Thursday, September 19, 2019

Feature Wall Kastone Brick by Suzuka

Assalamualaikum..

Haritu I ada update pasal Feature Wall dekat sini. So today boleh la continue sikit so that sesapa yang macam berminat nak buat yang sama, I boleh share info sikit-sikit setakat apa yang I tau OK? I banyak update dalam IG Story and ramai bagi feedback cakap suka tengok wall brick macam ni sebab nampak cozy. Cozy EH? I memang pangkah masa Sazli cakap nak guna brick ni. Sebab I rasa macam rumah tak siap plaster. Hahahahaha. I tak jiwa seni macam Sazli tapi I percaya la taste dia macam mana. Bila dah siap, actually Feature Wall ni la nampak stand out dari area lain sebab carpet, sofa and langsir kitorang warna semua kelabu but different tone lah. Memula plan nak buat Feature Wall warna kelabu yang jenis cement kotak-kotak tu, tapi Sazli cakap dah kalau semua kelabu, nanti Hall tak nampak berseri so dia cakap 'YES!' boleh la guna brick ni. Dia memang dah lama giler nak guna brick ni, I je taknak. Hahahaha. Now, tercapai la hasrat.

Kitorang tak guna any ID untuk rumah. Buat sendiri je. Ada Forumer Cari cakap 'Kata Arkitek, takkan tak pandai nak hias rumah sampai nak kena cari ID yang tolong'?. Hurm tu la, kang kalau orang cakap kurang bijak nak marah, tapi Arkitek dengan ID tu bidangnya berbeza. Study dulu sebelum buat apapa statement yang menampakkan kepandaian diri sendiri. Lagi satu, taste kita ni berbeza-beza. Ada yang suka English style, ada yang suka modern, ada yang suka rustic look, ada yang suka style resort so of coz la pendapat kita pasal apa yang cantik tu subjektif. Kan? I tak suka English punya concept tapi takde pulak I kutuk cakap kata rumah sapa yang English punya concept tu buruk. Adoyai. Amenda la suka sangat nak gaduh-gaduh pasal ID. Cuba la paham minat kita ni semua berbeza. Pening laaaaaa. 

Pastu siap ada yang cakap 'Jangan perasan la rumah nko tu macam Hotel. Hotel takde la buruk macam tu'. Yang cakap rumah ni Hotel House is Shein. Suka hati la Shein nak cakap macam mana pon. Sebab tu lah ada peribahasa 'Rumahku Syurgaku'. Buruk macam mana pon rumah tu, tetap syurga pada kita. Tak boleh la nak cakap 'Syurga tu tak layak guna untuk rumah nko yang rupa macam tu'. Ye dak? Yang mengkome offended sangat sampai makan hati dah kenapa? Hahahaha. Memacam hal. Nampak sangat hati tu tak betul. Cuba bawak bertenang and compose sikit kalau I share pasal rumah ni. Tak suka, takyah baca. I nak share pada yang berminat nak tau je. OK?


Ni Feature Wall bila dah siap. Simple je. Semua brick macam ni but dekat bawah tu kita pasang 'celak hitam'. Yang plug kat bawah tu nanti bila dah ada budget (Yang taktau bila tu), InsyaAllah nak pasang build in cabinet. So tak nampak la dah nanti. Ni carpet tak pasang lagi. I tak menyempat-nyempat nak ambik gambar. Excited sangat.




Ni rupa dari depan. Renyah jugak sebab nak kena bukak balik aircond, TV semua. 



In the making. Habuk punya banyak, Sazli sampai rasa menyesal tak mintak Professional Team yang buat. Tapi nak jimat punya pasal, kena la hadap.



Siap semua ni dalam masa 3 hari.

OK, untuk Feature Wall yang kitorang buat ni, luas dia dalam 180 kaki. Cost tak sampai RM2,500.00 sebab buat sendiri. Sazli beli barang, lepas tu upah pekerja 2 orang and siapkan dalam masa 3 hari. Jenis brick ni is Kastone Brick. Beli dekat Suzuka. I pernah share entry Suzuka dekat sini. Untuk 180 kaki ni, harga brick is RM1,500 and Upah pekerja is RM100.00 seorang untuk sehari. Kalau nak guna professional punya team, maybe cost dia boleh pergi up to RM4,000 - RM5,000 macam tu. Professional team akan buat semua A to Z. Kita takyah susah apapa. Kalau buat macam kitorang ni akan jadik extra penat. Barang semua alih sendiri, kemas sendiri, semua sendiri and Sazli pon involve dari mula sampai la akhir in fact cleaning finishing kitorang buat sampai la dekat pukul 2.00am (kena siapkan malam tu jugak sebab next day kitorang hosting a brunch).

My advice, kalau ada budget, go for professional team. Kalau buat macam kitorang ni memang akan super penat. Kata Sazli penat macam Lembu. Dah kalau Lembu tu memang penat sangat la tu. Naseb Babi je tak keluar. Hahahahahahaha. Korang boleh check out Suzuka Website dekat siniAnyway, kalau nkorang berminat nak buat sama macam kitorang, boleh la call Suzuka untuk appointment. Suzuka ni bukak dari Monday-Friday 8.30am - 5.30pm. Boleh Waze je. Suzuka ni ada dalam Waze. OK? Good luck I ucapkan.

Suzuka Showroom
Lot 6492, Jalan Haji Abdul Manan,
Off Jalan Meru, 41050, Klang,
Selangor D.E. Malaysia.
Tel: +603-3291 0722
Product Enquiry: +6012-3595 677 Fax: +603-3290 3463

-eNd-

5 comments:

Suria Amanda said...

Eh..eh...cantiknya....suka konsep mcm ni...rumah i tuh..tunggu i pencen la baru renovate..hahaha..pencen nanti baru ada banyak duit kan...ehhhh

Mizya said...

Cantik la kak su.. ignorekan mlut2 puaka to diorg byk phala nak sdekah kat kak su to... pluk cium sheindong ek...tp i likeπŸ˜—πŸ˜—πŸ˜—

BeLLa de ViE said...

Bia laaa penat macam lembu pun.. tapi hasil cantiikkkkk!! hahaha

haya said...

kaksu, aircond utk hall kaksu pakai brp hp punya ek? sori lari tajuk hehe

Chooyaya! said...

SA : hahahaha lamanya nak kena tunggu pencen
Mizya : tachiuuuuu
Bella de Vie : up sikit dari lembu sebenarnya babi hahahaha
haya : rasanya 2 kot?