Friday, August 24, 2018

Cerita Raya Haji

Assalamualaikum..

Salam Aidiladha semua… Dah ada yang masuk kerja ke? Orang KL kan, sehari je cuti tau masa Raya Haji? Selasa kerja, Rabu cuti, Khamis kerja balik dah. I kenot brain this. Yang I ni beria la cuti dari hari Isnin. Harini baru masuk kerja. Tu pon pasal segankan Boss I sebab tinggal dia lama sangat. Ikut hati nak je sambung cuti seminggu terus. Hahahha. Pagi nanti confirm menyentan masa nak pergi kerja sebab terasa macam WHY KENA KERJA HARINI sehari sebab esok dah cuti semula. Hehe. Entry ni pon I buat malam tadi lepas tu autopublish la. Seteresssss I tau sebab 2 3 4 orang DM tanya ‘Kaksu, dah berenti tulis blog ke? Kenapa dah lama takde entry baru?’ Ya Allah korang…. Eeeee menyirap je I tau? Yang cakap dah lama takde entry baru tu padahal baru 3 hari je I tak tulis. Dia punya sembang membawa bimbang macamkan I dah tak tulis blog sebulan. Kekadang terfikir balik, blog ni masih relevant ke? Ada lagi ke orang nak baca? Advertorial memang dah kurang giler sekarang. Rasa macam zaman kegemilangan blog dah takde dah. Orang more to Instagram semua. Kan? Korang rasa patutkah I slow down blog? I tengok now pon semua blogger yang sezaman dengan I, naik entry sebulan pon 2 3 entry je. Aku jugak gigih update setiap hari. SEBAB NI TAKDE ENTRY BARU 3 HARI DAH ADA YANG MEROYAN. Hahahaha. Takpe la, korang jangan risau. Selagi I ada roh nak menulis I will keep writing je la. Traffic pon setakat ni ok je sama macam dulu. Maknanya ada je orang nak baca. I know ramai silent readers I ni. Baca je, komen or meninggal jejak takde. Ada yang cakap ‘Kaksu dapat pahala tau tulis entry ni sebab dah gembirakan kami yang membaca’. Amboi. Terus cakap dapat pahala kan? Anyway, untuk semua Salam Aidiladha. I tau perasaan anak-anak yang Mak Bapak pergi Haji macam mana. Sama macam I la dulu masa Mak and Ayah pergi Haji. Balik rumah, rasa macam takde apapa je. Tido pon depan TV, bangun dah pukul 10.00am. Makanan raya, persiapan apa semua takde. Sedih sangat rasa. Rasa macam hari biasa je. Macam tahun ni kita meriah la WALAUPON Raya Haji. Makanan raya tetap semeja. Hahahahaha. Mak je bising cakap takde kuih raya. I pon belikan dia peyek je. Now dekat kampung dorang tengah busy packing sebab kan Mak nak buat rumah baru (macam I share dalam previous entry).


Salam Aidiladha dari Siti Nohaliza, Sazli and Shein! Kemain meriah baju raya aku, rasa macam lagi cantik dari raya puasa pulak. Hik hik. Baju from Lily Petuna. Korang boleh check out IG dorang. Baju yang I pakai ni now ada offer. Tak silap I harga jadi RM200.00 je. Original price RM350++ kot? Entah. I selalu hilang ingatan bab harga baju. Malas nak ingat.




Almost complete keluarga Sulatin. Yang takde Along and family je. Dia tak cuti pon sebab kursus dekat Johor. Si Rara and Rizki membuta. Takde dalam gambar. Pakai dah lawa-lawa sekali tido. Cerah la sikit gambar raya haji kitorang compared dengan raya puasa. Kelam je. Faktor cuaca barangkali.

Lauk raya kita buat Rendang Daging, Sambal Kacang, Lodeh dengan Ayam Masak Kicap. Ayam Masak Kicap ni memang compulsory sebab my favorite. I sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat makan Ayam Masak Kicap dengan ketupat. Syarat dia kena letak suhun. Some of you mesti rasa macam pelik sikit tapi ni macam tradisi keluarga kitorang. Nanti I share resepi Ayam Masak Kicap version raya Ok? Sehari sebelum raya, kitorang cari daging panas dekat Bandar Pusat. Beli 3 kilo and semua buat rendang. Daging Panas ni lebih fresh dari yang import punya. Kaklong masak, I pembantu, De supervisor je sebab dia langsung tak boleh gerak. Rizki clingy giler. De nak basuh botol susu dia yang jarak 3 langkah dari dia pon, dia dah nange menjerit macam apa. Mengada sangat! Hahahaha. Macam la dia sorang ada Ibu. Si Shein pulak time kat kampung mana ada nak herankan I. Dia dah ada Amsyar, semua dia tak kisah. Si Amsyar sikit pon tak boleh gerak. Gerak sikit ‘Amsyar, where are you? Come here’. Mengekor je mana Amsyar pergi. Dia memang ingat and sayang betul pada Amsyar, padahal Amsyar tak heran pon kat dia. Hahahahaha. Semua orang tau dia tak heran dekat I. Haritu je ada sekali dia panggil I.’Mama, Maaaaaaaaa’. So I pon berasa syok la anak I masih ingat I. Sekali tu dia cakap ‘Mama, where Amsyar’ T_____T Batu belaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!




Rendang Daging campur tetel, hati and lempong. Sedap! 


Kuah Kacang. Ke Sambal kacang?


Lodeh



Ayam Masak Kicap

Meriah kan makanan kitorang? Ada orang cakap kalau area Kelantan and Terengganu pon kalau Raya Haji meriah jugak. Lebih meriah dari Raya Puasa. Eh? Ke sama je? I balik hari Isnin lepas tu Rabu tu dalam 12.30pm dah gerak balik KL. Kata Kaklong UNTUNGLAAAAAAA sebab tak payah kemas rumah Mak dah. Hahahahaha. Sorry la sayam, I kan memang macam ni. Raya kena ada both side. Jengka and KL. Masa OTW balik KL I mintak dekat Sazli nak carik ilham (read : nak tido) lepas tu kata Sazli suruh teman dia borak and dia mintak masuk highway baru la boleh tido. Masuk je tol zaaaaaaapppp terus I sampai Hongkong. Sedar-sedar dah dekat Ampang. Shein lagi awal dulu membuta. Tak boleh harap la Shein ni. I bet jalan tak jem sebab by 2.30pm kitorang dah sampai Ampang dah. Ke Sazli bawak kereta laju time I tido? Dia tu tak boleh kira. Kalini takde pulak gambar I tido ternganga kalau tak dia suka benar ambik gambar I tido dalam kereta. Dia cakap, orang nampak gambar I yang cantik-cantik je. Muka I tido, dia sorang je tau. Hahahahahha. Jahat!

-eNd-

8 comments:

Leya said...

yeayyyy.. akhirnya.. pernantian ku terbalas.. ada entry baruuu... hahahhahaa.. btw selamat hari raya kak sueeee..

Zawiah salwana said...

Kaksu..kita pon tggu tau entry kaksu..jgn la up story sebulan skali k..salam aidiladha k..btw bj raya yg ni sgt cntek..

Unknown said...

Kaksu dengan anak k.long sebaya je tengok,hihihi..

Norhidayah Mohd Kaharuddin said...

Kaksuuuuuuuuuuu..jangan tinggai blog kaksu. Kena update selalu k. Blog pon tengok, IG pon tengok tapi blog lagi best sebenaqnya

♥Cik Puan♥ said...

HAI SU ,..SAYA NAK AKTIV SEMULA BLOG ..NAK TANYA..NUFFNANG MASIH AKTIV KE?

ain.ya.nun. said...

Fokus Kak Long dalam gambar raya. Yes ada. So memang kakak kandung.

Kahkahkah. =p

Salam Aidiladha Kak Su!

Emma lina said...

Siti Nohaliza pelisss jgn kurang up blog.. i peminat tegar blog u.. suka sgt sgt.. rasa happy baca luahan hati u.. rasa cm kenali u dr blog u je.. i setiap hari masuk keje je mesti baca blog je.. bler x update,lunch check ag.. xpon before balik keje check ag..klu xde i frust! IG pon i follow tp xsama feel baca blog.. kerenah tu rasa complete n ag rapat.. klu kt IG story tu cuma boleh tgk gmbr n video sikit sikit.. xsamaaaa

so pls consider la ya permintaan kami yg sukaaaaaaaaa sgt baca blog kak su cantikkkkk .. pasal makanan, SHEINDONG, kawan kawan kak su and ofcoz ragam kak su :)

shedevil said...

tolonglaaaa jangan stop blogging. daku prefer blog dari IG. suka baca kaksu membebel. setiap hari menunggu entry.