Friday, September 20, 2019

Review : Nasi Ganja Kedai Kopi Yong Suan

Assalamualaikum..

Harini I nak continue balik yang kitorang makan kat Nasi Ganja Ipoh last time. Haritu update macam tak berapa nak beria, yang ni I kasik detail dengan gambar semua OK? Actually masa plan nak pergi Ipoh memang I cakap dengan Sazli yang I nak makan yang terpaling sekali is Nasi Ganja ni sebab tak larat dah tengok orang share dalam FB kesedapan makan Nasi Ganja ni and I teringin nak tau macam mana rasa sedap dia tu. Adakah sejenis gelabah tetek je atau betul punya sedap. Anak buah I dulu dia kerja kat Kem Ipoh ni so dia selalu la update apa yang sedap semua. Kata Along, dalam banyak-banyak tempat yang orang makan, Nasi Ganja la yang dia paling tak tahan and akan bengang kalau orang share.I sanggup eh tak makan dari pagi sebab nak spare space untuk Nasi Ganja ni. Lepasssssss tu traffic very bad sudahnya pukul 4.00pm baru kitorang sampai Ipoh. Dalam kereta tu, memacam Konsert dah kitorang buat. Lepas Konsert Bollywood, I cakap pada Saz, 'Papa, kejap eh? I nak carik ilham sekejap'. Dia punya cari ilham sedar-sedar sampai kat Ipoh and sebenarnya I dah tido 2 jam. Hahahahahaha. Haritu dari KL - Ipoh kitorang 5 jam atas kereta. Gerak dari KL jam 11.00am. Ya Allah, memang menguji kesabaran sangat. Walaupon I sebenarnya tido and tak menyumbang apapa dalam jem ni, tapi I cakap ni bagi pihak Sazli. Sian dia drive 5 jam. Hehe. So, sampai je Ipoh, terus kitorang Waze Nasi Ganja. Pusing 2-3 kali sebab kata Sazli, Nasi Ganja tu macam salah je sebab sampai dekat 'Rumah Tumpangan Dan Kedai Kopi Yong Suan'. I ada la rasa macam sikit lagi nak nanges tapi bila Google, memang betul la Nasi Ganja ni location dia dekat Rumah Tumpangan. Hahahaha.



Nasi Ganja Ipoh. Memang dia tulis Rumah Tumpangan Yong Suan, so jangan panic.



Pukul 4.00pm pon crowd dia macam ni. Punya ramai. Memang beratur tapi tak lama la. Beratur panjang but dia bergerak. Tempat duduk dia banyak jugak. Dalam restaurant and kat luar pon ada dia pasang-pasang meja. Panas boleh tahan.


Basically ni je lauk dia. Tak banyak sangat. Nampak macam biasa-biasa je kan, tapi layan sangat. Kuah campur + Ayam Goreng + Ulam Timun + Telur Masin. Perrrghhhh!!


By 5.00pm, Nasi Habes. Sian sangat dekat orang yang still beratur tu. Imagine kalau dia datang dari KL, jem 5 jam and tak makan dari pagi. How? 


Crowd dekat dalam kedai. Ni kalau Aliah dengan Ct ni memang takder der dorang nak makan dekat sini. Potong jari la kalau dorang nak.



Jem 5 jam, tak makan dari pagi, beratur dalam panas, It's all worth it.


I present to U..... Nasi Ganja Ipoh! If you guys tanya I, I akan jawab 'It's all worth it'. Especially kalau korang peminat kari and boleh makan kari and tak kisah kedai Mamak la. 


Sorang ni merajuk la dia. Taknak makan konon. Sebab Saz cakap suruh makan dulu, no iPad. So merajuk. Tapi bila suap, tak cukup sepinggan,


De come later dengan Mak semua. Dorang nak ke Penang. So singgah kejap kat Ipoh, bagi I Kek Batik. Tachiu De!


Ni kitorang lepak kat luar. Boleh duduk ramai-ramai.


Amsyar and Shein. Shein kan, tak pernah lupa Amsyar. Mana dia pergi, tak kisah la happy macam mana. Pusing-pusing dia akan tanya Amsyar jugak. Sayang betul dia kat cousin dia yang sorang ni.


GF pon ada dekat sini. Dapat jumpa sekejap je.

Bagi I, portion Nasi Ganja ni just nice. Tak sikit, tak banyak. Sambal dia pon tak berapa pedas. So-so tapi Shein kata pedas. Ayam Goreng dia pon sedap. Harga dia I tak berapa ingat la. RM8.00 kot kalau lauk Ayam tu. Service cepat, Air pon cepat sampai. Ni standard kedai yang viral. Nak selesa, lepak minum memang bukan kat sini. Sini tempat untuk orang enjoy makan je. Aircond takde. Bising boleh tahan. Cakap memang kena guna high pitch. Kena jerit-jerit. Cakap romantik memang takkan dengar. Kalau tanya I, berbaloi ke tak. YES Berbaloi and memang I akan repeat if bebila I nak datang Ipoh lagi. THIS IS A MUST PLACE TO GO. OK? Kedai ni bukak everyday 9.30am - 6.00pm tapi haritu 5.00pm nasi dah habes so jangan sampai lambat kalau taknak kecewa kunyah kaki sendiri. OK?

Nasi Ganja Kedai Kopi Yong Suan
2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, 
Negeri Perak
Hours : 9:30am - 6.00pm (everyday)

-eNd-

1 comment:

Barracuda Essen said...

Thanks for reviewnya,. Kunjungi juga http://bit.ly/2lyuVYI