Thursday, December 31, 2009

Potong Rambut Di Tongkiat

Last week, cuti 3 hari I balik kampung. Suppose ada wedding Hanisah dekat Pantai Dalam on 26th December, tapi tak boleh pulak nak pergi since Mak kena demam campak. I memang saspen kalau Mak tak sihat. Nak pulak bila dia kasik tau I dia dah lucut semua barang kemas dia. Hish!

Sepanjang 3 hari dekat kampung, macam biasa I akan naik 2 kilo at least. Pasal banyak aktiviti makan yang berlangsung. Kalo laki aku tu, tak payah cakap la... Kussss semangat! Kerjanya makan makan makan. Berenti makan cuma time tidur jerk...

Hari Jumaat, De dengan Kaklong nak potong rambut. So kitorang pergi la ke pekan Cina yang dekat dengan rumah I, Tong Kiat nama tempat tu. Kalau orang-orang daerah Jerantut ni, sure tau tempat ni. Kat sini memang perkampungan Cina yang jenis kasihan pada mereka apatah lagi yang kerja di salon rambut bajet hot pakai boot Pua Chu Kang.

Tak boleh kutuk lebih-lebih, I bimbang rumah I nanti kena bom motar. Haha

Motif tutup jeragat Kak long?


Tengok muka Amoi potong rambut, tengok muka Kaklong, ada macam adik beradik tak? Ada iras-iras kan? Miahahaha. I pun taktau apa motif I tanya dia, 'Amoi, U pernah pergi Genting Highland tak?'

Kaklong tengah pilih gambar. I cadangkan dia buat style trojan, terus mulut kena sumbat dengan siku. De muka macam redha jerk... Cool giler salon ni. 2 orang jerk yang datang potong rambut. Pastu kena entertaint dengan Amoi tembam yang suka gelak bila I buat-buat nak amek gambar dia.

Kak, tak berhasil hasutan nko untuk suruh aku potong rambut jugak. I rasa, Sazli ok kot kalau I potong rambut, tapi Bapak yang tak suka... Dia suka kalau rambut I panjang jerk...

Ok... Ice cream time! Sekali balik kampung, tak sah kalau tak pergi kedai sehari sampai 4 kali untuk beli ice-cream. Seronok makan berebut-rebut dengan budak-budak kecik ni. Tapi biasa yang bergaduh nak eskrem sedap ialah bini-bini orang jerk


Makan dekat luar sambil menghirup udara segar bertemankan pokok serai memang best. Pastu takyah buat air, and makan nasik dengan sup ayam dan sambal kicap stok pedas sampai keluar buasir bunga.


Hari Sabtu kami pergi wedding kawan Mak. Mak wakilkan kami adik beradik. Pasal dia tak sihat nak pergi. Ok. Bawak satu rombongan. Sazli tinggal dekat rumah pasal terlupa bawak seluar panjang. Boleh tak?

Sanggup berpanas pasal nak tunggu orang siap main kompang. Pastu terus naik minyak and joget-joget dekat depan laman rumah Perantin. Ok tak. Tu tipu.

Selamat Pengantin Baru Rahim & Ina!


Tengah hari kami makan kenduri jerk, so petang Sabtu I pergi Pasar Malam dekat Bandar Pusat beli makanan banyak-banyak sampai membazir. Sazli senyap-senyap jerk beli eskrem gula. Dia cakap nak kasik Sasha dengan Kaseh, tapi I tengok dalam kereta dah selamat separuh.

Balik kali ni Kaklong masak Sup Ayam makan dengan Sambal Kicap Buasir Bunga, Ikan Patin masak tempoyak dengan buat Pecal. Sedapnya! I rasa kalau balik kampung tiap-tiap minggu mungkin tahun depan I dengan Sazli boleh masuk The Biggest Loser Asia yang Couple.

-EnD-

2 comments:

delyla said...

kg hang kek mno?

Chooyaya! said...

kek pahang...