Friday, January 8, 2010

Cream Puff Beard Papa's Yang Tembam Lagi Gumuk

Finally....!!!

Dapat jugak I makan cream puff ni. Itu pun selepas gagal dalam percubaan membuat cream puff sendiri yang akhirnya bertukar menjadik kura-kura yang pemalu.

Terima kasih kepada yang simpati pada I diatas kekecewaan membuat cream-puf sendiri dekat rumah. I pon taktau la apa yang ada dalam fikiran I yang boleh buat I terfikir nak buat cream-puff sendiri.

Padahal I tau itu perkara yang hampir mustahil apatah lagi ketika I menggeget dan meratah cream-puff ini malam tadi, memang I tau, MUSTAHIL untuk mendapat yang sesedap ini sama seperti lagu dangdut Mas Idayu lagu Sedap.

Sedap ah sedap ah sedap!

Kalau la I tau Beard Papa's ni ada dekat Pavilion, sumpah awal-awal lagi I dah pergi carik. Selama ni I dok ingat ada dekat Midvalley jerk. Uish, agak jauh la kalau nak pergi. Terima kasih pada Nadia & Farahaini yang kasik info pada I. Dapat I makan cream-puff ni 3 ketul sorang-sorang. Sebenarnya bukan makan, tetapi lebih kepada I menelan tanpa kunyah jerk.



Nah sekarang, terimalah Vanilla Cream-Puff Beard Papa's yang sombong, gemuk dan tembam yang I amat geram sampai terketar-ketar jaw masa nak makan. Pastu kalau boleh nak sumbat seketul terus dalam mulut.

I ambik 3 vanilla dan 1 soklat. Tengok tengok! Meleh siottt....!!! Sedap! Sekarang I ucapkan dengan bangga dan belagak, 'padan muka pada anda semua yang sedang telan air liur tengok ni. Nasihat I cuma 1, jangan sesekali menimbang tepung dengan kulit telur dikhuatiri cream-puff anda menjadik bentuk kura-kura. Nanti nak marah-marah I pulak. Mana aci. Padahal I langsung tak bersalah.' Miahaha


Sebelom digomol


Sayang awak! Dah giler haper? Sayang kotak kuning ni?

Cream Puff Beard Papa's dekat depan J'Co Donut, Pavilion KL. Betul-betul Ho-liaoow! HA-HA-HA

Tak sabar nak makan. Harus terus menuju ke Starbucks. Nak makan terus. Taknak tunggu bawak balik rumah.

Terima kasih U, pasal bawak I malam tadi.

Masa dia dah siap hemsem-hemsem wongi-wongi dan I masih lagi seperti seekor katak layan cerita binatang dengan tv1 sementara tunggu waktu maghrib tinggal sipi-sipi untuk mandi, I tanya kekasih I ni, 'sayang nak pergi mana wongi-wongi ni?', pastu dia jawab.. 'Nak pegi Pavilion, carik cream-puff..' dengan muka paksa-rela. Comel sangat! Terus I rasa sayaaang dia sangat pasal I pun tak sangka dia nak bawak I. Hari semalam dia tension kena attend meeting yang banyak. Jadi dia agak tension tetapi masih ada masa nak layan isteri demok dia ni.

Always be my favorite, Caramel Ice Blended. Tapi pasal Sazli yang order, tetiba air ni jadik kurang manis. Ah.. Tak heran! Janji I dapat makan cream-puff gemok tu.

Kesayangan

Dracula

Rezeki dikongsi bersama... Muka I obvious eksaited. Intan pulak senyum pucuk ubi. Macam senyum dan tahan kentut dalam satu masa, maka hasilnya jadik macam muka Intan. Tapi mungkin espresi wajah kena lebih meneran baru mantap

Sekian sahaja penceritaan I untuk kali ini. I PUAS...!!! I sangat-sangat PUASSSS pasal I tahu, dalam senyap-senyap, lepas ni ramai silent reader akan telan air liur dan teringin nak makan cream-puff ni, sama macam I hari tu. 2 minggu akan terseksa U ooooollLLLLL....!!!!

-EnD-

11 comments:

Liyana said...

syabas!!!
trus kak sue msg yana mlm tadik ek?tak hagak-hagak beli 4 ketul trus...adeh...skang gue yg terliur tgk perisa cekelat tuh...sluurrrppp!!!!

J u l i a 。.゜✿ said...

Sue jahattttt..
mana nak cari beard papa's kat kuantan niiiiiiiiiii ! wuwuwwuuuu

jahat. jahat. wekk =P

Chooyaya! said...

Liyana : yerla, kaksu terus text luyana dgn nadiabayu. kasik tau makan creampuff sebagai tanda nak berkongsi saat2 manis kerana abg saz macam tadek rasa gembira pon makan puff ni. Ceh!

Julia : Alamak! Siannya Jue..!! Lupa Jue jauh...

Unknown said...

hellooo....nama salah eja lagi laa...sampai hati lupa nama i...

fendytini said...

sue tak baik tau.. terus rasa nk g carik cram puff jugak. tp mmg kental aah tgk sue bersusah payah nk buat cream puff sendirik.. huhh semangat!!

Syikin said...

sedapnye cream puff tu....terliur lak tgk ni...

Didi Nadhirah said...

huhuhu..tahniah kak su akhirnya dapat jua...teringat cream die yang sejuk n fresh tu

Chooyaya! said...

farah : ok bos! farainie. jahat la i ni lupa nama u. takper, janji i ingat u :)

kaktini : musti....!!! tp tgk result macam tu, putus sikit semangat.

syikin : syikin kan pandai masak, kena la cuba buat kt sana :)

didi : sekarang kaksu dah tak suka creampuff dah. hehe

Mimy Hamid said...

akhirnya dapat jugak ko...aku jugak terembes air liur..motip jeles telah timbul..pasni aku gi MV..hehehe tahniah tahniah..tak sampai sebulan kecur ko dh dpt

natashacherahim said...

akak...
kita sma..
sha pn suke cream puff..

melelehhhh sioott tgk benda alah tu

Chooyaya! said...

mimy : ko la punyer pasal ni aku ajdik ngidam cream-puff

sha : dah, lekas carik cream puff sekarang jugak dan kirimkan ke opis kaksu.. hehe