Assalamualaikum..
Life ni always ada naik dan turun. But apapa pon I
always remember this simple quotes ‘Fikir Positive Yang Lain Akan Ikut’.
True that. Tapi tak semudah tu kita nak positive sentiasa kan? Sure
akan ada satu masa yang kita menung, fikir kenapa ujian ni kita dapat, kenapa
Allah uji macam ni, kenapa kita, kenapa bukan orang lain and macam-macam jenis
kenapa lagi. Tapi kan setiap manusia tu ujiannya berbeza-beza? Allah uji
setakat mana yang kita mampu. I pon sama jugak kekadang rasa kenapa eh dulu aku
tak belajar betul-betul kalau tak sekarang dah kerja Doktor agaknya (hahaha),
kenapa tak start business cepat-cepat, kenapa tak kawen awal and ada 4 anak
before 30 and many more lepas tu down. Sentiasa ada yang tak puas hati, padahal
orang lain nampak hidup kita sempurna and
sapa tau, dalam diam orang adore life kita sedangkan kita kalau boleh nak more
and more. Tamak. I pon sebenarnya ada rasa macam tu jugak kadang-kadang.
Bukanlah tak bersyukur tapi rasa I can do better than this. I can have better
than this. Macam-macam better than this la. But, bila-bila kita ada rasa
perasaan macam tu, cuba compare life kita dengan orang yang lebih susah. Nanti
kita akan insaf. Korang baca tak KRT dekat FB? I baca! Hahaha. Tergelak pulak
tapi situ kekadang confession macam kelakar pon ada but also ada yang bila I
baca rasa bersyukur. Dekat KRT tu ada yang tak kerja, suami pulak tak bagi
nafkah, sudah tu pula kaki judi, kaki perempuan, kaki pukul, mulut longkang,
kaki busuk eh macam-macam lagilah. Ada pulak yang cakap belanja tak cukup. Makan
pon bercatu, baju pon tak berganti, rumah pulak tumpang saudara-mara, simpanan
langsung tak ada, anak pon tak cukup makan. Kekadang dalam tangan itu lah ada
RM15.00 nak belanja sampai hujung minggu sedangkan I, RM15.00 tu hari-hari
bayar tol and parking je. Tak pernah risau tak cukup makan, tak pernah merasa
susah yang maha hebat, apa nak makan dapat, makan pulak hari-hari sedap, hujung
minggu suami bawa jalan-jalan, melayan anak dan wife boleh becantik-cantik jalan
dekat mall tapi tengok cerita Tiada Cinta
Sepertimu bila Bella dapat Handbag Chanel dari Hazran I pon rasa nak jugak
kalau boleh, tak bersyukur tu apa yang dah ada sebab rasa apesal wanita lain
boleh dapat handbag dari suami, kenapa I tak dapat (Sebab nak Chanel je
hahahahaha). Tak bersyukur kan? Padahal I know Sazli tu work hard nak bagi anak
dan isteri dia hidup senang. Setel semua bills, bayarkan lagi kereta, bagi lagi
duit belanja, sediakan lagi tempat tinggal yang selesa. I betul-betul goyang
tetek je tak bayar apapa. Eh jap, ada. I bayar Internet RM160.00 sebulan. Tu je.
Hahahaha. Ya Allah, bersyukur sangat. Semoga Allah murahkan rezeki you Papa. I
doa. InsyaAllah….
Sabtu
pergi Pavilion, Ahad Sazli ajak pergi The Garden sebab nak beli selipar dia
dekat Adidas. Dia kena pakai selipar yang tapak lembut sebab dia ada sakit
kaki/tumit. Suka la I sebab memang jarang-jarang tu dapat pergi area Midvalley.
Parking dah la sejenis hazab. Nak valet pon tak boleh sebab full. Setengah jam
jugak la memusing carik parking.
Sebelum
cari selipar, Sazli ajak makan dulu. So kitorang makan la dekat Sushi Zanmai.
Kalau tak Kyochon, Sushi Zanmai. Ni dua je la yang semua orang boleh makan. I
macam tingin nak makan Steak. Sampai sekarang tak dapat lagi.
Ni
kenapa ni Ayang? Shein mintak waffle eskrem tu. Tapi lambat pulak sampai. Tu
muka boring. Sian anak Mama.
Ni
Shein punya favorite. Kalau datang sini wajib dia nak makan ni. Dia cakap soup.
Actually ni is Soyu Ramen. Size large ye? RM20.00 harga sebesen ni.
I
makan ni je. Sedap! Nama lupa. Korang boleh tengok dekat menu. Dia guna udang,
letak cheese and grilled. Ada rasa smokey ketiak busuk. Hahahaha.
Ayam
Masak Kicap kata Sazli. Hahahaha. (Teriyaki Chicken Don)
Ni
order sebab nafsu. Agedashi Tofu. Sudahnya makan kuah je. Hurm….
Siap makan, Sazli pon tengok la barang dia nak beli
dekat Adidas and Sazli jenis kalau nak beli apapa, dia memang teliti. Check try
satu-satu. Tengok sana tengok sini belakang Shein Iskandar dah boring and ajak
I tengok Toys. Ada la kedai Bricks dekat depan tu dia ajak I. Hati I dah
berdebar-debar tengok harga tapi naseb baik takde satu pon Boss (Shein)
berkenan. S e la m a t. Lepas tu ask for more Ultraman and Monster. I cakap
kena tunggu Abah finish shopping, after that we buy Ultraman. Semalam bukan dah
beli ke Shein? NASEB BAIK la ada Toys R Us dekat Mid Valley ni tapi tak jauh
pulak nak menapak dari The Garden. Makanya I siap berkasut tinggi bajet artis
kah kah kah.
Suka
kau eh? Harini Mama pulak belanja. Kata Abah dia ‘Pick 3 Shein’. Amboi. Banyak
cantik. 2 cukup!
Shein
ambik 2 ekor monster baru RM70.00 Phewwwww. Hahahahah
Siap dekat Toys R Us Sazli ajak lepak minum kejap
dekat Pelita dalam Mid Valley ni. Masuk-masuk I order la Teh O Ice, Sazli order
Teh Ais lepas tu Shein cepat je cakap ‘One Ice Milo’. OMG DAH PANDAI ORDER
SENDIRI. Besar dah anak Mama. Tachiu Shein sebab well behave 2 hari ni jalan
dengan Mama and Abah. Happy kan dapat toys? Kitorang pon happy tengok Shein
happy. Harini pon dia mintak nak pergi Hotel House. Mama Abah promise him untuk
pergi Hotel House weekend depan. Since that, kalau dia buat bebal taknak mandi
ke, pemalas nak ambikkan air ke, kitorang cakap je No Hotel House for you, laju
je dia bangun. Hahahahahaha. So, Sabtu lepas dapat la bawak dia pergi Maya
Hotel. Dekat jalan Ampang je. 10 minutes je jarak nak ke rumah. Hahahahaha. Janji
hotel. InsyaAllah nanti I share dalam next entry (tak janji).
Semua
untukmu anak. Mama Abah LOVE you.
-eNd-
2 comments:
Asalam sis nk bole share x kt mana sis beli tudung bawal satin yg sllu sis pki g office tu? Thanks =)
Pretty Sweets : Salam awak. Beli dekat anak buah. Check out IG @be_anggunscarves
Post a Comment