Monday, June 22, 2009

Update Pasal Nikah...

Pasal I ngada tanak tegakkan muka, hasil gambar semesti la jugak senget

Alhamdulillah... Majlis akad dah selesai dah... Harini I dah bergelar Cik Puan Suraya.. Ceh! Nak jugak ada 'cik' kat depan walaupun so obvious dah kawen. Pagi ni I jalan gi kentin dengan malu-malu pasal semua orang cam nak tanya, 'dah main ker belum?'

Jawapannya tentulah rahsier pasal ni kisah rumah tangga, mana bley citer kat orang... Tetiba rasa cam bensi dengan soklan2 camtu, padahal dulu masa kawan-kawan I kawen, tu la soklan fav I. Sekarang ur turn Suraya. Tapi taper, I kasik clue ok? Haha

Clue nya berbunyi begini. 'I offiicially stay together after 4th July 2009' Ok Bye!

Dah dah. Walaupun sekarang I rasa kurang berdosa kalau tengok porn dan layak untuk menengoknya sekarang, tapi I tetap rasa malu. Haha.. Pesal topik kali ni mcm mengada dan berunsur 18sx I pun kurang pasti, tapi kawen seronok la, pasal selalu bley ugut Saz.

'Sayang, U kan suami I, so U kena belikan I air teh bunga, pasal I malas turun kereta'. Ataupun, 'Sayang, i nak duit banyak-banyak'. Hahahaha... Pastu Saz dah la best, pasal masih sama cam dulu. Tadek la nak guna kuasa veto dia and still jugak respek my decision. How lucky I am dapat hubby yang baik cam dia. Dah la dia tinggi.. I mmg suka lelaki tinggi2 ni. Pastu tetiba sekarang terasa cam stim. Hahahah

Sah-sah semua palang blog I pas ni pasal asyik cerita menda2 tak senunuh. Hahahaah. Dulik!

Sebenarnya I nak citer pasal Majlis Akad I. Tu la tujuan nak post entry baru pagi ni. Tapi pasal gambar semuanya ada pada Mr. cameraman, so tak dapat la nak tunjuk gambaran sebenar disebalik majlis akad. Tapi takper, I cerita jugak, pastu nkorang imagine la sendirik eh?

Pasal i terlalu rajin, maka I kasik point2 jerk.

  • Majlis berlangsung di Felda Villa Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

  • Make up oleh Ayang Kamell. Dia ni dah la kurus, muka cantik giler smpi I jeles. Dia punyer make up memang superb dan I rasa sangat worth it untuk spen my money for RM550/session. Pasal hasilnya I sangat suka. Tetiba muka I jadik kurus walaupun I setaraf kuih apam terlebih yis

  • My cameraman Roland Hashim plak bawak team yang sporting giler semua pakai baju kaler merah. Ada 6 orang termasuk 2 orang video man. Ramai plak cameraman dan terasa cam artis pasal ada ramai yang tgkp gambar padahal i kerja Felda jerk, dah tu pulak cuma setiausaha yang kurang kerja

  • Package kat Felda Villa untuk nikah yang stendet ialah RM3,000 - makan untuk 50 orang, mini pelamin, back drop, bilik pengantin untuk bersiap, cd and lagu pengantin, pengawal keselamatan dan tempat kereta percuma

  • Tapi pasal I tamak dan ada my Brother In Law nak sponsor so I got another 30 pax (Rm30/pax) and dapat extra 2 lauk iaitu tiger prawn and isi ikan masak menda ntah yang kedua2 lauk tu for RM450/lauk. total sponsor ialah +-RM1800

  • Pastu I mintak team Felda Villa sesungguhnya berusaha menampakkan yg team I merah+putih berjaya. They did it! And yang paling besh memang semua yang datang pakai kaler merah + putih. Walaupun ada yang pakai kaler itam+kuning, tapi kaler merah tompok2 tu tetap nampak. Best best.

  • Tetamu datang I rasa more than 80 person and yang best ialah makanan ada banyak lebih.

  • Cuaca malam tu pulak cerah, tak hujan and ada bintang2 berkelip. Syukur alhamdulillah... Harap2 la majlis di Pahang nanti tak hujan jugak.

  • Terima kasih untuk Nadia, Intan, Farah+Khairi, Suraya+Farok, Kak Nini, Kak Tonah, Mas, Atin, Miza, Abg Yut + GF and Faoziah Gous kerana sudi datang. Poja, seb bek ko datang lambat, kalo ko datang awal, sah2 I dah tak dilayan oleh semua tetamu yang hadir. Hehe

  • U guys rawk ok! Esp bebudak DanDan. Fairuz, Acap, Zareff, Zack, Joe and gf+wife masing2 really make me happy.. Thanx a lot

  • Majlis tamat dalam pukul 10.45pm, terus gi amek gambar kat bilik pengantin rumah Saz and amek gambar kat studio plak. Dekat-dekat midnite baru semua selesai.

  • Hari semalam petang I nanges pasal terlalu penat. Dalam kepala dok fikir, ada lagi 2 majlis untuk diselesaikan...

Ni bunga tangan, I buat sendirik jerk. Beli bunga ros 20 kuntum ngan peacock 3 tangkai, pastu flower holder tu RM7 jerk. Potong2 dan cucuk2 jerk bunga tu. Budak darjah 3 pun boleh buat. Cuma kena pandai mana nak carik bunga2 tu kat tempat yang murah-murah sikit. Seperti Chow Kit or Petaling Street. Hasilnya, dapat fresh flower yang harga tak sampai seratus kalau buat sendiri tapi more than RM200 kalau beli kt mana2 kedai bunga. Jimat kan?


Ni la rupa pangkin kat Felda Villa. Tempat bebudak DanDan lepak makan. I gugel jerk gambar ni. Bukan seperti kat Majlis Akad I





Felda Villa kalau pandangan dari luar waktu siang. Dia kunon2 ala-ala majlis dalam taman la. Jugak hasil dari gugel. Ntah sapa tuan punya badan la gambar ni. Mintak ampon....

-EnD-

P/s : Gambar-gambar lain, nanti dah dapat dari Roland, I apdet. Ok. TQ.

6 comments:

Anna Dayana said...

Where's my picture Pn. Suraya?
tak sabar nak tgk pic2 yg lain..
Kaksu time tu mmg lawa n bj akad nikah mmg sangat lah cantik..
Tak sabar lak nak kahwin n akad nikah macam kak su bjuat tu.. (kenapa intan suka tiru kaksu?) i dot noe...

Chooyaya! said...

intan : u pix with kak tonah kan? kaksu suruh dia bawak, tp dia EL today... nanti later i masukkan la...

intan kalo puji kaksu time dlm blog jerk. live tadek plak. mesti intan dengki pasal intan tak kawen lg. kan kan? hahahahha

faridzul laily fudzali said...

kakak airiel?
0_o

Chooyaya! said...

faridzul : tak la, auntie dia...

Anonymous said...

Abg Yut & GF?GF...........
bukan bini org ke?

Chooyaya! said...

bini org ker? kekekekek. mana la i tau... dia skarang da banyak raseir ler...