Friday, January 31, 2020

Live From Utara

Assalamualaikum..

Hi, I dekat Penang ni. Gila merajin update blog sementara Sazli pergi Solat Jumaat. Impressed ke tak? John and Cikgu Khairi datang jemput dia dekat hotel. Kitorang ada kat sini sampai Ahad and tujuan datang sini sebab Sazli and 'Adik-beradik Teknik Kulim' dia ni nak menziarah kubur Kasyfi and nak tengok anak-anak Kash. Sesambil tu singgah la dekat rumah memasing. Takde specific agenda pon. Cuma nak jumpa je semua (and semestinya nak makan sampai gemok). Kat sini ada John, Cikgu Khairi dengan Paklah ja. Apit takdak. So actually tak cukup quorum sebenarnya. Takpalah, ada rezeki nanti bila-bila boleh jumpa pulak. I ni dah kenyang giler ni. Makan tengahari tak lagi. Tapi tadi dah bedal Masi Timah punya Capati 3 keping lepas tu pekena Ais Sagat Sunquick dengan Maggie Goreng dekat kedai Kak Azam.

Rindu jugak nak balik Utara. Rasanya lama dah tak mai sini. Last was masa Tok meninggal rasanya. 2 years ago. Pastu takde dah. Now kat Umah Tok pon kosong, takde sesapa. Dulu masa Tok ada, rasa seronok balik kampung. Makan Maggie kat rumah Kak Azam and buat macam-macam activity dengan Irah, Fizah, Apit. Naik motor keliling kampung tengok Bendang. Seronok sangat! I sukaaaa suasana macam ni dekat kampung. Kampung I ada Kelapa Sawit, kampung Sazli ada Sawah Padi. Tapi tadi I tengok Padi kat tepi jalan macam tak hijau sangat lagi. Kitorang gerak dari KL dalam 430am and sampai sini dalam 8.30am macam tu. Dalam perjalanan I 2 kali je jaga. Dekat Ipoh Sazli berenti solat Subuh dengan bila dah sampai sini. Shein lagi hebat, takde jaga langsung. Hahahaha.


Rinduuuunya nak makan Capati Masi Timah. Macam biasa la, kalau I uli dia akan jadi macam Map. Jarang nak elok bulat. Susah eh nak jadi bulat. Bukan senang.



Masi buat capati sedap! Guna tepung atta + minyak sayuran + air. Measurement kena betul, baru dapat yang lembut and sedap macam ni. Dekat KL tak dapat la.


Yang Masi Timah uli elok je bulat. Depa ni keturunan Pakistan memang expert buat Capati. Kalau kakak-kakak Bapak buat uli sekejap je lepas tu tepuk tepuk macam mana entah eh tetiba dah bulat. I kalau tepuk-tepuk tu tetiba jadik selimut je. Lagi hebat.


Masi Timah and Siti Nohaliza beraksi di dapur. Masi ambik jugak tempahan buat Capati. Kadang-kadang sampai 200 keping. 4 jam nak bakar capati je. Upah RM50.00 huwaaaaaa. 


Makan dengan Sardine or Gulai Ayam. Kalau Capati I suka makan dengan Kuah Sardine. Kat sini sekeping harga RM singget setengah. Makan kena 2-3 baru puas.


Kami mai singgah sekejap je. Sempat ambik gambar kenangan dengan Masi Timah serta Irah satu keluarga. Marsya tu dah Darjah 6. Besar Dah. Afiyah umur dah 6 tahun. Bangga la Irah, dia letak Afiyah dulu pastu tetiba anak Siti Nurhaliza pon Afiyah jugak.


Sebelum check in hotel, singgah umah Arwah Tok. Terbayang-bayang je Tok duduk dekat kerusi depan lepas tu kitorang buat BBQ dekat garaj tu. I suka naik basikal kalau kat kampung. Pergi kedai beli bawang naik basikal. Lepas tu bersepah bawak basikal sebab nampak Anjing. Padahal Anjing tu takde kacau apa pon. Hahahaha. 


Alang-alang sampai, singgah la kedai Kak Azam. 


Ya Allah rindunyaaaaaaaaa. Ais Sagat Sunquick dengan Maggie Goreng Kak Azam. The best in the world. Harga semua ni RM4.00 je

Actually Kak Azam tak bukak lagi pon kedai. Tapi sebab kesian tengok muka I macam Penyu, of  coz la Kak Azam nak buatkan Ais Sagat dengan Maggie Goreng. Thank you Kak Azam. I peluk je dia tadi. Walaupon cuma jiran Tok, tapi rasa macam happy dapat jumpa. Jumpa Tok Su jugak. Sazli cakap dulu masa dia kecik-kecik, Tok Su garang. Marah dekat dia, Irah and Pon sebab naik kerbau dia. Tunggang sampai 3 orang. Hahahahaha. Best kan naik Kerbau? Rasa macam beruntung dapat rasa pengalaman dekat Kampung macam ni. Tak semua orang dapat rasa. Semoga Allah panjangkan umur Masi Timah, Kak Azam and Tok Su. InsyaAllah kalau ada rezeki, boleh jumpa lagi. Oklah I nak mandi now. Ready to menggemok. Huwaaaaa Penang why so cruel???

-eNd-

1 comment:

H said...

patutlaaa ramai sayang ksu.. balik kampung rajin tolong masak.. jumpa orang peluk.. mesranya.. sambil baca sambil imagine ksue peluk orang walaupun tatau muka kak azam macam mana :)