Thursday, November 5, 2009

Jom Main Pondok-Pondok

Masa weekend lepas, I pergi Pasar Malam Bandar Pusat Jengka. Pastu ternampak la kulat sisir... Ala, kulat yang tumbuh dekat pokok mati lepas hujan tu? Tau? Since bapak suka makan kulat ni, maka I pon beli....

Semalam balik dari kerja, tengok MIL dah siap rendam kulat ni. Bagus. I pon meneruskan operasi memasak 'Kulat Sisir Masak Air Mata Berdarah'. Nah! hambek kau! 2 genggam I bubuh cili padi, biar semua orang makan cirit... Muahahahahha

Tapi I buat 2 kuali la, 1 untuk bapak yang pedas-pedas manja, 1 lagi untuk I bawak bekal esok. Bila bapak makan dia cakap mcm ni, 'Ha... Ni baru la menantu masakkan mertua, biasa hang kalau masak, serupa macam nak bunuh bapak'. Hahahahha. Bapak tak tahan pedas.

Pastu I sms kawan-kawan esok I ajak party makan dekat surau. Haha. Semua orang pon sporting. Ada yang bawak nasik, sambal goreng, Ikan bilis goreng. Yang tak bawak apa-apa pun ada. Saper lagi? Semestilah Intan.

Ni la yang kami makan baruuuu kejap tadi. Ikan kembong masak asam pedas, Kulat masak air mata berdarah, sambal tumis dengan kicap dan ikan bilis goreng. Eh, kicap pon kira lauk ker?

Ok... Semua orang buat peace tanda gembira makan dan mengular ayam di surau... Nampak tv kat belakang tu? Ha.. Tu la tv hadiah cabutan bertuah yang tersalah teknik langsung tadek saper dapat. Pastu menghuni la tv ni dalam surau ni. Dah 2 tahun pon.


Intan ni pegang bekas lauk kulat tu, pastu tanya I, 'Kaksu, mana kulat? Tak nampak pon?'


Ahhhhhhhhhh...!!! Tak kira, walau blurr I tetap nak masukkan jugak! Hahaha. Intan la ni. Sabotaj I.

Ni la kulat sisir

Ok, I up lagi satu gambar kasik nampak sikit kulat sisir ni.


Resepi Kulat Sisir Masak Air Mata Berdarah


  • Bawang merah, bawang putih, cili padi barang seganggam (dah kata ari mata berdarah?), kunyit, ikan bilis.. Tumbuk.
  • Kulat tu, rendam sejam… Pastu bilas, pastu basuh and perah sampai keluar air dia and tumbuk kasar
  • Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk (cili) sampai garing, pastu masukkan kulat… masukkan asam jawa sedikit
  • Rasakan dengan gula, garam dan aji..
  • Pastu masukkan serai ketuk, daun kunyit (jika suka dan last skali masukkan santan)

Siap. Cubalah! Anda pasti tertawan (tetiba)

-EnD-

P/s : Walaupun lauk kami simple, tapi entah ek? Seronok makan-makan macam ni. Rasa macam picnic jerk.. Macam main pondok-pondok waktu kecik dolu-dolu. Lagi best kalau Yatie ada, mesti dia sumbat-sumbat nasik dalam mulut dia. Comel. Tssk Tssk. Yatie, I rindu U..

5 comments:

Anna said...

i baru tahu kulat tu macm mana..
apa2pun masakan tadi simple dah sedap..Semua bekalan licin...sonok sangat dapat makan ramai2..
Kaksu nanti kita boleh buat pot luck..

yatiyahya said...

hehehhe...ingat tak surau ni tempat u dgn i membuta masa posa ganti dulu...
u tau saper yg mewarisi i yg mkn sumbat2....cik nuha fateeha ok! yess!

Filla ~ Kasih Aleeya said...

bukan nama dia cendawan ke? ko sebut kulat dah aku bygkan kulat ijau2 tu okeh!!! eh wat masak lemak pon dap kan? tepek resipi pasnie.. tp ko kene pos satu pack kulat tu kat aku..kalo tak sampai mati aku takkan jumpa kulat ni jual kat ne...

Didi Nadhirah said...

cendawan ni mcm dah susah nk jumpa anyway sedapnye sambal airmata darah...dedulu mak sy sellau wat masak lomak cili api cendawan sisir masyk gak

Chooyaya! said...

intan : haha, mmg best, lagi best kalau intan next time bawak telur masak kicap..

yatie : ha ah, mmh la ingat.. surau ni banyak kenangan eh? rindu yatieeeeeeeeeeeeee

filla : kalau rupa mcm ni panggil kulat la wei. nanti aku balik kampung, aku belikan untuk ko, pastu pos. okeh?

didi : didi, wat masak lemak pon best jugak... auch! tak sabar nak balik kmpg and beli menatang ni lagik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...