Thursday, December 31, 2009

Back To School....!!!

Harini ini ialah hari terakhir I pergi kerja bersenang lenang tanpa jem yang hebat. Terasa macam, boleh tak kalau setiap tahun, cuti sekolah panjang kena ada 6 kali? Hehe. I pun boleh selamba relex keluar rumah pukul 7.40am dan masih sempat masuk office pukul 8.15am

Tapi I rasa, perkara tersebut tidak akan terjadi pada hari Isnin depan. Pasal skolah dah bermula, maka jalan di Kuala Lumpur akan back to normal. Sesak dan padat dan jem dan mungkin vavi akan keluar 3 4 ekor dari rumah sampai la ke office. Heh!

Tahun depan Aiman masuk darjah tiga. Sasha pulak akan masuk pra. Umur dia enam tahun.

Sasha sangat excaited tiap kali I call Ibu dia untuk bercerita pasal baju dan peralatan sekolah yang dia dah ada. I sebenarnya rasa macam tak percaya jerk budak becok tu dah nak bersekolah. Boleh ker dia? Nak berak nanti macam mana... Haha

The Conversation

Ibu : Kak Sha nanti tahun depan dah nak sekolah. Suka tak?

Sasha : Suka suka! Tapi Ibu kena tunggu Kak Sha tau? Nanti Kak Sha nanges.

Ibu : Mana boleh Ibu tunggu... Nanti cikgu marah. Hurm... Nanti Kak Sha nak berak macam mana?

Sasha : Entah la. Kak Sha tak fikir lagi....

Tak fikir lagi???? Haha. Sasha ni bangsa yang manja nak mampos. Yang jenis kalau dia berak atau kencing, Ibu dia kena masuk toilet sekali. Jenis yang kalo nak kencing, musti mau dengan Ibu sahaja dan akan kencing dalam seluar kalau Ibu tak sempat bawak pergi toilet. Macam mana la nak sekolah nanti tu....

Kasih menumpang baju Kak Sha dia. Dia pergi taska jerk. Tak payah nak ber uniform lagi. Kesian Kaseh. Bila nak baik ke KL, dia nanges nak baju yang sama dengan Kak Sha dia..



Geng Bas Sekolah..

Waaacha!


Untuk Aiman, Sasha dan Kaseh, selamat bersekolah.... Harap-harap Kak Sha akan improve dan jangan manja-manja sangat lagi. Pastu harap-harap dia tak tension kalau tak dapat tulis A B C cantik-cantik macam Abang dia... :)


-EnD-

No comments: