Monday, September 3, 2018

Izzy's Celebration

Assalamualaikum..

Happy Birthday Izzy! Padahal dah belated dah pon. Kitorang celebrate birthday Izzy ni before Raya Haji lepas pada 10 Ogos 2018 dekat Melur and Thyme KLCC. Ko tengok dekat sebulan baru nak up entry. Sorry sebab now I memang busy menyelamatkan dunia. Part time Power Ranger Merah (Dah naik pangkat dari Power Rangers Kuning) Hehe. Birthday Izzy sebenar 9 Ogos 2018 (yang ke 30 tahun) tapi sebab nak #izzycelebration so kita buat the next day lah Friday rehat lama sikit. Birthday Girl dah bagi notice awal yang dia nak theme 'Everyone have to look like me'. Baju kemeja kotak-kotak, tudung bawal RM5.00 tak boleh selempang belakang (kena pin depan or bubuh ring), tak boleh pakai accessories, seluar jeans dengan sport shoes. Lepas tu ada pulak yang menambah cakap tak boleh mekap la. Abes seluar jeans kena pakai seluar jeans besar la? Pastu berat badan pon nak kena sama dengan Izzy ke acane? Aje mampos. Hahahaha. Dyba takde masalah la nak pakai baju kotak-kotak sebab dia memang suka. Yang lain kena la mencari, tapi dalam banyak-banyak Kaklong la paling kesian. Rabu tu kitorang pergi cari baju kotak-kotak dekat H&M lepas tu dia nampak dah macam orang nak pergi menoreh dah. Tinggal pakai topi sawah dengan ikat ubat nyamuk dekat pinggang je hahahaha. Si Intan dah terkepit-kepit dah ketawa tahan kencing dalam H&M. Dalam banyak-banyak design, yang putih tu je sesuai dengan Kaklong. I pulak taknak mengalah nak jugak yang tu (sebab tak sampai hati nak pakai kotak-kotak macam Intan) so kitorang pon pakai la sama.  Pakai je la sama dari I nampak macam Bangla. Eeeeee cost la bebudak ni punya Celebration. Ni nanti Intan, dia request nak pakai Sari. Si Izzah taknak kalah, request nak pakai Denim Jacket YA ALLAH SEMUA TAKNAK KALAH. Hahahaha. Dyba kalau dengar je theme terus jerit. COST LAAAAAAA!! Hahahaha.


Happy 30th Birthday Izzy. Kitorang panggil Izzy CEO, last week dah naik pangkat jadik GP, lepas tu semalam Izzah cakap nak suruh Izzy jadik Chairman company terus. Hahahahaha.

Actually plan asal nak buat dekat Ampwalk yang Floral Cafe tu tapi jadik susah sebab bunga dengan balloons kitorang ambik dekat KLCC. Kang nanti nak berangkut kesana pulak so kitorang tukar ke Melur&Thyme je la. Deco sendiri je sebab nak jimat cost. Hehe. Sini pon not bad and kitorang pon tak pernah buat celebration dekat sini lagi. . KLCC murah je belon dia. Satu baru berapa eh? Kurang dari RM5.00 pon. Lepas tu bunga beli dekat Cold Storage RM70.00 sebab Lily tu ada 3 kuntum je. Tu pon Intan dah jerit-jerit cakap MAHAL. Masa dekat Florist tu, I nampak ada petals so I pon beli. Lepas tu Intan cakap 'Kenapa Izzy punya kena ada petals? Orang lain takyah pon?' DAH TAK PUAS HATI JUGAK. Ingat Intan sorang je tak puas hati, bila send gambar dalam Temporary Group for Birthday Izzy, Kaklong and Dyba pon cakap kenapa dorang takde petals. Hahahaha. Padahal Petals tu RM5.00 je seplastic. Siap cakap, Nanti lepas birthday petals ni bawak balik. Sebab nanti membazir. Hahahahaha. I cakap, Untuk Izzy ada petals sebab all this while kalau birthday sesapa dia yang bersungguh collect bunga, belon, reserve tempat. So kasik la speacial sikit dekat dia.


Simple je kan deco?  Kitorang ambik table dekat luar sebab dalam tu macam tak boleh bernafas. Meja hitam + petals merah + belon putih. Ngam kan?


Cantik sangat. Rasa macam nak kawen pulak. Hahahahah.


Intan yang suggest kitorang order terus makan masa nak setting belon tu, so nanti by the time kitorang sampai terus bawak keluar so dapat la jimat time. Boleh pakai jugak idea Intan ni kadang-kadang.


