Monday, January 4, 2010

Demam Kura-Kura

Sabtu haritu I pergi IKEA (lagi..?) Pasal I nak makan meatball 15 pcs (lagi...???). Tu tujuan utama I, pasal I sangat suka makan. Tujuan utama Sazli pulak untuk mencarik barang-barang untuk melengkapkan rumah. I rasa I dah datang awal giler, around 11.00am tapi bila sampai, parking hampir penuh sampai I rasa pelik, mereka semua ni keluar rumah pukul berapa eh?

Saz nak return back carpet yang dia baru ambik masa hari Khames haritu. Bila dah bentangkan dekat rumah, tengok carpet tu macam berbulu sangat la.. Sofa pulak jenis baldu, bukan leather, so nanti mesti jenuh kalau bulus-bulus tu semua melekat dekat sofa.

Ok fine. Hantar balik ke Ikea. Nasib baik la boleh. Memula Sazli saspen pasal dia dah ter-miss place resit but lucky jumpa balik. Tapi... Kata la kalau resit tak de... Sebenarnya still kiter boleh retun barang tu.. Bagus juga IKEA ni walaupun I rasa harga Sofa dekat sini kurang masuk akal la.

Tempat carpet masih lagi menjadik tempat kegemaran untuk berehat sebentar bersama kit-kat. I layankan ajer Sazli dengan carpet ni. Dah la sekarang memang I ter'drag' dengan Saz yang obses with white t-shirt. Dah la haku ni tembum, pakai pulak putih makin meriah la spare-spare tyre dekat pinggang.

Lepas return carpet merah yang I tak sempat ambik gambar tu, Saz ambik 3 lagi carpet untuk dining, dan jugak 2 bilik. Dan jugak kawan-kawan harini dia akan pulang balik yang kaler putih tu pasal nak tukar ambik carpet hitam semua..

I pulak, memang tak cakap banyak pasal masa masuk bahagian kitchen, I ambik barang masuk dalam troli macam haper jerk hentah. Saz dah purak-purak demam pasal sebagai wanita normal, I mustilah naik giler bila melihat periuk dan kuali serta pinggan mangkok. Kat sini, I ambik yang basic-basic jerk. Saz cepat-capat lari ke seksyen lain. Sedar-sedar I tengah bercakap dengan pakcik mana antah, bajet laki I. Rupanya dia dah lesap. Sibet sungguh!

Saz tanya I kenapa nak ambik bekas bawang sampai 3, I cakap la satu untuk bawang merah, bawang kecik and bawang besar. Pastu dia cakap, nasib baik bawang ada 3 jenis jerk, kalau ada bawang hijau, bawang biru, bawang kuning, mungkin semua lelaki dalam dunia ni akan pengsan. Haha.

Lampu ni memang Saz dah berkenan since pertama kali nampak, terus dia ambik. I suka jerk, tapi bila tengok harga, I rasa macam... 'Ada eh orang budus yang nak beli lampu yang macam kuali ni pada harga yang kurang munasabah'. Kata Sazli, kalau taknak beli kuali pon takper, ambik jerk cover lampu ni buat goreng bihun. Ceh!

Ok. Masa untuk membayar. Beratur la Saz sorang-sorang dekat situ pasal masa ni, I dah menggelupur kebulur, so terus carik karipap dengan hotdog. Makan kenyang-kenyang dulu sorang-sorang lepas tu baru tolong Saz dekat kaunter. Haha.

Muka tak puas hati pasal dah terlebih spend untuk kitchen. Haha. Sian sayang. Tu la, mana U tau pasal dapur... Manyak menda nak pakai tau? Kuali goreng telur lain, goreng ayam lain, goreng keripap lain tau? Tengok laki aku punyer kerja pergi susun sos-sos macam tu.. Haha.

Akhirnya tercapai jugak hajat nak makan meatball.. Tapi kensel la makan 15 pcs pasal I dah makan hotdog tadi, dah kenyang. Tapi walaupun kenyang, yang I peliknya, tetap makan habes yang 10 pcs. I rasa dalam badan I ada jin. Ceh! Suka jerk nak salahkan jin ada dalam badan walaupun I baca Bismillah sebelum makan. Jin mungkin dah mati. Mungkin I yang jin agaknya.


-EnD-

8 comments:

Liyana said...

alah!!!kalo x leh jumpa kak sue kat IKEA...kita gi ari jumaat...=D

Didi Nadhirah said...

hehehe kak su sy br dapat makan meatball tu eventhough dah berapa kali g br nk rasa lepas kak su promote dalam previous entry kak su..tp amik 5 je..sy tak tamak hehehe

Chooyaya! said...

aik, makan 5 mana puas hati mie....

Mimy Hamid said...

aku suka ko suka makan...best woooooo nikmat nikmat...len kali ko buat blog pasal mkan bayk2..bg aku kebulur

Chooyaya! said...

liyana : yer ker???? patot la kaksu terasa mcm nak call jerk... hehe

mimy : azam aku nak diet ni.. last la makan haritu. pasni tadek dah :p

delyla said...

aik hari2 bunuh setan mne lak dtg lg jin dlm badan nh? hehe...

Chooyaya! said...

delyla : mana ko tau aku bunuh setan hari2?

delyla said...

ala tgk dr muka ko yg berseri2 tersengih2 hari2 dlm blog... tau la

kekekekeke

p/s:bkn ko suke bunuh setan ke??