, Dyba ada je'. Time tu dia dah ketar-ketar suara cakap 'Takpe Kaksu, Dyba Ok je'. I tanya dia nak makan apa, dia cakap dia tak lapar. Tadi dah makan. Nak makan Pavlova je. (Padahal dah takde mood). I pon pegang tangan dia and cakap 'Dyba cukup kan kalau ada Kaksu je?' Dyba jawab 'Cukup lah Dyba ada Kaksu'. Anyonyonyo. So dari office terus kitorang gerak ke GE Mall.


Happy Birthday Dyba! Tengok muka baru lepas nanges. Hahahahaha.


Sampai dekat sana, I pon kontek-kontek la dengan bebudak ni. Padahal semua dah ada dekat sana ambik belon, beli bunga semua. Dorang gerak ke GE Mall awal sejam dari I and Dyba actually. Si Intan siap nak beli 2 bunga sebab dia nak satu. Dia, biasa la kan? Mana nak kalah. Naseb la Si Izzah marah dia cakap nak buat apa bunga? Dah la beli untuk diri sendiri. Baru la dia letak balik tu pon membentak-bentak kaki. Dekat GE Mall ada kedai party so ngam la boleh beli belon kat sana and setting terus dekat Alexis. Kitorang buat sendiri je sebab kos. Kah kah kah. Belon ni kalau kat kedai party baru RM3.00 satu, takyah bubuh fertilizer sebab bukan nak stay sampai malam pon. Ni kalau hire Party Planner dah mahal ni sebab ada charge-charge lain. Kekadang 10 belon sampai RM300.00 kena charge matilah naaaaaaaak.

Sampai-sampai dekat Alexis, Dyba tengok ada belon untuk dia. Happy la dia tapi tak 100%, I cakap I setting semua ni sebab nak dia happy. Tapi still, makan-makan ni untuk I dengan dia je. Masa waiter hantar menu, dia cakap dia taknak makan sebab dah kenyang. Nak kek je. Muka sedih still. Sejenis Dyba memang tak boleh nak sorok muka kalau sedih. Time tu I dah nampak bebudak ni dekat pintu TAPI TAK KELUAR-KELUAR. Ingatkan ada masalah apa, rupanya lilin asyik padam kena angin. I dah ketar-ketar pungkok. Ni kang Dyba toleh sana, dah tak surprise dah la.


Surpriseeeeeeeeeeeee!! Of coz la ada surprise for Dyba. Takkan la takde. Tengok kita semua pakai purple tau? Untuk Dyba. Intan setengah hari pakai sweater taknak kasik nampak baju. Izzah siap datang bawak baju kurung. Punya taknak Dyba tau.


Birthday Girl pon nanges. Terharu dia dapat surprise dari kawan-kawan. 


Baru la dia boleh senyum... Kalau tak tadi sedih je muka dia.


Macam biasa, tengok la sapa yang sebok dengan bunga? T_____T Naseb dia tak mintak nak pakai crown je.


Finally baru ada muka Izzy. Dia biasa memang tak masuk gambar sebab dia tukang ambik gambar. Sila perhatikan bunga tu sapa yang pegang.


 Time ni baaaaru la Si Dyba lalu nak makan and happy tengok menu. Hahahaha. Tadi punya sedih sampai tak lalu nak makan.

Kitorang order makanan and sharing la macam biasa. Ambik Platter 1, Pizza 2, Salad and ambik Pasta + Dessert. Cukup-cukup je kitorang makan and takde pembaziran. Kaklong dia kena makan Salad banyak sekarang ni so order salad untuk dia. Seronok la makan berebut-rebut macam ni. Tapi Intan cakap nanti dia nak datang balik, nak makan Pasta sorang-sorang taknak share. Tak puas makan la tu. Hahahahaha. Total bill makan + air is RM344.10 macam tu. 


Pavlova RM17.80


Duck Confit Salad RM36.00


Alexis Platter RM52.00



Bucatini Carbonara RM39.00


Frutti di Mare RM49.00


Ai Funghi RM41.00


Happy Birthday Dyba!


Theme : Purple, Black, Grey. 

Dulu kitorang suka pakai tudung and baju warna sama, lepas tu dah malu nak jalan sebab semua warna baju sama dah macam kumpulan Nasyid. So now, kitorang cakap combine je la warna. Purple ni tak silap I, Intan yang pilih kot? Hahahaha. Birthday dia, dia decide, birthday orang pooooon dia yang decide warna apa. By 3.00pm kitorang dah sampai office balik. Alhamdulillah, birthday girl happy and senyum meleret la dia sampai la balik haritu. Sian Dyba kena buli sampai nanges-nanges dia. Of coz la ada something for Dyba. Takkan la kitorang nak biar birthday Dyba takde celebrate. I am so lucky to have all of them. Izzy now pon paling bizi take part kalau birthday sapa-sapa. Dulu dia ada ke, takde ke sama je macam takde beza. Hahahaha. We missed Sarah here. Kalau dia ada, mesti lagi meriah. How we wish that you are here BB. For Dyba, Happy Birthday To You. Kita dah berzaman umur 30, dia baru masuk 30 tahun ni. Hahahaha. Have a good one Princess Dyba. We LOVE you.

-eNd-

2 comments:

dyba said...

bergenang baca ni..haha..TQ semua sbb buat semua ni utk dyba..first time dpt seprias mcm ni seumur hidup 30 tahun.. n the best bday ever!!!Love you allss.

Chooyaya! said...

hope dyba suka.. sorry tau sebab smpi nanges dyba kena sakat dengan kitorang. 😊