Makcik Bawang The Return (I bawang putih, Intan bawang merah)


Izzy and Dyba ni sebaya tapi kata Dyba, dia rasa macam Izzy ni kakak-kakak je. Yerla sebab Izzy ni dia orangnya aktif. Outstation sorang-sorang perempuan pon dia OK. Kawan pon dengan managers kilang. 


Izzah, Izzy, Iba. Tetiba Iba sebab nak I jugak dekat depan. Hahahaha. Ko tengok la semua tudung pin tengah Ostajah sangat.


 Kitorang belikan Izzy perfume Chanel untuk Izzy. Tong-tong la. Memula nak belikan Polo Ralph punya kemeja tapi takot salah size pulak. Kodok sangat muka I kan?



Crown tu memang recycle. Hahahaha.


Kaklong, Cina habes muka you.


Happy eh birthday girl?


Macam-macam jenis baju kotak-kotak.


Cake dapat Free sebabnyaaaaa taktau. I tanya Waiter tu nama Kecik, 'Kecik, cake FREE kan?'. Lepas tu dia cakap Ye. Hahahahaha. Sekali dapat bill, tengok takde kek. So I tanya Kecik, dia cakap dia belanja. Tachiu Kecik!


Bill hilang la. So I akan reka je nama makanan dekat sini. Ni Duck Salad.



Spaghetti Tomyam. Ni korang kena try sebab memang sedap. Harga lupa. Ke nak I reka jugak? Ok la. RM35.00 hahahahaha.



Salmon Salad ke Summer Salad? (Sebab biasa salad ada oranges jadik Summer Salad)



Spaghetti Seafood  Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu.



Spaghetti Alfalfa. Hahahaha. Taktauuuuuuuuuuu. Ke Creamy Seafood?


Nasi Goreng Bunga Kantan. Ke? 


Murtabak (Suka hati aku je)

Bill hilang la, taktau pergi mana. Range harga dalam RM25-RM35.00 macam tu je. Takde mahal sangat. Portion so-so. Ikut tekak Intan, sepinggan tak boleh nak share. Ada satu Nasi Goreng Daging Dendeng gile layan. Kitorang makan ni kena dalam RM250.00 je sebab tak order air sedap. Air sedap untuk Izzy je. Tu pon Coke Light. Kasik chance la sebab birthday dia kan? Hahahaha. Makan enjoy giler sebab berebut-rebut semua. Kata la belah Izzah and Intan ada Nasi kan, dorang ajak tukar dengan Pasta, bila tukar tu, memang tak sampai dah ke tempat asal. Tau-tau tinggal pinggan je. Hahahahaha.


Semua pon gegar bebudak Melur&Thyme ni ambik. Redha je la.



Ko tengok Camera Oppo punya penipu dia punya flawless.



For you Izzy. Kaklong tu je degil. Orang bagi dalam WhatsApp Group 'Tudung Shawal Bawal'. Dia baca Tudung Shawl/Bawak. Geram je.


Happy Birthday Izzy!

For Izzy, we hope that you like our arrangement. Happy Birthday Izzy! Kaksu mewakili semua nak ucapkan semoga Izzy di panjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan semuanya, bahagia dunia dan akhirat. Lekas-lekas la pregnant. Nanti kalau pregnant jangan nak lari-lari pulak. I selalu cakap kat Intan. 'Tak sangka sekarang dah sayang Izzy'. HAHAHAHA. Sebab dulu takde la ngam sangat. Hehe. Sebab tu la orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Now Izzy kalau ada orang membawang pasal I, dia dululah yang protect I bagitau I tak sombong semua. Tachiu Izzy.... TQ sebab selalu menjadik Abang, Kamus, Protector, Bodyguard pada kitorang. Kitorang always count on you. Apapa semua tolak Izzy kedepan and she always willing to help. Hope Allah balas yang baik-baik and permudahkan segala urusan you pulak. OK? Smile and be Happy. Promise, no matter what we I WILL SURVIVE akan tetap bersama. U pon punya susah nak masuk whatsApp group ni dulu kan? HAHAHAHAHA.

Melur&Thyme
G03H-I, Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

-eNd-

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum su, hehe biasa baca blog su ni ok mmg best..tp hari ni baca ngan gelak sorg x leh tahan lgi dah..part kaklong mcm nk p menoreh tu..part muka kodok..adoiii nak tersembur ayaq neskepe i tngh mnum..hahaha ape lawak ngat aihhh..