Wednesday, September 2, 2009

I Love You, Beth Cooper & Choc Brownies

Di satu pagi Jumaat yang indah, Suraya and her partner in crime Intan The Choc. Brownies dan Kaklong the nyonya jual sayur yang kekurangan kerja, lapar, malas dan sejuk telah mendapat satu idea untuk menonton wayang dan melakukan kerja amal melawat KLCC waktu rehat tengahari dan meliwat melihat atau menonton wayang.

Pasal dah tak ada movie lain yang sesuai untuk waktu rehat dari pukul 12.30pm - 2.20pm, so terpaksa la tengok cerita I love You Beth Cooper yang tidak la menghampakan dan tidak juga mengujakan. Sekadar so-so jerk la. Cuma best pasal dalam cinema terasa suam-suam kuku dan tidak perlu memberatur panjang untuk mendapatkan tiket atau tak payah la nak membau pop corn caramel yang diri ini sangat membencikan.

Kaklong ajak tengok cerita hantu. Mana nak korek cerita hantu time bulan puasa macam ni, pastu nak ajak tengok movie yang start pukul 1.30pm, pastu lagi sejam ni kiter nak buat apa? Makan? Dah dah. Jangan ngengada. Pasal Kaklong tak puas hati tak dapat tengok cerita hantu, dia nak bayar RM10.00 jerk for movie, pastu tanak tong-tong bayar parking. Yer la korang, parking KLCC ni bukan reti makan saman.

Takat tengok satu movie jerk, tak sampai 3 jam dah kena bayar RM6.00. Giler mahal. RM6.00 tu boleh buat beli burger mini yang sedap, lazat lembut dan comel dekat Kedai Roti Cold Storage tau?

Memula Kaklong jalan masuk cinema hentak-hentak kaki tanda protes, last-last gelak besar jugak bila tengok kebodohan dan kebendulan si hero dalam film ni yang penulis juga telah lupa kerana kekurangan udara didalam otak sekarang.


Ni poster filem ' I love U beth Cooper' lakonan Hayden Panettiere sebagai Hot Chic ganas yang kalo bawak kereta main langgar semua menda didepan mata bernama Beth Cooper dan Paul Rust sebagai Denis Cooverman yang giler nerd serta Jack Carpenter sebagai Rich Munsch yang giler bangang apabila membuat belon menggunakan condom (Lihat, awak semua telah membuatkan I terpaksa menggugel pasal filem ni untuk mengingatkan watak mereka semua - sangat nakhal tao?)

Huish, bulan-bulan puasa tengok cerita macam ni, mungkin kurang sesuai dan tiada pengisian ilmiah tetapi kalau berniat tak mau membuang masa rehat dengan tidur, mungkin tak apa. Dari mula cerita nih sampai habes mungkin baju pakai 3 pasang jerk kot? Pasal kisah ni dari malam, sampai ke pagi... Pastu habes.. Simple but nice... Ok la... Tak rugi sangat la... (Pujuk hati)

Muka suci berpipi merah kerana terlebih blusher bukan pasal sejuk sebelum berangkat ke KLCC

Kek Coklat

Lengang jerk KLCC bulan-bulan puasa ni. Kaklong plak sengaja ajak guna tangga, tamao guna lift pasal nak amek aura bau makanan dekat level 2. Sangat membangangkan alasan.

Baju hitam tu kepunyaan suami. Bila pakai, terasa macam kena peluk dengan beliau... Auuwwww.. And Kaklong, stop la buat muka macam tu okey? Plzzzz.....


Sebelum balik, I ajak Kaklong dengan Intan singgah dekat Cold Storage pasal nak carik Kek Segera Coklat pasal rasa teringin nak makan kek coklat lepas tengok blog Keary Irama. Cis! Bikin gua meleleh air liur jerk...

Inilah hasilnya!. Sedap jugak. Nak buat pun senang. Cuma perlu ada menda ni, minyak jagung 2 sudu, telur ayam sebijik, air dengan sedikit butter untuk buat cake siap dengan topping. Pastu paksa bapak beli coklat rice. Pastu terpaksa call dia 3 kali pasal memula nak bagitau suruh beli coklat rice, pastu macam mana nak eja coklat rice, pastu mana nak dapat, pastu macam mana rupa, pastu sesenang tunjuk jerk message I kasik kat dia, tunjuk dekat kakak dekat Giant Ampang Point pastu dia kena gelak pasal pergi carik coklat rice dekat bahagian kicap. Haha.


Sumpah burger mini ni sedap. Dah la bersaiz mini, pulak tu lembut dan hebat dan lazat.

Dah tu pulak, harga tulis RM6.90, pastu time bayar I marah-marah cashier pasal kenapa kena tax 10%. Nasib ko berasa sedap burger. Sampai ada orang kena makan half pasal kat rumah ada 4 orang, tapi burger ada 3.

Kesimpulannya, hari Jumaat sangat gembira pasal dapat tengok movie, makan burger sedap dan jugak pasal esoknya cuti selama 3 hari. Hari Sabtu I pergi ikut hubby bukak puasa dekat Umbai, Melaka dengan bebudak DanDan. Dah tak sabar nak tulis laporan, tapi Hadry la tak email-email lagi gambar. Nanti lama-lama basi la cerita tu. Ni semua salah Hadry dengan Linda.

P/s: Entry ni di label sebagai Office Activity, boleh tak? Muahahahahah. Yatie, kalo awak ada mesti lagi best. Meh la pindah KL balik, nanti tiap-tiap hari kiter carik tempat makan sedap-sedap macam dulu nak?



-EnD-

8 comments:

Anna Dayana said...

Kenapa namaku dah bertukar cokelat brownies ianya sangat itam melekat lah kaksu.
Kawan - kawan try ar mini buger tu..sangat sedap

~ keary bakery~ said...

wah wah suraya...awak tau nama penuh saya...cis....nanti datang johor sila oder kek coklat saya ok....WAJIB...ngeh ngeh

yatiyahya said...

i memang nk pindah KL...bosan kan duduk JB...hehehhe....

Chooyaya! said...

Intan : intan. kaksu namakan intan sebagai choc brownies bukan pasal warnanya, tetapi rasanya... intan kan manis dan baik, dan lurus = sama lazat dengan choc brownies

Keary : Keary, kek tu tak blh pos ker? hehe

Yatie : Pindah la sini yatie, awak ada kiter, kiter ada awak dan kita sama2 menghargai antara satu sama lain - tetiba. haha

yatiyahya said...
This comment has been removed by the author.
~ keary bakery~ said...

su.kalau boleh pos dah lama business kek aku menembusi pasaran indonesia..ceh...hehehe

Filla said...

uiii aiii..bestnyer tgk wayang time lunch break.. haku lunch time blk uma tido... kene charge batt..kan blik nak masak nak vacum nak sidai kain.. nak lipat kain..tetiba mengadu..huhu..

Chooyaya! said...

keary : tu la, susah la nak mendapatkan kek ko mcm tu, kalo ko rasa nak berkongsi resepi kek ko tu pun, aku sudy keary.. hehe

filla - eh filla, ko pernah tak kalo pas ko buat semua kerja tu, rumah ko dah bersih, kain dah sidai.. bila time ko nak rehat, nak duduk. ko bangun balik, and tengok balik kerja-kerja yg ko dah buat. aku slalu mcm tu, pastu rasa bangga sorang2 pasal umah dah siap kemas. kalo ko nak lg syok, ko sms la ngan kawan baik ko ckp yg ko dah siap kemas umah. kalo boleh, kasik ayat belagak sikit.