Wednesday, August 14, 2019

Kisah Raya Haji

Assalamualaikum..

Salam Aidiladha untuk semuaaaaa. Sorry sebab dah jarang-jarang update blog sebab memang I busy sangat sekarang. But I akan cuba untuk update dengan nkorang as much as I can OK? Lagipon ni musim cuti Raya Haji and ramai sambung cuti kan? So maybe tak ramai sangat yang ada masa nak browsing. I dah masuk kerja dah harini. Tengok parking banyak yang kosong lagi, maksudnya maybe ramai yang tak masuk office lagi. So amacam pada yang cita-cita nak diet dari Raya Aildilfitri? Dah tercapai ke cita-cita tu? Haritu kata nak diet lepas raya, bila lepas raya daaaaah musim durian pulak so postpone. Dah tu masuk pulak Raya Haji. So hope lepas ni bolehh dah la teruskan cita-cita nak diet. Cheat day sehari takpe, cheat week pon OK lagi tapi jangan cheat forever OK? Macam I ni ikut mood, ada masa jaga makan but most of the time tak la. Hahahaha. Oooo ada yang tanya, corset ada lagi ke tak. Jawapan : Ada. Cuma I tak berapa sempat nak promote sebab busy. Tudung Soukhascarves dah beli ke belum? Kalau belum, sorang kena beli lapan helai. Kata sayang sangat dekat Chooyaya. Kalau sayang kena la support apa yang I buat. OK? 

Anyways, macam mana dengan sambutan Raya Haji nkorang? I tahun ni pertama kali sejak dah sepuluh tahun kawen, I buat Baju Raya untuk all of us. Biasa baju raya I sorang je baru sebab I kan Pwincess, tapi memandangkan Shein yang dah cepat benar membesar ni and I rasa macam kesian kat dia nak ulang pakai baju Raya Aildilfitri so I buat la baju raya untuk Shein and Sazli. But Baju Raya ni punya pasal la kitorang stuck 3 jam dalam traffic and almost 5 hours baru nak sampai Jengka dari KL. Kitorang gerak dari KL dalam 8.30pm on Friday tu, sampai Jengka dalam 1.30am macam tu. Punya lama nak sampai. Biasa less than 2 hours dah boleh sampai. Kata Sazli, dekat area Tol Gombak tu je dah dekat 3 jam. Macam I, tak berapa perasan la jem tu lama sebab I ada masalah masuk kereta, kena aircond goal. Bukan setakat jadik penumpang, kekadang time bawak kereta pon sama jugak I telelap. Bahaya kan? Kang bawak kereta tetiba bukak mata eh kat mana ni? Rupanya syurga dah. Tu pon kalau masuk syurga la. Confident je hahaha. Tapi kata Arwah Ayah, nanti kita semua akan masuk syurga sebab Allah akan ambik kira setiap satu kebaikan yang kita buat termasuklah kalau kita bersangka baik and memaafkan orang yang buat salah dengan kita. 



Baju ni I buat dekat kedai Pakistan. Kain tu Huda yang bagi. Tachiu baby! Korang boleh check out dekat @kainruche. Pakistan ni la punya pasal kasik kitorang lambat gerak ke kampung. Dia cakap pagi Jumaat boleh siap, tetiba pukul 3.00pm call cakap nak ambik, dia kata 8.30pm baru siap. Menyirap je I. Tapi OK jugak sebab I siap setel semua kain baju. Basuh, lipat semua. Rumah pon dah wangi bersih sebelum balik kampung.



Kaklong pon warna baju lebih kurang I je. Coklat and Hijau. Dia beli siap je. Ada readers comment cakap I dengan Kaklong macam tertukar kain. Hahahaha.


Siap Solat Sunat Raya Aildiadha dekat Surau belakang rumah, Shein and Sazli terus ke belakang tengok Kurban. Shein banyak giler tanya. ‘What is everyone doing, why is the cow bleeding? Why cow Mama? Why Atok cut the cow?’ and the question list goes on. 



Jenuh la Sazli nak menjawab. Tapi OK la Sazli mau melayan Shein tengok sampai 4 ekor lembu tumbang kena sembelih. Yang ke-empat tu tak tengok sampai habes sebab Guru Besar dah panggil balik nak tangkap gambar raya.



Edi, Rara and Kakyang.



Rara, Nona and Mamatok. I pangkat Nenek pada Rara. Masa memula nak ada cucu dulu time Along dapat Auliya, I pilih la nak panggil nama apa. Pilih punya pilih, I setuju dengan cadangan I sendiri untuk menggelar diri I Nona. Glamor sikit, ada macam nama penyanyi Korea. Sekali sampai Sazli 'Tokli' je HAHAHAHAHA.




Keluarga Kaklong. Along tak balik sebab kena bertugas di pagi raya. Kesian. Macam tu la Askar. Pagi raya kena kerja. Naseb I dulu tak kerja askar. Eh?




Ini je yang ada untuk Raya Haji. Jadikla. So kalau nak raya meriah, jangan lupa beranak dalam 5-6 orang. OMG tak sempat dah ni.



 Menyirap je tengok Sazli. Dia tu sukaaaaa tau buat perangai ikat samping macam P.Ramlee. Abang Long, kenapa tu kaki tegantung? Hahahaha.




Hi, hidung besar-besar tu nak pergi mana?


Untuk Raya Haji, kitorang buat Masak Kurmak, Lodeh, Sambal Kacang, Ayam Masak Kicap. Read : Kitorang = Kaklong

Teringat kesedapan Kaklong punya Sambal Kacang. Nak sedap kena letak lengkuas and jugak gula gerek, baru sedap. Tingat dulu masa sekolah rendah, Dik Ma jual Nasi Impit Kuah Kacang dalam dia ada 6 ketul, seposen je. I suka beli sebab sedap. Tingat jugak Mak Timah punya Laksa. Balik sekolah kebangsaan, naik basikal lepas tu mesti berenti kedai Mak Timah beli Laksa. Sebungkus baru dua posen. Letak dalam plastik ABC and makan dengan straw. Bila kuah dah habes, laksa tu makan ikut bontot plastik. Dulu sekolah rendah belanja lima posen pon dah kenyang. Zaman sekarang lima posen dapat apa je kan? Sekarang semua macam mahal. Keropok sekarang satu berapa eh harga? Dulu sekeping seposen. Nasi lemak dua posen. Nanti bila Shein dah besar, I nak citer dengan dia harga makanan zaman Mama sekolah dulu macam mana. Rasa macam tipu je kan? Sama la macam masa Mak citer zaman dia kecik-kecik, nasi lemak lima sen je. I rasa macam tak caya. Sekarang mana nak dapat nasi lemak 50 sen (cup A) Hahahahaha. Takde dah. Kat KLCC Nasi lemak bungkus Cup A dah RM4.00. Geram je. Eh, tapi citer pasal raya haji, ni tetiba selamba dia twist bab makan. So, esok mana nak cari Laksa ni. Tingin pulak.

-eNd-

No comments: