Friday, February 21, 2020

Assemoga Mak!

Assalamualaikum..

Throwback sikit entry harini. Time ni kitorang balik kampung last 2 weeks. Kebetulan semua adik beradik ada, so boleh la potong kek untuk Mak sempena birthday dia. Pastu I kena kutuk dengan Kakyang sebab beli Kek kat Pistachio. Dia kata now Jengka dah ada Secret Recipe, apesal tak beli kat sana? Mana tawuuuuuuuu. Hahahaha, Plan pagi tadi nak balik 10.00am dari KL, so Secret Recipe tak bukak lagi. Belasah je la Pistachio. Konsep dia asal ada kek. Sekali gerak dari KL tetap 12.30pm. Kah kah kah. Anyway, Happy Birthday GF! Kata dia yang ke 37. Kasik chance dia nak rasa muda. Hehe. Alhamdulillah Mak sihat lagi. Dah 73 tahun dah dia tahun ni. So far so good je. Alhamdulillah. Dia takde sakit-sakit kaki ke apa sebab dia pon tak gemok. Slim je. Pakai apa pon cantik, pakai tudung Indon pon cantik je sebab muka jenis kecik. Pakai foundation pon lambat habes sebab muka kecik. Kalau Kaklong, bedak dia paling cepat abes suka muka dia lebar. Haha. Dorang semua slim-slim je, tak tau apesal yang aku paling pendek, paling gelap, paling debab among all siblings. Mana la keadilan dalam dunia ini. Sobs. Naseb la Mak pon pendek, so kita ada geng lah. Hahahaha. 

Dah lama dah jugak Mak single (cecece single). Since 2007 lagi lepas Arwah Ayah meninggal. Dulu tanya Mak bila nak kawen dia cakap dia target dua orang. Nik Aziz dengan Pak Lah. Nik Aziz dah meninggal, Pak Lah dah meninggalkan dia kawen dengan Jean so tinggallah Mak keseorang sampai harini. Sesuka hati je target Nik Aziz dengan Pak Lah. Hahahahahahahha. Tau Mak gurau je. Actually kita pon pesan dengan Mak, takyah la nak kawen dah tuwe-tuwe ni. Kang nanti kena layan laki. Mana nak masak, nak teman borak. Nanti stressed. Nak beribadat pon susah. Dapat pulak nanti cucu-cucu dia datang rumah kita, lepas tu sepahkan rumah Mak acane? Tak Mak, kitorang yang heart attack. So tak payah la kawen. Tapi kata Mak, 'Buang tebiat ke nak kawen lagi dah senja-senja ni?' Hahahahaha. Kitorang saja je sakat dia.


Anak-anak Mak. Dari kiri : Kaklong, Mak, Siti Nohaliza and De.  Ada iras tak kitorang? Kaklong tu banyak ikut muka Ayah. Macam Cina. 



Anyonyo birthday girl ni. Comel je dia. Happy Birthday Mak! Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan and dalam lindungan Allah, dunia dan akhirat. Sayang you sangat tau? Bak duit.


Kakyang pon masuk gambar jugak. Tengok la keturunan dorang ni semua tinggi-tingi lah. Ikut Atok dia. De kain takyah nak princess sangat. Jangan nak caras I. Ingat? Gambar masuk blog yang I cantik je. Hahahaha.


Ni semua yang ada. Kalau ada family Along, dah complete dah. Oh dengan Edi takde. Dia pergi ride. 'Koi nak ride, koi ride'. Ni motto orang suka ride, takot bini marah tapi in-denial. Hahahaha. Shein takde dalam gambar sebab dia buat bebal, taknak ambik gambar. Mendapat la I tak kawan dia 4 jam. Becinta sungguh nak ajak bergambar. Hangen je I.


Kek Pistachio yang menjadi perdebatan pada hari kejadian. Kenapa bukan Secret Recipe???? Hahahaha. Bengang je memasing. Aiman sorang je appreciate Kek ni. Yang lain pandang pon taknak. Eksyen dorang ni semua.


Setahun lebih dah rumah Mak siap. Sekarang bilik semua ada aircond. Takde dah issue panas nak balik kampung. Kita semua sangatlah berasa gembira. Nak baca entry rumah, dekat sini. 


