Monday, August 6, 2018

Family Outing On Weekend

Assalamualaikum
Shein now kan memang kaki meladi la. (Tau ke Meladi tu apa). Kata Abah, sama macam Mama la. Eh, yer ker? Heeeeeeee. Lepas tu kan kalau dia tersepak apapa lepas tu dia sakit nanti dia over ok? Padahal sikit je tapi dia punya drama. ‘Aduh aduh aduh sakeeeeeet’. Hahahaha. Yang ni ikut Abah la sebab Mama jenis strong tahan sakit. Jarang la nak merengek apapa. Macam Sazli lain, dia manja. Demam pon mengerang geram nak lempang. Hahaha. Now weekend usually kita akan bawak Shein keluar la sebab kalau tak nanti gerak sikit nak buang sampah pon ‘Mama, Shein follow Ok?’ Hahaha. Ambik selipar terus yang tak tahan tu padahal nak buang sampah je pon. Tu Abah beliau kalah. Kesian dekat Shein kalau tak pergi mana-mana. Takpon nanti dia ajak pergi outside or Car.  Lesgo to Car Mama! Ni ha last week punya outing la yang dia sebok ajak ‘Hotel House’ sebab keluar dari Pavilion dia nampak hotel baru sebelah Pullman tu, lepas tu dia cakap ‘Mama, we go Hotel House ok? I want sleep, shower and swimming at Hotel House. It’s awesome Mama!’ Ajak pergi hotel. Bila tanya ada duit ke tak, dia cakap Abah Money. Selamat. Hahahahaha. Seminggu jugak la hari-hari tanya pasal Hotel House. Baru weekend lepas dapat bawak pergi check in. Suka la Shein. Dah tu, sebelum balik pepandai buat perjanjian nak pergi Hotel House lagi weekend ni ewaaaaaaaaaah banyak cantik muka? But now pon Shein dah banyak boleh tolerate. Toys pon usually dia nak yang murah-murah je macam Ultraman dekat Toys’ R Us tu baru RM35.00 sekor. Yang mahal tu biasanya yang Abah Shein yang nak. Hehe. So sebelum makan, pergi dulu Toys R Us biar dia pilih nak apa. Takyah risau sangat dah sekarang sebab kalau dia nak menda apapa merapu nanti Sazli cakap ‘That’s for Baby Shein’. So dia akan OK. Lepas tu baru la makan and kalau Mama Abah ada menda nak carik, dia dah takde masalah apa. Sabtu Ahad lepas Shein puas la berjalan. Sabtu bawak pergi Pavilion makan dekat Kyochon and Ahad pergi The Garden pulak. Puas hati Mama. Eh tak. Shein. Haha.


Semenjak ada Shein, jarang dah duduk depan. Sazli la driver. Mama and Shein Boss la. Hikhik. Tengok tu Blanket Shein yang biru tu, dah 2 minggu dia berkepit dengan yang tu je. Dia ada dua blanket actually. 1 brown, 1 blue. So pakai tukar-tukar but nak menukar tu memang a big problem la. Kekadang dia nanges sampai menggigil. ‘Why you do that Mama, why?’(Bila I tunjuk kat dia, blanket dah wet sebab I basuh).



Ok, sampai-sampai kena pergi Toys R Us dulu. Shein tengah cakap ‘Come to me Mama, come!’ Kalau dekat escalator dia tak bagi jauh-jauh sangat dari dia.


Ok Shein, pilih mana nak. Dia cakap ‘2 Only’. Ok ambik. Today Abah belanja.


Yay, dapat 2! Satu Otomen, satu Monster


Ok, dah siap beli Toys, kita queue untuk makan dekat Kyochon pulak. A day before baru je makan dengan Intan, Izzah. Harini makan lagi. Tapi if datang Pavilion memang makan dekat sini la sebab Shein suka.


Too busy with his toys. Orang suruh pandang camera pon taknak T___T


Abah and Shein both tengah lapar so kita ambik 2 jenis yang pedas and garlic soy. Yang pedas 12 pcs Mama share dengan Abah and Shein ambik 12 pcs tu dia sorang makan.


12 ketul drummet dia sorang je makan.


Shein makan memang bersih je ayam tu. Nanti dia susun tulang setempat. Hahaha. Perangai Mama sangat tu.


Sazli makan senyum je. Makan dalam iman ke? Dia mintak Nasi + Sup. Kenyang la sikit makan.


Siap makan, Si Shein nak eskrem pulak. Sebekas Junior ni RM26.00 palotak dia. Ni eskrem yang depan Johny Rockets tu.


Bahagia la beliau makan bertemankan Monster and Otomen.


My little cheeky boy, apple of my eyes. (Jumpa menyampah, tak jumpa rindu)


Sazli suka cakap. Shein macam muka Mama la. Especially bila dia ikat rambut. Sebijik macam Mama. Tapi mama lagi cantik la kan Shein? Ingat kan Mama dah ajar, who is princess, boss and baby? Jawapan : Mama (^_^)

Tapi malam tadi diam-diam dia cakap ‘Abah, Abah cantik la’ Ko aperhal Shein??? Hahahaha. Ada la tu dia nak mintak apapa dari Abah dia. Kadang-kadang kan kalau kita bagi apapa dekat dia nanti dia cakap ‘Waaa cantiknyaaaa’ Especially Tobot yang jadik kereta tu. Suka sangat dia. 2 3 kali cakap cantik. Haritu masa balik kampung, Atok Nekmah tanya ‘Atok cantik tak?’ Dia cakap ‘NO!’ HAHAHAHAHA. Shein ni tak pandai bodek tau? Adoi yai. Shein shein. Kawan baik Mama sorang ni. Dah la tinggi. Hensem pulak tu (biasa la syndrome emak-emak puji anak dia hensem hahahahaha). Really hope that when you grow up, we still can be best friend. Kekadang malam bila tido, Shein hug I dari belakang. I rasa macam sedih jugak. Tak sangka anak Mama dah besar macam ni. Tido masih nak besempit-sempit dengan Mama. Kadang-kadang tido atas lengan Mama. Bila tanya nak tido dengan Mama or Abah, jawabnya nak with Mama. Awwwwwww melting sangat. Now dia agak rimas kalau I kiss dia banyak-banyak kali. No kiss me Mama pleaseeeeeee? Eh suka hati la. Lepas tu tanya I ‘Why you kiss me? Don’t do that’. Lepas tu I cakap ‘Because I love you!’ Lantas sedas penampar hinggap di pipiku. Hahahaha.
\
-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...