Tak boleh jadik ni, Intan dah hapdet blog dia. Tanpa buang masa, sambil jari gigil kesejukan pasal cahaya keimanan berpuasa hari ni, gagah jugak I buat entry baru. Dasar pendengki pada Intan! Tau la family Intan ada kereta Exora. Pastu dia nak beli kereta baru sendiri. Dah la harini dia buat sanggul ala-ala secretery gedik. So, atas sebab tu, maka I pun nak apdet blog jugak la.
Iklan : Bulan puasa kena kurangkan bercakap pasal mulut bau kuda. Tapi pasal kurang bercakap, Kak Ros cakap I pretnen dan jadik pasif selepas kawen. Muahahahahah
Ni ha, nak cerita semalam dulu, hari Sabtu I balik kampung kat Pahang. Seronoknya dapat sambut puasa dengan suamiku, Mak janda and De sekeluarga. Kaklong, Ayang & Kasih pun ikut kitorang. Abg Long tak ikut pasal dia ada banyak tanggungjawab pada Dewan Perdana Felda tu. Kang tak beroperasi plak tempat tu kalo dia tadek.
Dalam pukul seplo kitorang gerak dari KL. Kasih pulak minum air ribena dengan kek soklat dia atas pangkuan I, terus cakap kat kat Kasih, 'Kalau Kasih sayang Makcik, kek tu tinggalkan makcik okeh?' Pasal masa tu, I tengok kek coklat tu mcm sedap giler... Melting jerk coating coklat dia.. Aduh.... Tak tahan....
Sampai kat kampung, dalam kol 2.00pm kami dah start masak. Hari ni Kaklong buat bubur lambuk simple dengan Soto Ayam. Sedap giler! Kuah dia tu bubuh susu cair supaya lemak berkrim disukai ramai. Buat plak bergedil sebesar penumbuk. Puas hati. Tapi biasa la, time eksaited nak makan tu, sekeping gambar pun tak sempat nak snap. Hehe.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Singgah kejap kat U'Mart, mak cakap nak beli Softlan. Kata jerk nak beli Softlan, tapi sebenarnya Daiya. Bagi mak, semua pelembut kain ialah softlan.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sebelum berbuka, banyak pulak lalat. Terus Sasha ambik bendera malaysia, buat kibas lalat. Kretif jugak budak kecik ni. Dia dengan Kasih, dari mula sampai sampai la balik, asyik berkawan jerk. Tak reti nak tidur. Berenti main bila nak minum zuzu jerk. Rapat sangat dorang ni. Ada skali, Kasih suruh Sasha dukong dia, pastu Sasha cakap macam ni, 'Adoi.. Sakit belakang aku'. Mak ai, macam orang tua-tua jerk cakap bebudak zaman skarang ni.
.jpg)
.jpg)
Masa hari Ahad pagi, Ngah sekeluarga datang umah mak kejap. Ada Ayiel dengan Wanie jugak. Dorang balik berpuasa dengan family. Pasni Ngah nak hantar Ayiel balik UiTM Melaka, Si Wani balik Uitm kat Negeri Sembilan. Eh? Ada ker UiTM kt Negeri Sembilan?
Ok, sekian laporan Balik Kampung Tanam Jagung. Sajer jerk tulis macam tu, padahal tadek pon tanam jagung ker, keledek ker, ubi kayu ker... Muahaahhahaha. hari Sabtu pukul 3.00pm kami dah gerak balik KL. Sazli tak larat nak drive balik lepas berbuka. Ngantuk nanti. Singgah Temerloh, bungkus Ikan Patin Masak tempoyak.. Perrrghhh...!!!
-EnD-
3 comments:
alamak..nama dia kasih..auwwww.. syoknyer begedil beso penumbuk! ai like...
ha ah, sama ngan anak hang. asal nama kasih jerk comel, asal comel jerk kompem nama kasih. bergedil sebeasr penumbuk tu bagus tau? makan skali jerk, pastu tak mintak dah. kalo makan sampai 2 ketul, mungkin ada bela jin dalam badan.
balik hari sabtu ke ari ahad?
huish...
Post a Comment