Tuesday, November 19, 2019

About Sunday and restaurant at Mytown

Assalamualaikum..

Hari Ahad I pergi Baagus untuk buat langsir 2nd floor and pergi Ikea nak beli Tissue dengan bekas sabun basuh pinggan. Bekas yang ketiga dah ni. Yang dedua tu dia punya muncung dah tercabut. Memang kualiti tak berapa bagus. Tapi sebab bekas tapak dia tu dah beli dekat Ikea, terpaksa la continue beli bekas dia. Nanti kali ketiga ni kalau jahanam jugak, I carik lain la. sebab dah frust Memula plan nak tengok cerita Terminator tapi Shein tak lepas pulak so tukar plan nak pergi Ikea lah. Kalau dekat MBO boleh je ni redah bawak masuk Shein. I nak sangat tengok. Sazli macam tak berapa suka sangat, tapi I paksa dia teman I jugak. Dari rumah, kitorang terus ke Baagus. Masa dekat Baagus tu, Si Shein mintak nak makan 'Chicken Hand' or Crab. Kalau dia nak Chicken Hand tu maksudnya Kyochon la. Shein 12 pcs tu dia sorang je. Boleh gaduh kalau nak mintak seketul je pon dari dia. Hahaha.

InsyaAllah Langsir dah boleh install Friday ni. Tak sabarnyaaaa nak tunggu siap. Betul la ada readers cakap, rumah ni kalau kita masukkan barang sikit-sikit baru la rasa excited dia. Kata Sazli next nak siapkan dapur pulak. Nak beli stool untuk Island, meja makan and lampu meja makan and island as well. Macam lampu, boleh beli dekat Houses Lightings Puchong je. I pernah share dekat entry ni. Next I nak cari pokok-pokok or  bunga pulak untuk hall. Korang kalau tau mana yang cantik-cantik boleh share dengan I. kalau bunga tu I suka la tulips and keladi. I more to daun-daun. Bunga orchid I suka so-so je but bunga yang meriah macam roses and English punya type, I tak berapa suka. Daun, rumput, Lilies... Yang tu I suka. Boleh imagine kan macam mana?


Harini Shein mau duduk belakang dengan Mama. Biasa dia sekarang duduk seat depan. I boss sorang-sorang dekat belakang.



Siap dekat Baagus, terus ke Mytown Cheras. Shein dalam kereta dah tido. Pastu sampai Kyochon sambung tido berbantalkan pinggan. Aci boleh je.


Dekat Kyochon sini dia punya yang pedas sedap. I ordered 8 pcs. Sazli and Shein share yang 16 pcs Soy and Garlic.


Tengok si Shein. Yang dekat tangan I pon dia ambik semula. Hahaha. Kedekut!

\
Siap dekat Kyochon, kita makan dessert pulak dekat Molten Chocolate Cafe. Si Shein masa ni tengah moody sebab tak sabar nak main dekat Playground. Lepas tu rimas sebab 'too many baby'. Hahaha. Padan muka.


I order Chocolate Waffle ni. RM22.00 harga dia. Good for 2 person. Sedap!


Siap makan baru la pergi Ikea. Shein memang akan duduk dalam Trolley ni la. Jangan harap dia nak berjalan. Hahahaha.



Btw I ada try 1 Korean Restaurant dekat Mytown ni. Goobne nama dia. Oven Roasted Chicken. Yang ni Volcano (Pedas manis level 2). OMG sedapnyaaaaaaa!!


Kalau rindu nak makan Sayap Ayam dekat Kundasang boleh la makan dekat Goobne ni. Rasa lebih kurang la.

Ni pedas Level 2. Kalau yang pedas giler pon ada.  But Level pedas no 2 ni pon I dah macam cacing kepanasan. Rasa macam nak terbalikkan meja pon ada. Hahahahaha. Pedas but makan tu macam tak boleh stop. So lepas ni I dah tau la mana nak makan dekay Mytown selain dari Kyochon dengan Sushi Zanmai. Shein boleh makan yang original or soy garlic tu. Yang tu pon nampak macam sedap je. Price OK la. If ambik Lunch set 8 pcs wings + air +  salad + rice harga dalam RM23.90 macam tu. Korang kena cuba. Level 3, sama level dengan Cinema and Sushi Zanmai. OK? Okbye!

-eNd-


No comments: