Showing posts with label cycling. Show all posts
Showing posts with label cycling. Show all posts

Tuesday, November 15, 2022

Hi. Newbie Cyclist Here.

Assalamualaikum..

Actually, dekat setahun jugak la I try to convince Saz untuk bagi I cycling. Dia tak bagi I MAYBE dia rasa I akan hangat-hangat taik ayam. Lepas tu macam-macam la masalah lain seperti tak harap untuk tinggal Shein dekat maid kalau kitorang keluar sama-sama cycling and also maybe dia malas nak semak-semak I menyebok ikut dia cycling dengan kawan-kawan kot? Hahahaha. I ingat lagi masa I mintak last year, time tu I tengah sebok baking and handle order Avenys. Padahal I sendiri pasti yang I takkan ada masa punyalah sebab baking pon kadang-kadang lebih 12 jam sehari, celah mana pulak yang I nak cycling kan? Tapi time tengok dia macam seronok sangat jeeeee. Pagi petang weekend Sabtu Ahad pon keluar cycling, mana boleh jadi. I ni jarang-jarang la nak jeles-menjeles tapi apesal macam seronok sangat cycling ni I tengok? Meh I nak try jugak! Hahaha.

Dalam 2 bulan lepas, si Aliah dapat dia punya basikal. Eh mana boleh jadi kan? I nak kena ada jugak ni. Selepas sesi memujuk Saz berjaya, zapppp terus kitorang pergi ke Cyclelogy Bangsar untuk beli basikal I. I nak jugak jenis Trek sama macam Saz (Taknak kalah) tapi jenis paling basic punya. Jenis Domane AL 5 entry level. Kata Saz paling kalau dalam TREK ni jenis paling cikai la. Jahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat! Tapi cikai-cikai pon RM4k jugak. Ke berapa eh? Entah. I tak sure berapa harga. Hahaha. I ikut je apa Saz pilih. Dia cakap tak payah beria nak jenis carbon ke apa sebab dia takot membazir and I nak naik sekali dua je. Basikal ni dia punya accessories yang mahal. Macam haritu I beli helmet, spek, glove, bib, jersey semua dah boleh dapat seketul lagi basikal. I punya concept, tak minat takpe tapi mesti with style. Baju seluar kena MAAP. Poyo kan? Padahal malam tu first time I try cycling dapat 8km je pooooon. Dah la sakit bontot. Aduhhhhhh. Memang hampir-hampir dah give up tapi I kena kuat semangat demi menjaga imej I sebagai seorang athlete. Haha.


Ni second time I try route Bahulu Klasik. First time dengan Aliah and Atig. Ni kalau memula nak main basikal, untuk Langat area kena datang sini. Pergi balik sampai simpang nak ke Peres tu dapat la dalam 23km. Nampak dalam gambar macam tenang kan? Ni padahal I baru lepas muntah first round. Ada ceria kelakar time ni. Cita-cita tinggi, konon nak sampai simpang Tekala dalam 16km lagi, tapi time ni perut I tak kasi kerjasama. Time ni la aku nak berak. Cis!