Assalamualaikum…
Semenjak I buat wax dekat Bubble Gum Ampang,
kitorang telah berkenalan dengan satu Kedai Mamak bawah Bubble Gum tu nama MS
Curry House. It’s a Muslim punya restaurant. Si Intan kan dia pantang dengan
Nasi Kandar so once a month kitorang akan makan dekat sini la. Tapi minggu ni 2
kali la makan sebab tak puas. Hehe. Isnin tu I tengok je Intan makan sebab Nik
dah ada tapaukan Nasi Ayam Penyet so I tak makan la. Semalam kitorang repeat. I
gigil-gigil cedok Kari Kambeng dalam pinggan. Kuah banjir tapi kari ayam la.
Ambik Bendi, lepas tu Ikan Tenggiri Goreng dengan ambik sayur kacang buncis
sikit. Intan focus Kari Kambeng alone. Dia la kaut semua Bendi, tinggal I
seketul setengah je. I tengok cedok lauk lagi, dia dah start makan. Tak tahan
dah dia cakap hahahaha. Bagi tekak I, dalam banyak-banyak Nasi Daun/Nasi Kandar
yang I pernah makan dekat KL, sini la yang paling sedap. Pilihan lauk dia tak
banyak la macam Pelita, Nirvana semua tu tapi semuaaaaa sedap. Kedai dia pon
takde pack mana and orang pon tak ramai sangat but I suka. Kedai ni sebaris
dengan Bank Muamalat, Block sebelah dengan Ampang Point je. Kalau korang nak
waze, cari je Bubble Gum Ampang Point, jumpa la. Capati sini pon sedap but only
ada after 5.00pm. Harga pon OK. Takde la mahal lain macam. You know kedai Mamak
ni kekadang harga melampau. Air kosong pon singget. Dulu ada satu kedai Mamak
dekat Max Value (dah tutup now) bapak la mahal wei. Air milo pon dekat RM4.00 I
cannot brain. But now dah tutup dah, taktau kenapa. I am not a big fan of
Kari-kari semua ni but once in a blue moon, kalau sampai waktu tingin dia tu
memang menggelupur. Like now, I memang suka Kari Kambeng dekat sini sebab dia
macam letak partly tetel. Ni kalau ada kicap manis lagi layan. Si Dyba, Ain
dengan Nik memang takde der makan Mamak. Taknak sudah! Mamak kekadang sedap
jugak please. Rugilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Ni
I makan semalam. Kari Kambeng + Kuah Kari Ikan + Tenggiri Goreng + Sayur Kacang
Buncis. Intan tanya, ‘Sure ke Kaksu
habes?’ I cakap OF COZ! I makan slowly je tapi makan abes!
Tengok
Si Intan makan kuah banjir. Selera je
tengok dia makan.
Kasik
close up la baru annoying sikit. Hehe. Kambeng dia ada campur lemak-lemak baru
la gemok. Makan healthy je hari-hari kadang-kadang boring jugak. Bestnya kambeng dia isi lembut, tak berbau
kuat and kuah kari dia power baq hang!
Ni
barisan lauk-lauk dia. Simple and sikit je. Tapi semua nampak sedap.
Kari Ikan, Kari Ayam.
Tu Ayam tu masak apa? Macam sedap je.
Ni
ada Kima. Kima makan dengan capati pon sedap or cicah lempeng.
Semalam
repeat!
Hurm nikmatnya dapat makan dekat sini. Walaupon
Kedai Mamak tak popular tapi sebab sedap I OK je. Naseb la dekat Ampang. Happy
sangat. Nanti bebila boleh la makan dekat sini lagi. Taknak rasa bersalah, Nasi
ambik half je la. Hahahahaha. I tengok dekat sini Ayam Madu pon ada. Tingin
jugak nak try tapi nanti nak makan Kambeng jugak. Acane? Hahahahaha. Ya Allah
parah dah aku ni. Sejak bila pulak jadik a big fan of Kari Kambeng Mamak ni. Ni
semua Intan la ni punya pasal. Lain kali datang sini I nak bawak kicap la dari
rumah hahahahahahhaha OMG Surayaaaaaaa apa nak jadi ko ni? OK dah. Bawak
mengucap. Kepada sesapa yang teringin, alamat I cari kat Google takde pulak. So
korang Waze je la Bubble Gum Ampang Point. Kedai ni dekat bawah tu je. Kedai
Mamak biasa-biasa je tapi sedap. OK? Okbye!
-eNd-
3 comments:
Adusss nak kena try nanti nih...
Sue..nanti kalau nak makan Naan Cheese sedap gi kat Restoran Rasyid tau..situ Naan dia sedap..kuah Naan dia pun sedap..
Pastu kalau nak makan kuah Dhal sedap gi pun gi try breakfast kat situ jugak..besttt...
SueGinola : Kaksu kalau Nan suka makan kat depan Ampang Point tu. Kedai buruk je sebelah kedai instrument tu. Raju ke apa entah nama dia.
Oo yang tu, tautau..pernah makan jugak...
Tapi tu Naan versi nipis..kalau nak versi gebus memang makan Rasyid hehe....
Post a Comment