Mak ni tangan dia sejuk. Tanam apa pon menjadi. I tanam pokok pandan yang dah ada akar pon mampos. Sama dengan Sazli. Rumput dah siap buat fumigation pon setel dah semua. Habes RM5k macam tu je. Ni dia cakap nak tanam balik. I tak setuju. Kalau letak artificial grass I OK.


Tengok hijau daun dia. Dah la debab-debab. Keliling rumah Mak tanam pokok bunga tau? Best! Rasa segar je. Especially bila bangun dari tido. Kat kampung ni pulak kalau pagi sejuk berkabus je. 


Ni la ketua pokok-pokok ni semua. Abang Long. Dia yang rajin berkebun. Dia sorang je la tapi. Yang jantan lain semua tak minat. Maybe faktor usia. Yang lain minat lebih kearah tido dalam bilik. Haha.


Pokok pan tu, I rasa hidup dari zaman I kecik sampai la sekarang ada.

Kitorang kalau kat kampung, activity masak, makan, masak, makan and repeat. Sebut je nak makan apa, zaaappppp buat. This time balik kita buat Tepung Bungkus dengan Mee Tulang. Ya Allah rasa macam banyak giler makan. Tu nanti la I buat dalam entry lain kalau ada yang nak mintak resepi. Bebudak ni dah dapat berkumpul macam ni, tido tak 2.00am, memang tak sah. Shein pon happy la ada Amsyar. Asyik tanya je, 'We tak go home Mama? Tak go Hotel House? I want to stay with Amsyar'. Dia dah besar dah. Tau-tau hilang je ikut Amsyar tempah baju. Mana dia kesahkan I. Masa first day tu je kita gaduh 4 jam tak friend sebab dia taknak ambik gambar. Nanti Raya nanti satu hal. Geram je.


Wei, Bapak leceh nak buat. Ni kalau orag jual berapa RM eh satu? Kalau suruh I jual, RM8.00 satu hahahahah. Mana nak buat inti, pastu ada pulak kena balut, lepas tu ada pulak kuah pekat amenda entah. Leceh giler.


Tapi memang sedap la tepung bungkus ni. Berbaloi la buat leceh.


Mee Tulang. Bapak sedap!


Ni la kawan Mak kat rumah. Shein kejap panggil Labu (Kelabu). Celah mana yang Kalabu ko ni Shein? Kekadang dia panggil Comot sebab terpengaruh Ejen Ali. Now nama dia jadi Sajat sebab dia cantik. Ada sekor lagi buruk boleh tahan. Ada jiran bagi. Kitorang panggil Mok Kay. Mok Kay ni kan assistant Sajat? Hahaha. Suka-suki je.


Nak pon ambik gambar. Tu pon bila I jeling Shein sampai nak terkeluar bijik mata. Shein and Amsyar. Sebaya. Beza 5 bulan je.

Best la balik kampung sama-sama macam ni. Seronok berkumpul adik beradik. Esoknya kitorang balik KL, Gerak lambat jugak around 5.30pm macam tu. Sampai lepas Temerloh, ada accident. So jem tak gerak dekat 2 jam. Tapi tak memberi effect pon dekat I sebab I jenis masuk kereta, terus Hongkong. Sama naik dengan Shein tido. Tau-tau je dah sampai. Sazli cakap jem dia tak bergerak sampai dia boleh keluar kereta, sapkok la sebatang dua. Dah lama tu, baru la I terjaga. Nampak la ada yang meninggal. Maybe sebab tercampak keluar, tak pakai seat belt. Haritu pon hujan lebat. Probably jalan licin. Dia accident langgar divider sorang-sorang je. Innalillah..... Sedih kan? Entah sapa yang tunggu dia kat KL. Tau-tau meninggal. Haih. Makin berusia ni, makin la dekat dengan kematian. Kalau ajal tu, tak cepat tak lambat. Amalan lagi tak cukup, hati pulak tak setel down. Marah sana, marah sini. Dendam sana sini. Tak takot ke? Hurm...

-eNd-

No comments: