Monday, July 23, 2018

Day Out With Shein

Assalamualaikum..

Ada weekend haritu I keluar berdua dengan Shein. Kitorang makan, tengok movie and buat Manicure. I jer la buat, Shein teman je haha. Redha je anak jantan teman Mama do girl thing. Sazli jumpa Azrul and visit baby baru lahir Hadry and Linda dekat Bangi. Sesekali memang Sazli ada keluar sendiri tanpa I dengan Shein. Me time dia. Biarlah dia nak buat apa. Now nak main bola pon tak boleh. Kena rest sekejap sebab kaki dia tengah sakit. Kalau dalam bahasa perubatan sebut Plantar Fascia Rupture. Last time dah ada buat minor surgery but now sakit pulak dekat bahagian lain. Dah gemok tu kot Papa? Kena exercise balik. Nanti lepas kaki dah OK, better la ON balik sports activity. Dulu masa ada John rajin jugak dia join run semua. Ni John dah takde dekat KL, geng pon dah takde last-last seluar running dia dah jadik hak milik I. HAHAHAHA. Kalau Seluar sukan, kitorang sama size je. Tapi Sazli selalu la cakap kalau I pakai seluar dia, nanti seluar dia koyak (dia bajet dia lagi kurus dari I what de???) Ada tak sesapa yang sakit sama macam Sazli? Kalau ada korang boleh la share experience eh? Now Sazli memang kerap la ke Gleneagles buat physio semua. Now pon dia pakai padding khas untuk letak dalam kasut bagi kaki dia tak pressure sangat and every night dia akan roll kaki dia dengan botol air yang dia letak dalam tempat beku. Kata Sazli banyak improve semenjak dia buat macam tu. Dia buat, Shein pon naaaaaak jugak buat. Kata dia, kaki dia ‘sakey’. Yerla tu. Shein now macam busy body sikit. Tak nampak Abah dia nanti dia jerit la ‘Abah, where are you? What are you doing?’ Dengar Mama and Abah borak nanti sebok nak menyampuk. Bila tak paham kita cakap melayu 100% nanti dia tanya ‘What’s going on Mama Abah?’ Bila kita cakap dia busy body, nanti dia cakap kita pulak yang busy body. Hahahaha. Haritu I tanya dia ‘Shein where are you? What are you doing?’ Dia balas ‘Why so busy body Mama?’ T_____T


Ni time queue nak beli ticket. Bagi Shein asal tengok movie je ialah tengok Didi and Friends. Lepas beli ticket ajak beli popcorn. I'm so hungry Mama. Yer la tu. Dia kalau dah makan pon, asal nampak makanan cakap hungry. Drama lebih.



Kitorang tengok Ant-Man. Best! I suka. Shein suka bab fight je. Part lain dia main game dekat iPad. Korang nanti tengok la citer ni. I kasik 4 bintang. I agak ada sambungan ni, sebab ending dia macam tergantung.


Kita duduk seat sebaris 4 kerusi tu berdua je. Best la macam ni. Dulu selalu berangan nak keluar outing dengan anak. Now dah dapat. Syukur al-hamdulillah. Nanti bila Shein dah teenager, boleh share dengan Mama pasal GF pulak. Abah a bit conservative, takpe. Mama ada.


Siap movie, teman Mama buat manicure and pedicure pulak. Shein dah a few time dah teman I dekat sini. So dia dah biasa. Kasik je dia blanket dengan iPad, diam lah dia untuk 40 minutes. Lepas tu dia dah bosan, ajak jalan makan eskrem.


Shein suka la duduk sekali dengan I. Menempel dengan Mama. Kalau Shein girl, Mama suruh dia buat sekali je kuku.


Tengok tu Shein. Menempel je.


Siap buat kuku dia ajak makan eskrem. So kitorang makan dekat Inside Scoop.


Pastuuuuu nak cake pulak. Ok jom la Secret Recipe.


Siap makan cake, I ajak Shein pergi Sephora. Dia tau sini tempat make up. Kitorang beli hadiah birthday untuk Kaklong. I belikan Eyeshadow Palette Urban Decay. Cantik giler! 


Lepas tu dari KLCC terus ke Bukit Antarabangsa pass hadiah untuk Kaklong. Sesambil makan Asam Pedas yang Kaklong buat. 

Shein dah kekenyangan makan sepinggan nasi, baru la kitorang gerak balik Ampang. Nak balik pon bermasalah jugak sebab dia dah best main dengan Kaseh. So nak balik tu ada la drama sekejap. Sian dia.... Shein ni good boy la sekarang. Kalau jalan berdua dengan Mama kurang la dah drama dia. Kalau dulu memang too dramatik. But now al-hamdulillah OK. Tak OK 100% but kurang la Mama jadik Tarzan. Hahahaha. Yang penting, duit kena standby la banyak-banyak. Tak nampak Toys R Us takpe. Kalau nampak tu yang akan jadi masalah. I jenis cepat give in. Malas nak dengar dia merengek lama-lama. Tu kekadang balik umah, claim la dekat Sazli duit toys Shein. Kata Sazli, dia pon terlibat ke? Abes tuuuuuuuuuuuuu? But now, if apapa dia nak toys kita cakap for baby, kurang la meroyan dia but depends jugak pada keadaan. Time mood dia OK, OK lah. Time mood dia tak OK tu yang akan jadik masalah sikit. Anyway, Tachiu sayang Mama teman Mama harini. Nanti kita jalan sama-sama lagi Ok? Now boleh la jalan dengan Mama, entah nanti dah remaja terus rasa tak cool tengok movie dengan Mama kan? Hope jangan lah macam tu. Kita kena best friend sampai bila-bila. Promise?

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...