Thursday, November 8, 2018

Rawatan PRP Paling MURAH di Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

Harini I nak share my experience buat PRP dengan Dr Hanafiah yang I buat last month 2 days after my birthday. Dah dekat sebulan, dah nampak result, then baru la I share sebab I nak tengok dulu apa kesan dia after I buat PRP dekat muka I ni. Taknak la kasik review penipu buat harini, esok dah tulis review lagipon NI REVIEW IKHLAS AND BUKAN PAID ENTRY. Hahahah. Tetiba garang. Macam mana I boleh nak buat and sapa yang pengaruh I? Jawapan : Aliah la. Hahaha. Dia dok sebut banyak-banyak kali 'Maksu, cousin aku buat PRP muka macam telur kena kupas Maksu. Punyalah licin.... Aku nak buat lah kalau ada budget'. Cakap sekali gua boleh la bertahan, dah kalau cakap ulang-ulang mana la aku nak tahan. Hahahaha. I memang ada baca pasal procedure PRP ni dari Aesthetic Clinic yang I follow dekat IG semua. Memang nampak menarik la tapi bila tengok harga macam tak sampai hati pulak hahahaha. PRP bukan murah tau kalau nak buat? Sazli sendiri pernah buat PRP untuk rambut dia and cost dia dalam RM3,000.00 macam tu and I tau result dia memang superb and tak boleh nak doubt. But you know RM3,000.00 ni bukan la murah untuk orang-orang macam I yang  'kais pagi makan petang' (bak kata Intan, dia peribahasa memang selalu failed). So terpadam la hasrat untuk I buat PRP ni. Rasa macam takperlah, natural beauty pon OK apa. Sambil nanges tengok wrinkle dekat ekor mata dah makin banyak sebab dah tuweeeeee sob sob nanges tepi bucu katil. But, you know apapa yang Allah susun tu ada je la hikmah disebaliknya. Around awal tahun masa I dok study pasal Shein and masalah speech delay dia tu, through this one Paed ni, I boleh kenal dengan Dr Hanafiah. Takde pulak kitorang cakap pasal PRP until I follow dia dekat IG and nampak sebenarnya dia ada buat PRP ni dengan harga murah tak masuk akal. Terus mata I berkaca-kaca kegembiraan and rasa YESSSSSS kalau macam ni punya harga memang I akan buat PRP every alternate months la. Woo Hoo!! Since I memang busy menyelamatkan dunia sebab part time Power Rangers Kuning sebok berpolitik, bersukan bagai. Dari awal tahun only last month je ada chance untuk buat PRP ni and lepas sebulan dah tengok result rasa menyesal, kenapa yang I tak buat awal-awal? Kalau tak mesti I dah Nur Sajat dah sekarang ni hahahaha. 


OK. Procedure dia ialah, Doktor akan ambik darah kita dalam 12 - 18 mls depends untuk keperluan and dekat mana yang kita nak focus buat PRP ni. Jangan risau darah hilang sebab total bloods dalam badan kita ialah 5,500 mls. Takot tak? Eh mestilah I takot cucuk-cucuk nak ambik darah ni tapi nak cantik tak? So kalau nak cantik shadapyu!




Jangan risau nak buat PRP dengan Dr Hanafiah sebab dia ialah Doktor sebenar and bukan cobaan. Bukan entah sesapa takde any qualification lepas tu buat procedure cucuk-cucuk ambik darah ni. NO. Dr Hanafiah is Medical Officer yang pernah bertugas di Pantai Hospital Ampang, Colombia Asia and ParkCity Medical Centre lepas tu decide nak concentrate buat PRP ni sebab dia nak membantu orang-orang macam kita untuk try PRP and takde la orang kayaaaaaa je boleh cantik. Mana aci.



OK. Ni darah I yang diambik. PRP ni kita akan guna darah kita sendiri so kita patut rasa confident la sebab darah sendiri and bukan darah jiran tetangga ke entah sapa-sapa kan?



Bila dah ambik darah, darah kita akan diproses masuk dalam machine ni yang akan asingkan darah dan plasma. Ambik masa dalam 40 minutes macam tu la. Meanwhile, Doktor akan sapu ubat kebas dekat bahagian mana yang kita nak cucuk plasma ni.


Lepas 40 minutes, darah pon dah diasingkan and plasma ni lah yang akan disuntik dekat muka kita. Muka ke, kepala ke, kepala lutut ke, depends on pada treatment apa yang kita nak buat. I buat muka kali ni. PRP ni is Platelet Rich Plasma.



Ni I punya plasma




Rawatan PRP boleh buat apa? Banyak. Boleh buat untuk masalah jerawat kronik, parut jerawat yang berlubang-lubang, pigmentation, rambut gugur, eye bag dan keturunan masalah eye bag, sakit belakang also sakit lutut. SEMUA pon boleh. Ikut pada keperluan masing-masing. Korang boleh tengok dekat gambar tu before and after PRP.



