Monday, August 20, 2018

Hi, Kerja Lagi Ke Harini?

Assalamualaikum..

Waktu nkorang baca entry ni probably I dah gerak balik kampung dah. Kat office I harini masih meriah dengan semua orang. Dyba tak balik Kelantan sebab Ma dia naik Haji. Intan and Izzah pulak kan orang Keyel, so raya kat KL jer la . Cuti pon sehari je on Rabu tu. Izzy pulak tak sempat nak check lagi dia kat Shah Alam or Melaka. I pulak cuti dari Isnin - Khamis punya lama kan? Hehe. Maybe some of you rasa Raya Haji takde apapa tapi kitorang anak beranak meriah je macam biasa dekat kampung ni. Esok ko tengok la dari pagi jejak ke malam memang duduk dekat dapur je memasak tak abes-abes. Semalam Kaklong ada tanya I, nak masak apa untuk Raya Haji? I cakap taktauuuuuu. I ikut je apapa sebab Kaklong kalau masak semua pon sedap sebab dia masak dari hati and kasih sayang sebab tu sedap. I dapat Ayam Masak Kicap + Kari Ayam Kampung cukup la. Makan dengan Ketupat instant. Kitorang sejak Arwah Ayah takde memang dah tak merasa makan ketupat daun dah sebab legasi menganyam ketupat dah terputus. Yang pandai (Kaklong) dah busy nak masak. Takkan la dia nak buat semua nanti kojol sebab penat. Hahah. I pulak kalau buat ketupat jadik bentuk ikan siap ada sirip HAHAHAHAHA. Untuk Raya Haji tahun ni, probably raya haji terakhir dengan rumah Mak sekarang. Sebab lepas ni InsyaAllah kalau ada rezeki, umur dan diizinkan Allah kitorang nak roboh rumah depan tu and buat rumah baru. Sazli dah buat plan dah tu, nanti kat kampung kita mesyuarat balik. Mesyuarat tu yang tak tahan. Ketua project is Abang Long. Dia garang sikit tapi takpe, Abang Sulong biasa memang tegas. Hahaha. Actually Abang Long and Kaklong punya projek ni. Dorang memang dah lama cakap nak buatkan Mak rumah baru yang selesa, dalam bilik ada aircond semua. Kaklong pon siap doa depan Kaabah memang dia nak buatkan Mak rumah baru. Alhamdulillah termakbul doa dia. TQ Kaklong... Mak sure happy happy dapat anak macam Kaklong yang sanggup habes banyak puluh ribu lemon sebab nak buatkan dia rumah. Semoga tambah murah rezeki melimpah ruah untuk Kaklong and Abang Long, Amin.....


Abang Long ambik gambar rumah Mak buat kenang-kenangan.. Rumah depan ni wujud sejak I kecik-kecik lagi tapi yag tiang tu tak ingat la masa bila Mak buat. I dah naik sekolah menengah kot?  Senang dah takde pokok kat depan, so tak susah nak sapu sampah. Dulu masa I kecik-kecik becinta nak sapu sampah keliling rumah sebab banyak pokok.



 Yang tepi tu pulak masa I kawen dah ada dah tapi takde tiles. 


Different view dari rumah rumah jiran sebelah kanan


Ni bilik air Mak kot? Dalam bilik dia ada own toilet. Dapur takde pulak Abang Long ambik

Actually Sazli suka lagi rumah lama Mak, sebab dia kata rasa la suasana kampung. Hehe. Tapi kot nanti malam-malam tido panas acane? Hehe. Kat kampung bila pagi memang sejuk sampai ketulang hitam but bila masuk pukul 11.00am sampai la ke malam memang panas membahang. Probably sebab atap zink kot? Ni dorang dah kira budget semua InsyaAllah boleh buat atap yang tak panas. Nanti each room siapkan terus wayar aircond, konsep dia sapa ada budget lebih, pasang aircond sendiri hahahahah. Deco bilik pon sendiri-sendiri jugak. Kalau takde halangan, lepas raya haji ni start la buat rumah and by October nanti siap la rumah Mak. Kita yang buat rumah dari awal tahun tak siap-siap dia selamba siap sebelum rumah kita siap taw? Mak probably akan stressed sikit sebab nak packing bukan senang. Nanti kitorang buat la slow-slow. Korang doakan progress rumah dekat kampung berjalan lancar eh? Ni pon memacam Kaklong and Abang Long dah plan. Nak tanam pokok la, nak berkebun la. Naseb dorang tak cakap nak buat siminpul. Kawasan lapang dah ada ni kak, alang-alang buat taman tema sekali je la. Hehe. For all, Selamat Hari Raya Aidiladha. Eh, ke macam awal sangat ni nak wish?

-eNd-

3 comments:

Nur Aishah said...

hahhahaha sewel ok nak buat taman tema.. dah terlanjur tu i cadang taman tema tu buat vuvuzela tros, baru nampak dari temerloh. hahhaa bengong sue! selamat raya aidiladha sue.

Siti Yang Menaip said...

salam aidiladha =)

Mimy Hamid said...

bestnya suasana kampung ko ni sue....rasa nak singgah je haha