Friday, August 3, 2018

Baik Punya Concert 4D. TQ Belanja Papa!

Assalamualaikum..

Last week on Friday, Sazli and I pergi Istana Budaya tengok Baik Punya Concert 4D. Kitorang kalau ada Awie memang takde la terlepas any of dia punya performance dekat IB so far and I can say dalam banyak-banyak yang I pernah tengok, this time la PALING KELAKAR among all yang involve Awie and hope that Tall Order Production akan repeat lagi Baik Punya Concert ni for Vol 2 pulak. As expected, memang tak full house macam Baik Punya Cilok and Cuci the Musical but takpe lah sebab I memang betul-betul terhibur. Maybe kurang promotion kot sebab kata Hans, this time memang dorang takde any sponsor. Semua gerak sendiri je. Balik rumah tu naik senak perut and lengoh rahang ketawa sebab gandingan Awie, Hans, Afdlin dengan AC Mizal kelakar nak mampos. Ni memang concert nak membahan antara satu sama lain la. Memang takde heart feeling apapa and yang paling teruk kena Hans la sebab dia kan tak kawen-kawen sampai kesudah. Ada la part yang I rasa lawak dia agak double meaning tapi takpe sebab kanak-kanak yang datang probably la tak paham. Bak kata Afdlin ‘Ala, Melayu… Kecik je.. Standard Size’. Lepas tu Hans pon macam nak bangga la sebab dia kan keturunan Serani? Hahaha bongok la. Paling energetic I tengok is AC Mizal la. Memula a bit turn off sebab masa I baca review Khamis tu, ada yang komen cakap lawak AC macam tak sampai tapi masa I tengok Jumaat malam tu OK je. Maybe yang tulis tu, dia la yang tak paham lawak. Maybe sejenis pembaris kot? Lurussssssssssss je. Hahahah. Suara semua power la esp Awie and Hans pon boleh menyanyi la wei! Masa mula-mula tu dia nyanyi lagu Sejati not bad jugak. Macam yang lain-lain tu dah sedia asal penyanyi so takde la masalah, but Hans kan pelakon? Surprisingly dia menyanyi memang OK. Sedap la dari suara I kah kah kah.


Masa OTW ke IB, rasa missing pulak bila takde ayang-ayang (Sazli panggil Shein ayang-ayang lol). Asyik la panggil dia. Sheinnnnnn Sheinnnnnnn. Padahal dia tengah berbahagia tu dekat rumah Bapak. Kata Shein, 'Shein, Baba, Maktok home'. 



Eh, boleh pulak jumpa Aliah and Atiq masa dekat Akleh. Dorang nak pergi Quill kot? Si CT dok ingat kitorang pergi sama-sama concert ni, angen la dia satu badan kitorang tak ajak. Ok CT next time kita pergi sama OK? Masalahnya Zairie layan ke menda-menda seni macam ni? Hahaha


Puas la nak fikir nak pakai baju apa. Sudahnya, siap makeup main sarung je baju ni. 


Baik Punya Concert 4D. Macam biasa row H kalau Concert.


Sebelum enter hall. Tak ramai sangat crowd. Masa KRU dulu punyalah ramai orang. 


Photo by Sazli. (Selepas 20 take ni je rasa cantik hahahahaha) Yang penting rambut aku tak Rosmah Mansor.


Dah masuk hall! Row belakang kitorang semua artis dengan geng-geng dorang je. Masuk lambat, keluar awal. Maybe takot kena serbu kot? Belakang I is Nora Danish, Nedim and Neelofa with the gang. Tapi macam biasa la, I tak ambik gambar sebab sejenis ego tak tentu hala. Ingat tak dulu kes I jeling Shahiezy Sam dekat Ampang Point? HAHAHAHA.


Ok Ok dah nak start


Makin handsome pulak Hans ni I tengok.


Ok, ni dah last dah ni. Takde ambik video and gambar pon sebab mana boleh record. Last song tu je dorang bagi record.


I printscreen Nora Danish punya Instastory. Tu nampak I dengan Saz. Hehe.


Saz tanya, nak ambik gambar sama-sama dengan Awie tak? Jawapan : Taknak.
I memang suka perati dari jauh je.


Eh, sama pulak baju Saz dengan Awie malam ni.

Overall I memang terhibur giler la persembahan dorang malam ni. Memang kelakar sampai baring-baring la dorang menyanyi. Dari mula concert sampai la habes memang ketawa non stop. Seriously memang kelakar giler, lagi kelakar dari Lawak Ke Der. Tau la Afdlin tu, muka seposen je dia kalau bercakap lepas tu Awie pulak blur-blur sejenis suka potong cakap orang lepas tu asyik-asyik Afdlin tak dapat nak habeskan story. Masing-masing pegang rules masing-masing. Afdlin banyak control la situation kalau tak memang tak terkawal semua. Ada this one part AC beria la nak mencelah cakap dia pon tak puas hati dengan Awie, tapi bila tanya dia cakap 'Sebenarnya takde apa pon, saja je nak ambik perhatian orang'. HAHAHAHA. Dorang pon cakap takde tapis-tapis dah. Babi la ko ni, kepala hotak ko, pundek semua lah keluar. Kelakar nak mampos. Eh, I pon tak reti la nak cerita. Pada sesiapa yang terlepas, kata la Astro Go ada jual nanti korang belilah. RM15.00 je pon kalau tak silap I. Lepas tu, kalau tahun depan ada lagi I suggest korang untuk pergi. WAJIB. OK? Okbye.

-eNd-

No comments: