Wednesday, September 18, 2019

Masak Apa Tu?

Assalamualaikum...

Sorry sebab dah seminggu I tak update blog. Rindu I la tu kan? Cakap rindu lekas! I busy menyelamatkan dunia sebab tu tak sempat nak update blog. Hehe. Actually last week I dengan Fifie busy organized Event untuk company I. Kesana-kesini settlekan things dengan orang Hotel etc. Memacam drama jadik, but alhamdulillah all went well. Dah la I jadik Emcee. Masa dry run tu, dengan fumble, nervous semua ada. Sampai I terfikir 'Amenda aku buat ni? Apesal aku setuju jadik Emcee?' and paling kelakar, 2 minutes before real event I google 'Cara menghilangkan gementar' HAHAHAHA. Ko tau la kan, bila tengah darah gemuruh ni tetiba jadik bangang. Sebut jadik tak betul. Ceremony jadik seremuni. Seremuni opah ko? Hahahahahah. Ni first event I jadik Emcee in English. Tu nanti I akan update later. OK?

Blog ni pon melambak entry dalam draf. Dengan entry Tambun tak update lagi. I harap, korang bagi la I time OK? Slowly I keluarkan satu-satu. Ni pon I update malam and auto-publish morning. Gigih sangat rasa hahaha. Demi readers, ku gagahkan diri Jebat. Nak tengok update I selalu, follow IG I. Link dekat sini. Dalam tu I banyak update activity terkini. Tu pon I letak dalam IGS je. Posting pon jarang-jarang. I agak, I dah tuwe sangat untuk update selalu dalam Socmed. Anyways, untuk entry kali ni, I nak share I masak-masak masa weekend minggu lepas. Kan manjang cuti 3 hari? Ada these 1 weekend tu, kitorang 3 beranak memang spend time dekat rumah je. Berehat sepuas-puasnya. So, I masak la untuk family. On Monday, Aliah cakap tingin nak makan soup, so I masak la. Cakap nak datang lunch, time tu pukul 11.00am, sebab sayang I masakkan jugak dia. Memang bersilat la dekat dapur. Hahaha.



Gulai Ikan Kembung. Nak resepi ke? Takyah la. Sama je macam orang lain masak. Nak sedap, letak halba campur. Nanti aroma dia lagi naik. Shein suka la I masak Gulai. 2 kali tambah makan Nasi.



Sambal Petai. Ni masak hari-hari pon Sazli takkan komplen.


Seperiuk I masak Sup Ayam untuk Aliah. Sekali sambal kicap. Biasa I beli Crunchy Garlic dengan Lin. Haritu beli 3 balang patut 1 balang untuk I, Sazli bedal bagi semua dekat Aliah. So bawang goreng kena buat sendiri. Bawang pulak Sazli beli sebesar size bijik k, hahahahaha. Memang bezaman la ngadap bawang je.


Buncis sampur dengan chicken ball. 


Ikan Kembong Masak Kicap Pedas.


Ayam Goreng Kunyit Simple. Senang je nak masak. Hiris bawang merah, bawang putih, cili padi seketul-seketul and halia. Tumis tu, masukkan serbuk kunyit dengan sos tiram sikit. Masukkan ayam and kacang panjang. Siap!


Kek Batik Indulgence De memang paling sedap. Tachiu De. Bila nak pindah Ampang? Senang sikit nak makan kek-kek nko.


Aliah, Atiq, Sazli and Apis.

Apis now kerja sama opis dengan Apai tau? Hari Isnin tu dorang kerja. Lepas tu masa lunch tu, Si Sazli ajak Apis je. Apai dia tak ajak pon. Pastu masa Apis nak keluar tu dia cakap kat Apai, 'Apai, aku pergi lunch umah Saz eh. Ko makan la sendiri. Dia ajak aku je, nko dia tak ajak'. Pastu I cakap kat Sazli, 'Ajak je la Apai, sian Apai'. Kerasssss je dia cakap tak payaaaah! Suruh dia pindah duduk Ampang dulu. Nape mengada nak duduk Damansara? HAHAHAHAHA. Tu pon sama jugak berkeras. Pastu I amek IGS, bebudak ni pergi bakar-bakar Apai cakap makan sedap and Apis cakap 'Sorry la Apai, kitorang makan sedap. Saz tak ajak nko'. Apai pon redha je la dapat kawan-kawan macam ni. Takde pon kecik hati, merajuk semua. Semua ni dah redha dah dengan perangai masing-masing. Kalau Atiq and Aliah lagi best, ajak ke tak ajak ke, dorang peduli apa. Datang jugak pon. Hahahahaha.

OK la. Macam malas dah nak taip. Penat. Bye.

-eNd-

3 comments:

cikel said...

Rindu kaksu.. Sampai kan hari ni saya masak sup ayam cara kaksu.. Saya just skip letak perencah adabi tu.. Memang terbaiklaaa..

Suria Amanda said...

Sedap plak tengok gulai ikan kembung tu ha...lama tak buat..nanti nak buat la...

Suria Amanda said...

Mak aiiii...sedapnya semua makanan...bila la i nak rajin amik gambar cecantik macam ni...