Friday, August 16, 2019

Kek Batik Indulgence by De

Assalamualaikum..

I pernah share resepi Kek Batik yang sedap dekat sini. Setakat minggu lepas sebelum I makan Kek Batik Indulgence yang De I buat, I rasa Kek Batik I la yang paling sedap dalam dunia. Hahahaha perasan. Sekali bila first bite makan De I punya Kek Batik = Pengsan! Sedap gileeeeerss! Rasa Kek dia tak manis sangat, just nice. Lepas tu biskut dia tu lembut. Dekat top dia ada layered chocolate and white chocolate. Ya Ampunnnn sedapnya! I baru tau now memacam cara orang improvise Kek Batik. Kata De, yang ni paling premium la. Ada Kek Batik Melting jugak. Yang tu takde lapisan white chocolate tu. Kemain orang zaman sekarang, Kek Batik guna Biskut Marie pon dah ada yang jenis high end eh? I order dengan De yang size 10 inch. Ada 64 pcs bite size. Bahagi dua dengan Kaklong. Masa makan tu menung sekejap sebab rasa 'Ko ni kek batik je, amenda yang rasa sedap macam ni?' Sazli pon suka jugak, dia mintak lagi dengan De minggu ni. But this time kita nak try yang melting pulak.. Actually Biskut Batik ni kalau macam tu sahaja pon dah sedap, but Poyo punya version of coz la lagi sedap taaaaaaapi kalau gemok, padan muker. Hahahaha. I suka makan time coklat dia tu macam lembut sikit. If duduk dalam peti ais lama sangat dia jadi keras. Korang kalau nak order, boleh WhatsApp De I terus. Macam-macam size and jenis ada. I takde gambar. De pun jenis tak merajin amek gambar. Boleh je dia. Hahaha. Jenis sapa nak order dengan dia, berbekalkan keyakinan je sebab gambar dia tak minat nak ambik. Boleh je macam tu. Hehe. Untuk Kek Batik Indulgence yang macam I ni size 10' ada 64 pcs I suggest kalau ada majlis makan-makan boleh la korang order. Sebab banyak kan? Yang ni harga dia RM80.00. De I ni sepesen kalau meniaga, bahan semua guna premium. Butter, coklat  semua dia guna yang jenis mahal. I tanya dia, dah mana nko punya untung. Dia cakap takpe. Janji dia puas hati buat, orang puas hati makan T_____T. De I duduk dekat border Klang/Shah Alam tu. If korang nak order, either boleh ambik terus dekat dia or guna runner. Anything Call/WhatsApp De dekat 011-53391225.



Kek Batik Indulgence by De. Sedap sangat!



Yang ni Size 10', ada 64 bite size. I can live eating this Kek Batik forever. Seriously.

OK sekian cerita Kek Batik De. Masa balik kampung haritu, I dah berazam dari KL nak buat Mihun yang I sendiri buat sebab I teringin. I suka makan Mihun and Mee jugak tapi paling suka yang I buat sendiri. I called my Mihun as Mihun bodoh sebab dia takde bahan fancy dalam tu kecuali Ikan Bilis je. I tak suka fishball fishcake segala. Ayam pon I tak suka. Kalau Daging OK. Mak yang memula ajar I masak Mihum letak Ikan Bilis ni.  I suka kalau color dia macam merah hati. Cara masak sama je macam yang biasa nkorang semua buat. Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis yang ditumbuk manja. Lepas tu letak cili kering blender. Dah tu letak sos tiram, sos cili, sos tomato kena lebih sikit, kicap manis. Perasa dengan cube ayam and I letak gula dalam setengah sudu macam tu. Sayur I letak taugeh je. Taugeh tu letak bila api dah tutup. Tabur dengan daun sup. Nak lagi best, dadarkan telur nipis-nipis lepas tu potong bulat, tabur atas dia. Sedap!


Mihun Goreng Bodoh by me.


Sambal Petai Cili Api. Jangan lupa letak santan untuk rasa lemak.


Asam Pedas Ikan Kerisi. Sedapnya Kaklong masak. Dia letak halba dalam ni.


Soukhascarves Naema Series ni I pakai Code 5. Warna Salmon. Cantik. I suka. 


Yang ni code 2.

I design sendiri tudung ni dengan kasih sayang tau? Siap dengan kotak semua, sesuai kalau korang nak bagi prezen pada kawan-kawan. Harga RM79.00 + Postage RM10.00. Ada 5 color semuanya. Boleh check out dekat IG Soukhascarves. Nak order macam biasa WhatsApp je I dekat 0129184042. Kalau pandai bodek, I kasik discount kasih sayang. Hahahahaha. OK lah, selamat berhujung minggu. I minggu ni dekat KL je. Next week plan nak bawak Shein pergi Lost World Of Tambun. Baju mandi Shein kena beli la ni yang baru dekat Decathlon sebab yang ada ni, semua nampak pusat dah. Seluar pon dah tak muat. 

-eNd-

No comments: