Friday, May 22, 2020

Resepi Koko Krunch Cookies Yang Sedap!

Assalamualaikum..

Semalam dalam pada busy with MS Meeting pagi jejak ke petang, sempat jugak buat 1 jenis Cookies lagi dengan Dyba and Intan. Plan nak buat another round Choc Chips Cookies tapi stock choc chips dah takde and nak beli kat mana-mana pun dah takde so I buat Koko Krunch Cookies je. Resepi ambik dalam internet but I improvise sikit sesuai dengan tekak I and letak dalam paper cup. I teringat dulu masa sekolah, pernah makan Cookies macam ni. Dulu ada la cari dekat penjual Cookies serata KL but memang takde jumpa. Semenjak dah poyo ala-ala Bakers ni, I decide untuk cuba sendiri. Try and error. Saspen jugak takot biskut ni kembang sebab ada letak baking powder. Lepas tu I nak dia rasa rangup. Base on previous resepi yang I try buat time buat Cornflakes Cookies tu, I tengok dia letak tepung jagung and only egg yolk lepas tu dia rasa rangup. So search-search I jumpa resepi macam yang I imagine. I ubah sikit letak oreo crumb and chocolate powder (sebab ada 2 kg I beli haritu hahahahaha). Turn out rasa sangat sedap! Shein pon suka. Ask untuk buat more. Dapat la 5 balang kecik, harini tinggal 1 balang je. 2 balang bagi pada Dyba and Intan. Perrrghhh laku keras. Mentang-mentang la sedap. Cheeewah! 


Koko Krunch Cookies. Yummy!



I suka letak dalam paper cup sebab one time boleh letak banyak-banyak. Kalau dia kembang, dia kembang dalam cup je. 1 adunan ni dapat dalam 165 pcs macam tu.


Resepi Koko Krunch Cookies

Bahan-Bahan
250gm mentega
180gm gula perang
2 biji kuning telur

1 tbs essence vanilla
300gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikabonat
100gm coco crunch - kisar halus
50gm oreo crumb

2 tbs cocoa powder
chocolate rice secukupnya

Cara-cara
1. Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat. Satukan dengan serbuk coco crunch dan oreo crumb. Gaul rata, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula perang hingga berkrim. Masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga sebati. Masukkan essence vanilla.
3. Masukkan campuran tepung sedikit semi sedikit, gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 10 minit.
4. Ambil doh sebesar ibu jari, gentel bulat, golek didalam chocolate rice dan letak kokoa crunch.
5. Bakar pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.




Dah siap bakar, tak kembang pon. Yayyyy!!


Tachiu Dyba datang tolong. Tak plan pon nak buat Cookies tapi tetiba buat. Alhamdulillah dapat kitorang berkumpul bersama selepas 2 bulan lebih tak jumpa.


Intan ni memang all the time pakai stoken sebab dia cakap rumah I sejuk. Memang pooooon. Aircond dekat hall sekali pasang 2 terus. Sazli suka sejuk-sejuk.


Nkorang try la eh Koko Krunch Cookies ni. Sedap sangat! Manis dia just nice and rasa rangup. Tak sangka I boleh improvise resepi lepas tu jadik. Hebat I. Hahahah. (Kasik chance)

Siap buat Cookies I bagi sorang sebekas. Memula bagi bekas kecik, tetiba kesian la pulak. lama Dyba nak menggentel cookies ni. Ni kalau buat sorang memang 2-3 jam la baru siap. Buat bertiga macam ni sekejap je dah siap. Tu pon Intan last minute baru tolong. Kalau dari awal dia tolong lagi la cepat siap. Dyba hari semalam dia kena pergi office. Lepas tu balik dari office dia singgah la rumah I kejap. Happy dapat jumpa Dyba. Tak sangka dia boleh drive. Dia kan pendek, bawak kereta pon guna lubang hidung. Hahahahaha. Tapi menurut Izzah, Dyba bawak kereta laju. Seraaaaaam. I tak pernah lagi naik kereta Dyba bawak. Macam tak confident pon ada. Hahahahaha.

-eNd-

No comments: