Assalamualaikum..
Tetiba sambung balik gambar Raya Haji. Yerla, sebab masa Raya Puasa lepas gambar tak puas hati langsung OK? Dah la masa tu gelap, so gambar dah malap lepastuuuuu guna pulak GoPro terus hampas je + I macam debab sikit time tu. Raya Haji ni gambar macam lawa pulak. I tengok gambar tahun lepas, rupanya dah 2 Raya Haji kita recycle baju purple masa Ayang and Eddy kawen ni. Actually Shein punya tu dah senteng seluar dia, sikit lagi nak jadik seluar sedut jubor (sebab cawat pendek) tapi malam tu gigih la Mama beliau tetas dekat bawah seluar tu kasik labuh. Dah tu, tak yah jahit pon hahahahaha. Naseb dalam gambar hensem je. Tahun depan tak boleh dah la pakai baju ni kalau tak mungkin Shein pusat pon dah nampak. Dia besar la wei, now berat dah 26kg. Takde sapa sudi nak angkat dah. Dia tau tu dia berat sebab each time piggy-back dengan Mama nanti dia cakap 'I'm so heavy'. TAUUUUUUUUUUUUUU pon kan? I ni saspen la nak menyiapkan Shein kesekolah ni nanti. Beliau kalau dengan Abah beliau memang everything is play time and happy time. Nak mandi pon ada masa nak main kejar-kejar hide and seek. Lepas tu you Snake, I'm Monkey. Dah tu ada pulak mandi I brush your teeth, you brush my teeth bergelak ketawa bagai mana la dia tak suka siap dengan Abah. Kalau dengan Mama (Mak Tiri) 'Hurry up laaaaa Shein! Mama stressed la. Mandi la. Please. Adoi... Sheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeinnnn!!'. Lepas tu tak dia nanges, aku yang nanges. Hahahaha. Banyak pulak masa I nak jadik Snake macam Abah dia. Eeee!! Ya Allah I can imagine macam mana nanti huru-hara Shein dengan I. Naseb Sazli supportive and banyak tolong. Dia dah expert dah. Anyway, back to the topic, I nak share gambar Raya Haji. Jeng jeng jengggggg, terimalah!
Tengok Sazli, asal ajak amek gambar je buat muka. Geram je tau? Selipar tu sapa punya tu Papa? Main sarung je Ya Allah. Bini beria la heels bagai. Si Eddy tu dekat belakang melambak gambar dia photobomb.
Masa sehari before raya tu, Eddy dengan Ayang balik la rumah Mak lepas tu I cakap pada Eddy, 'Ko ni Eddy, dari dulu kalau datang rumah aku mesti awal. Pukul 10.30am dah sampai. Sekarang lagi melampau sampai tido sini siap. Aperhal?' Sampai sekarang I masih dalam fasa nak menerima Eddy dah jadik anak buah I. Dari Form 2 kawan baik, tetiba kawen dengan Ayang. Ko kenapa??? Hahahahaha. Kata Eddy, gene family kitorang kuat. Tengok la Rara, mata sepet macam Mama Tok dia.
Mata mana mata Rara?
Girls only. GF taknak ambik gambar. Eksyen. Taknak sudah nama ko bedah (sambung). Kaseh, Sasha, De, Siti Nohaliza, Kaklong and Ayang. Shein nampak sipi-sipi dekat belakang. Sebok je. Kakyang buat gaya Ropie time nak 'pagar' dalam Naaaaaaaa HKL!
Tengok Diva, salam pon lain machiam.
Kepada Along, Ayang and Kaseh. Terimalah hakikat bahawa kita tak dapat memilih siapa ibu bapa kita. So kena redha. Sheiiiiin ko apa bikin dekat belakang tu? Shein nak tunggu sampai rumah Nek dekat Ampang, tanah pon ada atas kepala.
Besar dah De anak-anak ko. Anak 4 slim je. Jeles I (Rizki tengah tido time ni)
Along sekeluarga tak balik rumah Atok sebab dia ada kursus dekat Johor. So Raya Haji memang tak balik. I rasa masa I kawen pon Along tak balik, arwah Atok dia meninggal pon dia tak balik. Ashkar kerjanya bizai je all the time. Entaaaaah. Shein nanti kerja macam Abah je la. jadik Architect. Cool apa. InsyaAllah Mama doakan untuk Shein. Tahun ni last beraya dengan rumah lama Mak. Seronok and excited pulak fikir nanti Mak nak buat rumah baru. Semua dah berangan nak deko bilik macam mana. I nak pasang aircond and letak comforter macam 'hotel house'. Abang Long pulak nak bercucuk tanam tepi rumah tu. Bestnyaaaaa!! I pon sama nak gardening as well but hope semua menjadik la kalau tak I nanges. I bab tanam pokok pon beremosi, makan pon beremosi, tengok cleaner pon beremosi hahahahaha. I agak mungkin faktor usia. Nanti I share gambar rumah Mak ok? Lagi dua bulan InsyaAllah siap la. Intan pon rumah dia dalam progress pulak. Sama naik semua sekarang dengan rumah.
-eNd-
1 comment:
Cantik kaksu pakai baju warna tu..nampak gorjes,hihi
Post a Comment