Wednesday, August 26, 2009

Balik Kampung Makan Jagung

Tak boleh jadik ni, Intan dah hapdet blog dia. Tanpa buang masa, sambil jari gigil kesejukan pasal cahaya keimanan berpuasa hari ni, gagah jugak I buat entry baru. Dasar pendengki pada Intan! Tau la family Intan ada kereta Exora. Pastu dia nak beli kereta baru sendiri. Dah la harini dia buat sanggul ala-ala secretery gedik. So, atas sebab tu, maka I pun nak apdet blog jugak la.

Iklan : Bulan puasa kena kurangkan bercakap pasal mulut bau kuda. Tapi pasal kurang bercakap, Kak Ros cakap I pretnen dan jadik pasif selepas kawen. Muahahahahah

Ni ha, nak cerita semalam dulu, hari Sabtu I balik kampung kat Pahang. Seronoknya dapat sambut puasa dengan suamiku, Mak janda and De sekeluarga. Kaklong, Ayang & Kasih pun ikut kitorang. Abg Long tak ikut pasal dia ada banyak tanggungjawab pada Dewan Perdana Felda tu. Kang tak beroperasi plak tempat tu kalo dia tadek.

Dalam pukul seplo kitorang gerak dari KL. Kasih pulak minum air ribena dengan kek soklat dia atas pangkuan I, terus cakap kat kat Kasih, 'Kalau Kasih sayang Makcik, kek tu tinggalkan makcik okeh?' Pasal masa tu, I tengok kek coklat tu mcm sedap giler... Melting jerk coating coklat dia.. Aduh.... Tak tahan....

Sampai kat kampung, dalam kol 2.00pm kami dah start masak. Hari ni Kaklong buat bubur lambuk simple dengan Soto Ayam. Sedap giler! Kuah dia tu bubuh susu cair supaya lemak berkrim disukai ramai. Buat plak bergedil sebesar penumbuk. Puas hati. Tapi biasa la, time eksaited nak makan tu, sekeping gambar pun tak sempat nak snap. Hehe.

Ah....! Busan dah dengan sytle Kaklong ni kalo orang snap muka dia. Musti nak buat muka cantik ala-ala menjeling manja la... Tau la baru rebonding. Tapi pasal Kaklong masak sangat sedap, gambar dia I bubuh nombol 1.

De, kalau ko buat rambut macam ni, dah macam maid Indon jerk aku tengok nko De. Kata Kaklong, gambar De buruk, suruh amek lain, tapi De cakap, takper... Bukan orang ada kenal dia pon dalam Blog I. Owh, ni gambar de tengah tumbuk kentang goreng yang nak buat bergedil dengan bersungguh-sungguh. Pastu kejap-kejap kami cium kentang tu, amek aroma dia.. Harumnyaaaaaaa......... Bulan puasa ni, kulit kentang pun bau KFC.

Ok, bila dah siap masak semua, kami pergi Bandar Pusat Jengka nak beli murtabak hubby I. Masa dalam kereta I tanya Sasha, 'Sha, puasa tak harini?' Dia jawab, 'Sha pocer la...' Puasa hanggok hang! Yang tadi dok bantai makan coco cruch sekuali tu menda?

Sasha ni nakal sangat. Abg dia si Aiman tu dah la melepek macam separuh mati pasal puasa. Pastu dia boleh datang kat Abang dia yang tengah baring tu, pastu sambil minum air sarsi, dia cakap mcm ni, 'Abang, teka air ni rasa apa?' Apa lagi, Aiman terus sakit perut, nak mintak bukak puasa kat Ibu dia. Kompem la dapat siku. Muahahahhaha


Singgah kejap kat U'Mart, mak cakap nak beli Softlan. Kata jerk nak beli Softlan, tapi sebenarnya Daiya. Bagi mak, semua pelembut kain ialah softlan.

Macam ni la sesaknya dekat Pasar Ramadhan Bandar Pusat Jengka. Kenapa Bandar Pusat eh? Kenapa tak Pusat Bandar? Ntah. Sesak napas I. Giler ramai macam haper ntah. Padahal baru first day puasa. I sempat beli ikan sepat pekasam jerk. Pastu tak tahan dengan bau kuda, terus lepak kat tempat orang jual murtabak.


Alololo... Shiannya Sasha dengan Kasih. Dah la dorang dua ni puasa yang yang yok. Jenis puasa yang kalo dah makan, pastu puasa balik.

Budak ni kelakar la, lepas I snap gambar dia, terus jadik peramah dengan I. Siap suruh duduk dulu kat kerusi yang ada kat situ.

Otw nak balik rumah. Tengok muka Kasih, melebihkan orang yang puasa jerk... Menyorok dekat belakang 'Abang Sali'.. Bebudak ni panggil Sazli, Abang Sali tau? Puas dah ajar panggil 'Pakcik'. Banyak cantik dia. I yang muda remaja ni kena panggil makcik, dia berabang-abang plak. Mana aci!

Ok ok. Last. Buat peace semua eh? Muka Kasih masih lagi macam tadek perasaan. Dah bosan la tu I suruh posing jerk. Muka Sasha pulak tetap menggedik. Pastu marah-marah ngaku dia lagi putih dari Kasih. Padahal kulit dia coklat cair.



Sebelum berbuka, banyak pulak lalat. Terus Sasha ambik bendera malaysia, buat kibas lalat. Kretif jugak budak kecik ni. Dia dengan Kasih, dari mula sampai sampai la balik, asyik berkawan jerk. Tak reti nak tidur. Berenti main bila nak minum zuzu jerk. Rapat sangat dorang ni. Ada skali, Kasih suruh Sasha dukong dia, pastu Sasha cakap macam ni, 'Adoi.. Sakit belakang aku'. Mak ai, macam orang tua-tua jerk cakap bebudak zaman skarang ni.


Ayang dengan Pak De dia (suami De) meronda-ronda naik motor sementara tunggu waktu berbuka. Kunon best la buat posing macam nak tembak I tu.



Masa hari Ahad pagi, Ngah sekeluarga datang umah mak kejap. Ada Ayiel dengan Wanie jugak. Dorang balik berpuasa dengan family. Pasni Ngah nak hantar Ayiel balik UiTM Melaka, Si Wani balik Uitm kat Negeri Sembilan. Eh? Ada ker UiTM kt Negeri Sembilan?


Ok, sekian laporan Balik Kampung Tanam Jagung. Sajer jerk tulis macam tu, padahal tadek pon tanam jagung ker, keledek ker, ubi kayu ker... Muahaahhahaha. hari Sabtu pukul 3.00pm kami dah gerak balik KL. Sazli tak larat nak drive balik lepas berbuka. Ngantuk nanti. Singgah Temerloh, bungkus Ikan Patin Masak tempoyak.. Perrrghhh...!!!


-EnD-

3 comments:

Filla said...

alamak..nama dia kasih..auwwww.. syoknyer begedil beso penumbuk! ai like...

Chooyaya! said...

ha ah, sama ngan anak hang. asal nama kasih jerk comel, asal comel jerk kompem nama kasih. bergedil sebeasr penumbuk tu bagus tau? makan skali jerk, pastu tak mintak dah. kalo makan sampai 2 ketul, mungkin ada bela jin dalam badan.

yatiyahya said...

balik hari sabtu ke ari ahad?
huish...