Apa dia PRP? PRP merupakan kaedah rawatan yang menggunakan darah pesakit sendiri. Dalam darah manusia terdapat 2 komponen utama iaitu darah merah dan juga plasma. Plasma ini kaya dengan platelet, hormone repair atau growth hormone, collagen, sel darah putih etc. Ianya digunakan untuk penyembuhan, regenerasi sel baru dan repair sel yang rosak. Ianya adalah selamat kerana tiada bahan kimia yang digunakan. Hanya cecair plasma pesakit sendiri yang digunakan sebagai rawatan. Tengok Allah design cantik-cantik dah darah kita ni. Tak sangka yang darah kita sendiri boleh merawat badan kita. Punyalah banyak khasiat darah kita yang kita sendiri taktau.


Plasma ni la yang akan disuntik masuk ketempat yang kita nak repair. Muka, kepala or lutut. Kesan dia memang superb and macam I, Dr Hanafiah cakap I memang takde masalah apa dekat muka except ageing la kan? So probably I takkan nampak sangat la kesan dia. Tapi lepas sebulan eh kenapa tetiba muka I flawless? Memang boleh nampak. Lepas ni macam nak buat untuk wrinkle mata pulak. PRP ni boleh slowkan ageing process. Apa barang sapu-sapu? Kasik suntik la terus baru kesan lebih hebat.


Untuk masalah rambut pon memang I rekemen la buat PRP ni. Bila jumpa Dr Hanafiah ni, boleh la Sazli continue buat PRP dekat kepala dia pulak.



Yang ni pulak pada yang ada masalah acne. PRP memang 100% takde chemical. Takyah sebok nak check bahan apa yang digunakan sebab kita guna darah kita sendiri. Takyah KKM semua takyah.



Sapa yang ada masalah botak ni memang I sangat rekemen buat PRP. Depends on tahap mana kritikal dia untuk kekerapan rawatan.

Ok, part paling yang SEMUA orang nak tau. Berapa harga treatment PRP ni. Semua mesti berdebar-debar kan? Hahahaha. Percayalah cakap I, ini memang harga TERMURAH untuk rawatan PRP yang nkorang takkan dapat dekat mana-mana. Dr Hanafiah base dekat KL but dia akan fly all around Malaysia untuk buat treatment PRP ni. Dia memang biasa pergi Kelantan, Terengganu, Penang, Johor, Sabah, Pahang semualah dia pergi kalau ada permintaan dari patient. So kepada readers Chooyaya yang tinggal luar dari KL jangan risau la nak kena tambah kos pengangkutan pulak datang ke KL sebab Dr Hanafiah memang akan ke tempat anda. OK? Jom tengok harga rawatan PRP dengan Dr Hanafiah.

Rambut Sahaja RM200.00
Muka Sahaja RM270.00
Muka + Rambut RM350.00
Lutut RM250.00

Murah kan? BAPAK MURAH WEI! Biasa kalau PRP takde RM3,000.00 takyah mimpi la nak buat. Ni korang boleh tengok sendiri betapa murahnya harga treatment PRP dengan Dr Hanafiah ni. Ada la orang tanya Dr Hanafiah taknak ke buat Aesthetic Clinic sendiri? Lepas tu dia cakap, If dia buat macam Aesthetic Clinic lain, dia memang tak boleh la dah bagi harga macam dekat atas ni. So now dia memang stick on mobile treatment la. Senang gerak and cepat. Untuk dekat KL pon rawatan dibuat dekat office Dr Hanafiah je. 



Satu I nak pesan. Bukan senang nak slot treatment dengan Dr Hanfiah so bila korang dapat slot, please be on time. Kalau tak jadik, inform awal sebab BUKAN SENANG nak slot appointment. Please be on time so that orang lain takde lama menunggu. Jangan pakai janji and time melayu haaaaaa. (Naseb I Scottish kacuk Jawa hahahaha). Office Dr Hanafiah dekat Shop Lot Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Maju. Parking jangan lupa bayar nanti kena saman DBKL padan muka ko.


Nah, kalau ada sesapa doubt pasal kerja Dr Hanafiah. Now dia dah level Celebrity dah. Manjang masuk TV cakap pasal baby la, rokok la, kemain kan Doc?


Hasil selepas sebulan buat PRP. Yes, memang nampak jelas kulit muka I tambah flawless. Sapa nak sama macam I, boleh buat PRP OK?

Untuk more gambar, info and testimonial korang boleh check dekat Instagram Dr Hanafiah dekat sini. So sesapa yang ada masalah botak, muka kusam, sakit lutut, jeragat, sakit tumit, sakit kaki segala jenis sakit yang boleh di treat by PRP semua tu cepat buat Appointment dengan Dr Hanafiah sementara dia tak berapa celebrity lagi ni. Nanti dah makin kerap masuk TV, makin hensem, makin laris I takot dia eksyen lepas tu Up pulak lagi harga jadik ribu-ribu ajer mampos. Kan? Hahahaha. Ni pon, I harap patient dia yang dari seluruh Malaysia jangan la marah I sebab share pasal PRP Dr Hanafiah ni. Lepas ni confirm makin susah nak book slot dengan dia. To be frank, I sangat happy dapat share menda-menda ni dengan my readers. Jom la kita sama-sama try treatment and perasan celebrity Hollywood sekali-sekala. Hahahahaha.

Dr Hanafiah Bashirun
012-9769352
#singlenadavailablesince21.3.2016 (Intan take note please)

Office
No 24-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

-eNd-


Bonus Tips!

Berjuta-juta orang di seluruh dunia tanpa mengira usia mengalami keguguran rambut.
RAMBUT GUGUR
Kehilangan rambut boleh menjadi tidak menyenangkan kepada sesiapa sahaja dan boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang. Terdapat pelbagai sebab yang berbeza untuk keguguran rambut dan botak termasuk genetik, umur, penggayaan rambut, tekanan, tabiat buruk dan banyak lagi. Tidak peduli apa sebabnya, terdapat beberapa cara untuk merawat keguguran rambut. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk melihat kesan rawatan. Semasa menunggu pertumbuhan semula rambut, cubalah TOPPIK Hair Building Fibers!

1679040-231ef2e7890bee2ea5504152d389f9e9


TOPPIK Hair Building Fibers ialah produk penebalan rambut yang memberikan penampilan rambut lebih lebat dengan segera. Tidak seperti produk peniru lain, TOPPIK menggunakan keratin yang merupakan protein yang sama seperti rambut semula jadi. Serat ini berasal daripada sumber bulu asli yang merupakan gred premium yang berkualiti tinggi. TOPPIK Hair Building Fibers berfungsi dengan caj elektrostatik. Serat pada helai rambut menghasilkan kesan magnet dan mengikat serat pada rambut anda. Jadi, kesan ini mengakibatkan rambut kelihatan lebih lebat dan menutup kawasan penipisan. Lihatlah transformasi sebelum dan selepas TOPPIK di  www.toppikmalaysia.com/before-after/.


Related image

Anda tidak perlu risau jika anda di luar rumah. TOPPIK Hair Building Fibers boleh kekal sepanjang hari, dan akan menahan air hujan, peluh dan angin. Serat-serat ini akan kekal sehingga pencucian rambut seterusnya dan selamat digunakan setiap hari. Bukan itu sahaja, mereka adalah hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan kegatalan dan kekeringan pada kulit kepala. Ini adalah hasil daripada formula khas yang dibuat dengan bahan organik semulajadi tanpa bahan tambahan atau bahan kimia berbahaya. Pada dasarnya, TOPPIK Hair Building Fibers tidak akan menyumbat liang-liang atau menyebabkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini. Perlu diingati bahawa meskipun terdapat banyak produk di pasaran dengan kualiti yang berbeza-beza, kemungkinan besar anda akan menerima hasil yang lebih efektif dengan TOPPIK Hair Building Fibers yang dapat dibeli dalam talian di www.toppikmalaysia.com/shop
.
Cubalah TOPPIK hari ini!

Laman web rasmi: toppikmalaysia.com
Facebook/Instagram/Youtube: toppikmalaysia

-eNd-

19 comments:

Mija said...

nak tanya...lepas buat prp ni muka ada sakit ke bengkak ke?

Unknown said...

Tq info yg sgt menarik dn berbaloi2 utk dicuba. . 👍👍👍👍

Unknown said...

I bru lepas buat tadi sis. Tknk ckp byk. Puas hati, tu je 😁 skg pun dh nmpk kesan, kita tgk sebulan lagi cnfirm tegang🤩

Unknown said...

Nk tye la...spe yg betudung Penh buat dgn dr.hanafiah ni tk..mse rwtn bukk tdg tk or boleh pki or cover tutup Surat..pls answer me

Unknown said...

Bagaimana nak booking appointment?

meyamir said...

baru buat semalam! okay lah belum ada result lg. bertudung boleh pakai masa buat takda masalah.

Unknown said...

Hi boleh bagi ig doctor

Unknown said...

Hi boleh bagi ig doctor

Unknown said...

Hi doktor saya nak buat rawatan muka

Unknown said...

sy nk buat rawatan rmbut...mcm mana ya..

Unknown said...

sy nk buat rawatan rmbut...mcm mana ya..

rzaini said...

Murah giler

Unknown said...

Apa alamat prp clinic ini?

Unknown said...

Apa alamat prp clinik in?

shahreen said...

Wow bagus blogger ni

Unknown said...

Pergh terbaik. Nk g jauh plk

Katt said...

Ya'allah seriously harga dia best camtu😭i baru seminggu buat PRP kat tmpt lain Mahal giler🥴 xpe apa2pun tggu results harap ok.

Beverly Hills Med Spa said...

I loved the way how you represented your PRP blog article. It rejuvenates the skin with long-lasting effects. I would love to read more articles on your blog. You can also read the PRP Facialbenefits from my blog.

Unknown said...

Bagaimna UTK buat booking