Tuesday, November 15, 2022

Hi. Newbie Cyclist Here.

Assalamualaikum..

Actually, dekat setahun jugak la I try to convince Saz untuk bagi I cycling. Dia tak bagi I MAYBE dia rasa I akan hangat-hangat taik ayam. Lepas tu macam-macam la masalah lain seperti tak harap untuk tinggal Shein dekat maid kalau kitorang keluar sama-sama cycling and also maybe dia malas nak semak-semak I menyebok ikut dia cycling dengan kawan-kawan kot? Hahahaha. I ingat lagi masa I mintak last year, time tu I tengah sebok baking and handle order Avenys. Padahal I sendiri pasti yang I takkan ada masa punyalah sebab baking pon kadang-kadang lebih 12 jam sehari, celah mana pulak yang I nak cycling kan? Tapi time tengok dia macam seronok sangat jeeeee. Pagi petang weekend Sabtu Ahad pon keluar cycling, mana boleh jadi. I ni jarang-jarang la nak jeles-menjeles tapi apesal macam seronok sangat cycling ni I tengok? Meh I nak try jugak! Hahaha.

Dalam 2 bulan lepas, si Aliah dapat dia punya basikal. Eh mana boleh jadi kan? I nak kena ada jugak ni. Selepas sesi memujuk Saz berjaya, zapppp terus kitorang pergi ke Cyclelogy Bangsar untuk beli basikal I. I nak jugak jenis Trek sama macam Saz (Taknak kalah) tapi jenis paling basic punya. Jenis Domane AL 5 entry level. Kata Saz paling kalau dalam TREK ni jenis paling cikai la. Jahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat! Tapi cikai-cikai pon RM4k jugak. Ke berapa eh? Entah. I tak sure berapa harga. Hahaha. I ikut je apa Saz pilih. Dia cakap tak payah beria nak jenis carbon ke apa sebab dia takot membazir and I nak naik sekali dua je. Basikal ni dia punya accessories yang mahal. Macam haritu I beli helmet, spek, glove, bib, jersey semua dah boleh dapat seketul lagi basikal. I punya concept, tak minat takpe tapi mesti with style. Baju seluar kena MAAP. Poyo kan? Padahal malam tu first time I try cycling dapat 8km je pooooon. Dah la sakit bontot. Aduhhhhhh. Memang hampir-hampir dah give up tapi I kena kuat semangat demi menjaga imej I sebagai seorang athlete. Haha.


Ni second time I try route Bahulu Klasik. First time dengan Aliah and Atig. Ni kalau memula nak main basikal, untuk Langat area kena datang sini. Pergi balik sampai simpang nak ke Peres tu dapat la dalam 23km. Nampak dalam gambar macam tenang kan? Ni padahal I baru lepas muntah first round. Ada ceria kelakar time ni. Cita-cita tinggi, konon nak sampai simpang Tekala dalam 16km lagi, tapi time ni perut I tak kasi kerjasama. Time ni la aku nak berak. Cis!

Nak taknak, kena la cari toilet kan? So I kena turun balik dalam 400 meter and cari la mana-mana homestay untuk tumpang buang air. Si Shanom teman I cari port. Pastu kitorang dah macam hari raya. 'Assalamualaikum.... Acikkkkkkkkkkkkkkkkkk. Ada dekat rumah tak???' Haha. Ada la 4 biji rumah I kasi salam. Last-last masa tahik dihujung tanduk (yang tinggal lepas je nafas, berterabur la taik. Muka I time ni dah biru dah tahan berak), ada la 1 Abang ni bukak gate. Shanom cakap 'Bang, boleh tumpang toilet tak? Bukan saya. Kawan saya ni. Dia dah tak tahan nak buang'. WOW sis, peramah sungguh you. Cakap nak tumpang toilet je tak boleh ke? Siap justify 'kawan saya ni'. Hahaha siot Shanom. Shanom takpe la sebab dia masa sampai-sampai yang nak parking tu, dia dah tumpang berak kat rumah yang kitorang parking tu.

Setel membuang, kitorang climb balik ke simpang Peres tu. 200 meter je climbing. Tapi semput dia macam nak putus nafas. Untuk yang dah biasa memang la takde apa. Ni kitorang yang baru acah-acah naik basikal mana la nak larat. Tak pasal-pasal 2 kali kena panjat bukit. Semua pasal nak berak. Lepas ni kalau nak cycling jangan la ambik OJD (detox drink), takot nak berak merata. Shanom cakap kat I suruh berak je dalam hutan. Abes basuh macam mana? Selet dengan daun? Euuwwwww. Haha.


Muntah lagi sekali. Rasakan! 

Kata Sazli, time ni muka Shanom dah pucat. I pon dah 2 kali muntah, jom je la patah balik ke Bahulu Klasik tempat kitorang park tadi. Nak push pon tak guna. Pengsan nanti, satu hal pulak nak angkut bawak balik. So kitorang pon decide untuk balik je la. Actually cycling sini OK je. Yang I tak larat tu cuma nak climbing tu je. 200 meter yang seksa. Yang lain OK je. But I suka sini. Kereta tak banyak and dia bukan jalan utama. So kurang la risiko nak kena langgar ke. Actually cycling ni bahaya especially kalau city ride. Kereta banyak. Cuma kalau fikir bab risiko, apa pon tak jadi. Duduk je kat rumah, karaoke. Yang tu tak bahaya and takde risiko. Sapa kata takde risiko? Adaaaaaaa. Try lagu ziana zain barang 5 lagu. Cukup lagu ke 5,  buasir. Hahahaha.

Sebelum  balik, pekena dulu Nasi Lemak dekat Bahulu Klasik. Carbo loads macam baru siap ride 80km. Haha. Sazli paling penat la sebab dia yang kena siapkan basikal. Isi angin, isi air dalam botol, bawak turun basikal dari tingkat 2, sediakan semua barang, masukkan dalam kereta dedua bijik basikal. Pastu bila dah balik kena cuci basikal, cuci baju semua. I takde buat apa. Balik terus mandi. Lemak kan? I rasa Saz sekarang sure menyesal bagi I naik basikal. Tapi menyesal pon dah tak guna bang. Nasi dah jadi bubur. Redha dan restui aje la I dengan basikal ni. Okbye!

-eNd-


1 comment:

edlidza said...

part berak tu tak bleyyyyy tahan !!! hadoiiii lahhh..