Showing posts with label Konsert; Istana Budaya;. Show all posts
Showing posts with label Konsert; Istana Budaya;. Show all posts

Friday, August 3, 2018

Baik Punya Concert 4D. TQ Belanja Papa!

Assalamualaikum..

Last week on Friday, Sazli and I pergi Istana Budaya tengok Baik Punya Concert 4D. Kitorang kalau ada Awie memang takde la terlepas any of dia punya performance dekat IB so far and I can say dalam banyak-banyak yang I pernah tengok, this time la PALING KELAKAR among all yang involve Awie and hope that Tall Order Production akan repeat lagi Baik Punya Concert ni for Vol 2 pulak. As expected, memang tak full house macam Baik Punya Cilok and Cuci the Musical but takpe lah sebab I memang betul-betul terhibur. Maybe kurang promotion kot sebab kata Hans, this time memang dorang takde any sponsor. Semua gerak sendiri je. Balik rumah tu naik senak perut and lengoh rahang ketawa sebab gandingan Awie, Hans, Afdlin dengan AC Mizal kelakar nak mampos. Ni memang concert nak membahan antara satu sama lain la. Memang takde heart feeling apapa and yang paling teruk kena Hans la sebab dia kan tak kawen-kawen sampai kesudah. Ada la part yang I rasa lawak dia agak double meaning tapi takpe sebab kanak-kanak yang datang probably la tak paham. Bak kata Afdlin ‘Ala, Melayu… Kecik je.. Standard Size’. Lepas tu Hans pon macam nak bangga la sebab dia kan keturunan Serani? Hahaha bongok la. Paling energetic I tengok is AC Mizal la. Memula a bit turn off sebab masa I baca review Khamis tu, ada yang komen cakap lawak AC macam tak sampai tapi masa I tengok Jumaat malam tu OK je. Maybe yang tulis tu, dia la yang tak paham lawak. Maybe sejenis pembaris kot? Lurussssssssssss je. Hahahah. Suara semua power la esp Awie and Hans pon boleh menyanyi la wei! Masa mula-mula tu dia nyanyi lagu Sejati not bad jugak. Macam yang lain-lain tu dah sedia asal penyanyi so takde la masalah, but Hans kan pelakon? Surprisingly dia menyanyi memang OK. Sedap la dari suara I kah kah kah.


Masa OTW ke IB, rasa missing pulak bila takde ayang-ayang (Sazli panggil Shein ayang-ayang lol). Asyik la panggil dia. Sheinnnnnn Sheinnnnnnn. Padahal dia tengah berbahagia tu dekat rumah Bapak. Kata Shein, 'Shein, Baba, Maktok home'. 

Monday, May 7, 2018

One of The Best Memories, Konsert Gergasi KRU 25 Woot Woot

Assalamualaikum..

Sampai sekarang Intan, Fiza and I tak boleh nak get over Konsert Gergasi KRU 25 dekat Istana Budaya yang kitorang pergi masa Jumaat malam lepas. I beli ticket dah lama wei, since September last year masa memula dorang announce kot? Ko bayangkan punya lama nak menunggu? Dari I kurus, sampai I dah debab dah pon ni. Pui! Hahahaha. 2 weeks ni, memang hari-hari dengar lagu KRU sampai nak muntah pon ada tapi berbaloi-baloi lah sebab semua lagu popular dorang nyanyi. Ada dalam 19 lagu kot dorang nyanyi. Most of it full song and bukan medley. Nak nyanyi semua lagu yang dorang ada tak boleh la sebab kalau tak, kita tido je terus dekat Istana Budaya, tak payah balik rumah kalau macam tu. Yang I perasan, lagu Impak Maksima memang takde. Semuaaaaaaaaaaaa lagu I hafal OMG tak sangka aku minat KRU sebenarnya. Tak perasan pulak selama ni. Hahahaha. Eh, I agak batch I memang membesar dengan lagu KRU kot? Kan? Dalam banyak-banyak lagu cuma lagu Hingga Ke Jannah je yang tayang gigi sekejap tapi time chorus I nyanyi sama ok, please? Ni naseb la KRU takde dah concert, kalau tak confirm dorang ambik I nyanyi sama terus. Bukan penyanyi latar eh? Buat show sama-sama terus hahahahahah. Lagu yang dorang nyanyi time Konsert is The Way We Jam, Awas, Terhangat Di Pasaran, Untukmu, Gadisku, Negatif, Malamku, Ooh La La, Di Pintu Syurga, Mengerti, Dua, Balada Hati, Babe, Dekat Padamu, Hingga Ke Jannah, Apa Saja, Dilema, Jangan Lafazkan and last sekali Fanatik untuk lagu penutup. Seriously I sangat berpuas haaaaaaaaati and I kasik 5 bintang although KRU takde beria dance. Takpe, I maafkan dorang sebab mungkin faktor usia. But nak tanya, Edry kenapa yang nak handsome sangat sekarang ni? Hahaha.


Intan, Ellis and Siti Nohaliza di KRU Concert. Ellis pergi dengan Seri and husband Seri. Sebok nak kacau orang date eh? Ellis ambik seat depan area Fanatic tu. Dalam Map cakap situ standing, kalau I tau duduk,  I ambik je seat tu. Murah RM100.00 kot? I taknak ambik yang standing tu sebab takkan la nak berdiri 2 jam kan? Sudahnya seat Fanatic tu duduk je pon. Cis! lagi dekat dengan stage.

Friday, May 4, 2018

See You Tonight - Konsert Gergasi KRU 25

Assalamualaikum

Kabar-kabarnyaaaaa bukanlah calang wanita, aku terpesona dengan lirikan matanyaaaaaa. Oh aku bukanlah mudah untuk jatuh cinta, tapi kini ku percaya cinta pandang pertama. Eh wanitaaaaaaaaaaaaaa lihat apa kah kau lakukan, aaaaaaaaaaaaaaaku hanyut dalam khayalan. Gerak gayaaaaaa dansamu menggodaaaaa. Sukar untuk dilupakan, siang malam kufikirkan!! Woot Wooooot!! Tak sabar nak tengok Konsert Gergasi KRU 25 malam ni dekat Istana Budaya. I, Intan dengan Fiza dah beli tiket ni sejak bulan 9 last year tau? Ellis pon pergi jugak tapi dia dengan kawan-kawan dia beli tiket murah hahahahaha. Kiter 3 orang beli tiket Ooh La La (Stall – Front Centre) Harga RM588.00 tak termasuk GST. Memula kitorang nak ambik yang Fanatic (Standing) RM438.00 tapi I cakap dah tuweeeeee tak larat nak berdiri lama-lama. Kata Intan concert kena la berdiri Kaksu, baru boleh joget. Tapi berdiri 3 jam macam tak Ok jugak ni. Hahahaha. Anyways, dah 8 bulan beli FINALLY it’s a day bebeh! Ramai je kutuk I sebab tengok KRU ni tapi kesah pulak aku kan? I membesar dengan lagu-lagu KRU Ok? Semua lagu popular dia I hafal. OMG tak sabarnya malam ni. I hope they will perform best-best and please pretty please jangan semput. Kata Intan, ‘Kaksu, entah-entah satu lagu je Norman dah semput. Dia kan dah tuwe?’ Eh. Kalau dia semput takpe Intan, Kaksu naik atas pentas terus take over dia nyanyi. Hahahahahaha.  I dah seminggu dengar lagu KRU ambik feel tau? Sazli pon naik menyampah dah. Takper lah rock-star tu. Dia tak paham jiwa remaja I ni. Biarkan. Hahahahaha. OMG seriously I excited giler!



See you in a bit bradah!

Monday, April 10, 2017

Konsert WINGS and Superfriends – Belenggu Irama

Assalamualaikum

Jumaat malam haritu dapat jugak I dengan Sazli tengok Konsert WINGS and Superfriends – Belenggu Irama dekat Panggung Sari, Istana Budaya walaupon last minute beli tiket. Kitorang decide pon masa Selasa petang tu. Dorang buat show dari 6-9 April 2017. I cakap pada Sazli, I tak kisah hari apapa jaaaaaaaaaaaaaaanji tengok. Yang minat Awie padahal siapa? Yang beria tetiba aku. Wahahahaha. Sazli tengok tiket dekat Ticket2U banyak yang sold out. Yang Sabtu punya dari tiket mahal ke tiket murah semua habes sebab Siti Nurhaliza ada malam tu. I pon ada sipi-sipi nak nanges. Saspen je nak tunggu Rabu siang tu sebab Sazli cakap nak pergi Istana Budaya terus untuk beli ticket. Semangat member datang awal ke IB sekali pukul 10.00am baru counter bukak. Kitorang punya favorite row is J. Dia kelompok depan tapi takde la depan sampai kena mendongak. Just nice lebih kurang dalam Row 5-6 dari stage. Memang dah kata namanya ada rezeki, ada row J yang tengah-tengah kosong 2 seat dari tepi. Al-hamdulillah… Dapat la kitorang seat tu. Sazli pon suka ambik tepi sebab kaki beliau panjang so takde la tersentut je nanti. Kerusi dekat IB ni kecik and space dia pon memuat je. So mana yang tinggi-tinggi kaki memang akan lengoh sikit la. Kalau size I takper, siap boleh bersila buat macam tengok konsert dekat rumah sendiri. Lepas dapat tiket, I senyum je. Syok tau tengok show dekat Istana Budaya? I suka! Sazli la yang mengajar. Banyak dah show kitorang tengok dekat IB. Korang boleh baca dekat sini. Dari zaman Sazli rambut pendek, ke panjang. Dari kurus ke debab ke kurus balik. Dari zaman Shein takde sampailah now Shein dah panjang. Tapi yang tengok biasanya yang ada Awie je la. Ada sekali pergi dengan Bapak and Mak time tengok Jamal Abdillah tapi lepas ni kalau M Nasir buat Konsert dekat IB I nak duduk paling depan sekali. Biarlah walaupon tengok dia buat show dengan lubang idong, I rela sebab M Nasir ni makin tuwe makin ganteng pulak I tengok.  Goodbye Awie! **Tetiba


Tenkiu Papa belanja lagi. Semoga murah rezeki. Aminnnnnn

Thursday, April 30, 2015

Musical Theater Baik Punya Cilok

Assalamualaikum...

Hari Isnin malam lepas, I dengan Sazli dating dua orang tengok Theater Baik Punya Cilok. Feeling dia sebijik sama macam zaman becinta dulu (kasik chance please). Tiket dah beli lama. I agak sebulan lebih ada kot? Beli awal sebab takot seat best habis. Sazli kalau untuk theater dia suka ambik row J. Area situ biasa cepat habis. Now peminat theater dah tak kisah nak bayar RM200-RM300 untuk dapat best view. Peminat theater tu ialah Sazli seorang je sebenarnya, I tumpang tuah jer. Haha. Tapi memang sentut giler sebab show malam tu, sapa beli ticket Isnin dapat less 30% tak silap I. Maybe penjual ticket slow ker apa, I tak sure. 

Kalau pandangan ikhlas I, I suggest pada korang yang nak release tension pergilah tengok Baik Punya Cilok ni. Enjoy sangat! Dorang banyak guna dialog spontan jer. Seronok! Kekadang I tengok, dorang sendiri tak tahan nak ketawa so bercakap pandang dinding. Hahahaha. Gandingan Awie, AC Mizal, Afdlin dengan Hans ni memang mantap la. Lagipon I rasa ni macam reunion bagi dorang sebab masa Cuci The Musical yang first je AC Mizal join, lepas tu dah tadek dah. Ganti dengan Nabil. Actually Nabil pon best cuma bila dorang berempat bergabung balik macam legend. Paham tak apa I explen ni? tak paham sudah.


Malas nak tunggu sampai sesi amek gambar. So ambik gambar sebelah banner pon jadik la...


Boifren I.


Jumpa pulak dengan kawan sekolah menengah dulu. Junior I. Myza Elfy nama dia. Muda 2 tahun ni. Myza datang dengan kawan-kawan dia yang turun dari Singapore. Sanggup tu dorang datang KL nak tengok Baik Punya Cilok.


Selagi boleh poor quality gambar. Hahahaha. Ni masa penutup. Time ni dah boleh dah kalau nak ambik gambar.


AC Mizal, Awie, Afdlin and Hans. Gambar ihsan Google.

I hope lepas ni Hans takkan stop la produce filem and teater yang involve 4 manusia talented ni. And kalau pada siapa yang pergi, korang akan perasan 'tukang karut' pon best giler! Dia main alat music traditional, sambil menyanyi sambil bergendang. Talented giler and very entertaining. Kepada korang yang tak tengok lagi Theater Baik Punya Cilok jangan risau, still got time. Dorang ada buat show lagi untuk malam ni, and malam esok pukul 8.30pm. Untuk Sabtu dan Ahad ada 2 show, Pukul 3.00pm and 8.30pm. So 2 show untuk satu hari.

Tengok tau? Seriously memang best giler! Ticket korang boleh beli terus dekat Istana Budaya atau Google la sendiri carik cara lain macam mana nak dapatkan tiket. Jangan nak pemalas sangat. Paham? I memang paksa korang tengok. Lepas tuuuuuuuuuuuuuu, jangan lupa beli Ikan Bilis Pedas yang Afdlin jual dekat booth luar panggung. Memang layan jer makan. Rangup and pedas. I beli 1 bekas, malam tu makan berdua dengan Sazli dalam bilik sampai habes. Ada la tinggal sesenduk je nasik. Share la kami makan. Tadek hal. Hahahahah.

-eNd-


Tuesday, March 4, 2014

Review Konsert Teaterikal Suara Kita (Part II)

Assalamualaikum.

Thank you Papa Bubu sebab tak pernah missed bawak I pergi Istana Budaya each time ada Awie since 2009 sampai la sekarang. Semalam kitorang tengok Konsert Teaterikal Suara Kita. I excited giler. Sazli apatah lagi. Tapi kurang sikit la mood rock dia tu.

Lain mood macam nak tengok Konsert Wings Opera Hidup (2011), Konsert  Awie & Ella (2012), Konsert Rockestra Wing (2013). Itu seminggu sebelum konsert dah muka garang and cakap pon nak jeling-jeling Lu Apa Hal Bro? (kah kah kah), rambut dah tutup muka, suara dah serak basah. Nak amek mood rock kata kau? Kah kah. Konsep rock tu memang kiter semua kenapa paham. OK?

But this time, I la yang excited. Sebab Sazli kan layan lagu Awie jer. Ziana Zain dengan Erra punya lagu dia nganga statik je. Macamkan paham. Bila masuk chorus baru oooooooooo. Lagu ni ker? Tabah jer la eh U? But yang penting, kiter memang always support mana-mana Konsert/Teater Awie dekat Istana Budaya. He is superbly talented entertainer.  Tiket punya price pon dah boleh beli Celine Phantom. Kan Lia? Ko jangan nak macam-macam eh ongkaye? Takde beza pon Gucci Outlet dengan Boutique (Tetiba).

Kitorang tak pernah missed lagi mana-mana yang Awie performed dekat IB (dah dua kali ni bagitau). Kalau teater, dari Cuci The Musical (2009), Cuci The Musical 2 (2010), Lat Kampung Boy Sebuah Musical (2011), Cuci The Musical Last Kopek (2012), and Supermokh (2013). Yang Bapak belanja pulak Konsert Jamal Abdillah (2011).

Ok. Panjang benar intro. Padahal nak review pasal Konsert Teaterikal Suara Kita je. Haha.

Overall if korang tanya pendapat I, berapa bintang I bagi. I bagi 3 star. Stage, performance memang tak dinafikan best. Suara Erra memang best la. Dia dah la cantik macam pwincess pastu suara dia amazingly lemak merdu. I suka. Awie? Memang tak boleh nak pertikaikan lagi. Memang best. Ziana Zain pon suara power giler baby. Bukan senang tau nak perform depan orang? Suara sedap, lakonan bersahaja, mistake yang boleh cover. Dorang memang truly berbakat. I know bukan senang nak menyanyi and berlakon live at the same time.

Tapi… I rasa macam ada kekurangan dari sound system. Ada part mic Ziana Zain tak dengar. Macam takder function dalam beberapa saat. Awie pun macam ada kurang. Susah nak explen but basically its all about the sound system. A big different time Ella & Awie. Mic Ella macam best giler. Suara dia terang bergema-gema. Ni suara Awie I tengok macam nak tenggelam dengan music. Pastu Ziana Zain, banyak kali macam nyanyi tak ikut queue music. Stressed I. Sambil dia nyanyi, I pulak yang pegang telinga nyanyi sama sebab nak tolong nyanyi ikut queue.

Banyak kali. Bukan sekali. I taktau apa masalahnya. Dia tak dengar ker, ada communication problem dekat ear phone dia ker, or dia tak dengar music ke, I have no idea. Tapi sedap la suara dia. Memang mantap. Cuma tu la. Dari awal nyanyi sampai habes, memang ada dia nyanyi tak ikut queue music. Don’t get me worng eh? Kau giler nak komplen Ziana Zain? Tapi tu la. K Seriously suara dia sedap but if if if la seiring dengan music nyanyian dia, I rasa lagi best kot? Sapa-sapa kat sini yang tau pasal apa yang boleh penyanyi jadik macam ni, care to explain?

Masa rehat, ada this one girl yang buat persembahan solo main gitar. Time dia keluar pentas jer, sorang-sorang keluar. I rasa macam lahai. Kesiannya. Dia main gitar pon power tapi again, sound. Macam kurang mantap.

Pasal lakonan Awie, Erra and Ziana memang best. Awie tu paham-paham jer la sapa yang biasa tengok dia berlakon theater, mesti dia selit unsur humor. Kelakar giler. Ada satu part masa adegan dalam Maria Mariana kan? Ada tembak menembak punya scene, pastu dia buat bunyik peciuuu peciuuu time tembak tu. Hahaha.Geghaaaam nak tunjal!

Ada part bila dia salah panggil nama Ziana dalam watak Merah (Patutnya Kasih), pandai dia cover. Ziana Zain pon boleh tahan nakal. Menjadik lakonan dia and Erra pon best! Stage lawa. Semua best. Dorang bawak naik motor besar, bawak naik Ferrari siap atas stage. Ada adegan kejar-kejar naik basikal dalam Sembilu and many more. Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Merah and Tragedi Oktober.

Lagi? Costume semuaaaaaaaaa pon lawa-lawa. Makan hati tengok Ziana Zain and Erra kurus, cantik sangat! Ziana Zain punya peha kurussss. At her age, with that kind of body I truly respect. Memang lawa! Baju pon cantik-cantik belaka. Penari latar pon semuaaaaaaaaa best. Masa nak balik, Sazli ajak singgah makan. I taknak. Sebab rasa gemok giler. Tapi tu malam tadi la, ni ha jap lagi nak makan Nasik Arab. Kahkahkah.

One last comment. Masa penutup tu, dorang tiga orang nyanyi and tirai pon turun. And semua orang pon dah keluar. Bila tirai dah naik balik, baru la perkenalkan supporting actor/actress and penari semua. And time tu I rasa Cuma 20% jer yang stay dalam hall. Unlike Theater lain yang pernah I tengok. Orang tunggu sampai habes. I rasa macam less appreciation to them. Acane nak cakap eh? Macam tak proper finishing. Sebab time dorang ada atas pentas, semua orang macam sebok nak keluar dah. Tak sempat nak bagi standing ovation pon.

Kalau lah sound system depa best, most probably I akan tengok dua kali. Sama macam Konsert Awie & Ella tapi hurm…. Sound system. Sorry to say sebab agak mengecewakan. Maybe sebab I put too much expectation on them kot? Macam mana pon, kalau yang tak pernah pergi Istana Budaya lagi, pergi la datang this time untuk support team Awie, Erra & Ziana. I tengok orang lain punya review kata best je. I jer la kot rasa macam ni. Ngengada banyak komplen. So semua orang lekas pergi tengok. 

Tiket-tiket boleh beli direct dekat Istana Budaya or boleh beli online dekat Ticket2U.com

OK? Okbye.

-EnD-


Awww all black dah macam awek jual perfume


 Jumpa Ayang Kamel dekat IB. Pastu I cakap, 'Ayang jom ambik gambar'. Member terus duduk sebelah Sazli. Hahaha. Dengan I la giler! Sebok dok cakap, 'U sekarang main muzik lagi ker? Susah kan nak tinggal muzik'. And I was like, lapan juta kali dah I bagitau Sazli ni arkitek. Grrrrr...


Review Konsert Teaterikal Suara Kita (Part I)

Assalamualaikum.

U Guys, kejap lagi I review pasal Konsert Teaterikal Suara Kita semalam eh? (Ewah. Kak Nam giler) Kau ingat kau wartawan hiburan? Kah kah kah. Stay tuned. Nora Bagi empaaaaaaaaaaaaaaat bintang! Kbye.



-EnD-

Thursday, February 27, 2014

Konsert Teaterikal Suara Kita. Jumpa Di Sana!

Assalamualaikum.

Woo Hoo!! Tak lama lagi dah nak tengok Konsert Teaterikal Suara Kita. I pergi first day. 3 haribulan 3, 2014 (Isnin) tu jugak. Tak sabar nak mampos. Sazli la paling excited beli tiket. Dah sebulan dah dia beli. Kata jer tiket jual zaaappppppp terpacak la I dengan Sazli dekat Kaunter Tiket Istana Budaya. Kah kah kah.

Sebab kitorang ada favorite seat dekat IB. Row F. Takot nanti ada orang ambik. Biasa memang kalau Konsert kitorang ambik F sebab tak la depan sangat nak tengok. Sebab kalau depan sangat, orang tengok guna mata, kau tengok guna lobang hidung. Haha. Lagipon Sazli ada vertigo. Member mana la boleh dengar music kuat-kuat, speaker sebelah telinga ke, sebab nanti dia migraine. Lagipon Row F dia ada jarak yang luas sikit antara seat kiter dengan seat depan. Bangsa laki bini bagak. Kaki panjang. Kot nanti dok tendang-tendang kerusi depan tak pasal dapat penampar. Haha. Eh kau? Eksaited benar bunyiknya bercerita ni?

Sazli dah la kartun nak mampus. Kalau kitorang dah beli tiket kat kaunter kan? Nanti sampai office, cek balik online punya tiket. Tengok seat kitorang available ke tak lagi. Hahaha. Pastu Sazli call cakap, ‘Bubuuuuuuuuuu, tempat kiter dah ada orang ambik!’ I layankan ajer la. ‘Alaaaa yer ker? Sedihnyaaa’ Hahaha. Padahal kitorang la yang dah beli tadi. Bongok kan?

I kan, kalau Konsert biasa memang pergi first day. Sebab suara memasing tengah fresh and tak pecah. And excited dia lain macam. Ibaratnya first day tu macam malam pertama la. Paling best. Malam kedua ketiga keempat pon best jugak. Tapi yang mana paling excited? Malam pertama kan? Haha. Bodoh punya contoh. Tunjal kang!

Masa Konsert Awie and Ella dekat IB last 2 years kan? Kitorang pergi 1st day and last day. Memang a bit different sebab usually bila last-last suara dah tadek. Tekak dah kering. Lepas tu dorang banyak bagi penonton jer nyanyi. So since that kitorang dah tau, konsert 1st day. Kalau Musical pergi 2nd 3rd day pon ok. Tadek hal. Sebab yang tu, lagi lama dipentaskan, lagi la depa terror day by day kan?

Malam tadi I pasang dekat Youtube nak tengok Awie & Ziana nyanyi lagu Senja Nan Merah. Pastu aku semangat la nyanyi sambil feeling romantik pandang Sazli. Member muka dah merah-merah. I tanya, 'Ala Papa, naper tak nyanyi?' Pastu Sazli kata dia malu. Haha. Ya Allah omel kot Sazli. Malu dengan I yang tak tahan tu. **Slap forehead.

Setiap hari dibuai mimpi yang terindaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh. **Pegang dada mata keatas. Ah, tak sabarnya nak dengar Awie nyanyi lagu Senja Nan Merah. Nangesssss!!

So far, memang I tak pernah miss lagi tengok teater yang Awie berlakon. Dah kata Awie kan? Ko giler la tak pergi? Woo hoo!!! Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaa. Jap jap. Istifar Suraya, Istifar. Bawak mengucap, bawak bertenang. Nah ambik Yassin baca. Dunia semua ni. Ok. Baiklah. **Jalan seret kaki.

-EnD-

P/s : Konsert bermula dari 3-9 March 2014 di Istana Budaya. Lekasssssss pergi beli tiket! Mana yang dah beli, see U guys dekat sana. Ok? I is excited!


Yang tengah tu, yang tengah!


Lalalalala **Lompat bintang