Friday, October 5, 2018

Kari Kambeng Sedap MS Curry House Ampang

Assalamualaikum…

Semenjak I buat wax dekat Bubble Gum Ampang, kitorang telah berkenalan dengan satu Kedai Mamak bawah Bubble Gum tu nama MS Curry House. It’s a Muslim punya restaurant. Si Intan kan dia pantang dengan Nasi Kandar so once a month kitorang akan makan dekat sini la. Tapi minggu ni 2 kali la makan sebab tak puas. Hehe. Isnin tu I tengok je Intan makan sebab Nik dah ada tapaukan Nasi Ayam Penyet so I tak makan la. Semalam kitorang repeat. I gigil-gigil cedok Kari Kambeng dalam pinggan. Kuah banjir tapi kari ayam la. Ambik Bendi, lepas tu Ikan Tenggiri Goreng dengan ambik sayur kacang buncis sikit. Intan focus Kari Kambeng alone. Dia la kaut semua Bendi, tinggal I seketul setengah je. I tengok cedok lauk lagi, dia dah start makan. Tak tahan dah dia cakap hahahaha. Bagi tekak I, dalam banyak-banyak Nasi Daun/Nasi Kandar yang I pernah makan dekat KL, sini la yang paling sedap. Pilihan lauk dia tak banyak la macam Pelita, Nirvana semua tu tapi semuaaaaa sedap. Kedai dia pon takde pack mana and orang pon tak ramai sangat but I suka. Kedai ni sebaris dengan Bank Muamalat, Block sebelah dengan Ampang Point je. Kalau korang nak waze, cari je Bubble Gum Ampang Point, jumpa la. Capati sini pon sedap but only ada after 5.00pm. Harga pon OK. Takde la mahal lain macam. You know kedai Mamak ni kekadang harga melampau. Air kosong pon singget. Dulu ada satu kedai Mamak dekat Max Value (dah tutup now) bapak la mahal wei. Air milo pon dekat RM4.00 I cannot brain. But now dah tutup dah, taktau kenapa. I am not a big fan of Kari-kari semua ni but once in a blue moon, kalau sampai waktu tingin dia tu memang menggelupur. Like now, I memang suka Kari Kambeng dekat sini sebab dia macam letak partly tetel. Ni kalau ada kicap manis lagi layan. Si Dyba, Ain dengan Nik memang takde der makan Mamak. Taknak sudah! Mamak kekadang sedap jugak please. Rugilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Ni I makan semalam. Kari Kambeng + Kuah Kari Ikan + Tenggiri Goreng + Sayur Kacang Buncis. Intan tanya, ‘Sure ke Kaksu habes?’ I cakap OF COZ! I makan slowly je tapi makan abes!
 


Tengok Si Intan makan kuah banjir.  Selera je tengok dia makan.


Kasik close up la baru annoying sikit. Hehe. Kambeng dia ada campur lemak-lemak baru la gemok. Makan healthy je hari-hari kadang-kadang boring jugak.  Bestnya kambeng dia isi lembut, tak berbau kuat and kuah kari dia power baq hang!


Ni barisan lauk-lauk dia. Simple and sikit je. Tapi semua nampak sedap.


Kari Ikan, Kari Ayam.


Tu Ayam tu masak apa? Macam sedap je.


Ni ada Kima. Kima makan dengan capati pon sedap or cicah lempeng. 



Semalam repeat!

Hurm nikmatnya dapat makan dekat sini. Walaupon Kedai Mamak tak popular tapi sebab sedap I OK je. Naseb la dekat Ampang. Happy sangat. Nanti bebila boleh la makan dekat sini lagi. Taknak rasa bersalah, Nasi ambik half je la. Hahahahaha. I tengok dekat sini Ayam Madu pon ada. Tingin jugak nak try tapi nanti nak makan Kambeng jugak. Acane? Hahahahaha. Ya Allah parah dah aku ni. Sejak bila pulak jadik a big fan of Kari Kambeng Mamak ni. Ni semua Intan la ni punya pasal. Lain kali datang sini I nak bawak kicap la dari rumah hahahahahahhaha OMG Surayaaaaaaa apa nak jadi ko ni? OK dah. Bawak mengucap. Kepada sesapa yang teringin, alamat I cari kat Google takde pulak. So korang Waze je la Bubble Gum Ampang Point. Kedai ni dekat bawah tu je. Kedai Mamak biasa-biasa je tapi sedap. OK? Okbye!

-eNd-

3 comments:

SueGinola said...

Adusss nak kena try nanti nih...
Sue..nanti kalau nak makan Naan Cheese sedap gi kat Restoran Rasyid tau..situ Naan dia sedap..kuah Naan dia pun sedap..
Pastu kalau nak makan kuah Dhal sedap gi pun gi try breakfast kat situ jugak..besttt...

Chooyaya! said...

SueGinola : Kaksu kalau Nan suka makan kat depan Ampang Point tu. Kedai buruk je sebelah kedai instrument tu. Raju ke apa entah nama dia.

SueGinola said...

Oo yang tu, tautau..pernah makan jugak...
Tapi tu Naan versi nipis..kalau nak versi gebus memang makan Rasyid hehe....