Friday, July 9, 2010

Memborong Durian di Tongkiat bersama Supitah Masjakim

Kan semalam I cerita pasal I teringin makan buah durian kan? So harini meh I tunjukkan kat nkorang semua mana nak carik durian kuning memikat jiwa tu. Sebelum itu, dinasihatkan kepada semua penggemar-penggemar durian tegar agar menutup mulut untuk mengelakkan dari menitis air liur.. Tis Tis... Sluurppp...

Ni lagi satu durian baka belagak nak mampos. Dah la jenis kuning ang-ang. Merujuk kepada Blog Fida kalo kuning ang-ang tu ialah kuning meroyan! Tapi disebabkan daya kekuatan cahaya camera henpon cabuk lagi hina tak setakat mana, jadi warna dalam blog sekadarnya sahaja la... Redha..

Durian ni I carik dekat Tongkiat. Bagi yang sekarang ni tertanya-tanya mana letaknya Tongkiat tu, tak yah la peramah-peramah nak carik dalm gugel mep ker apa, memang takkan jumpa punyer. Cube tahep Sungai Jerik kot-kot ada ker.. I pon tak meneterai lagi. Mekalau ada, kasik tau eh eh?

Ni beli dekat kawan Mak. Eleh Mak I tu, asal Cina dekat Tongkiat jual durian, semua pon kawan dia. Tapi yer la kot. Ni ha sebakul durian ni dia beli dengan harga RM25 sebakul. Pastu dengan kuasa mengapow yang teramat dasyat, 2 bakul sudahnya mak bayar RM40 jerk. Ok Mak, itu namanya pow secara kejam. Cucuk pisau dekat dada sekarang.

Hamek ko penuh satu bonet. Ala. Durian ni bukan la berkuali sangat pon, ni mak beli pasal nak upgrade stok tempoyak dia dalam peti ais. Mak jenis susah hati punyer la kalo tengok tempoyak dia menyurut. Pasal dia tau anak-anak semua hantu ikan patin masak tempoyak. So, stok musti selalu penuh jerk. Yer la, kalau nak beli dekat kedai, dah la sebungkus 2 hengget. Pastu kaler ala-ala tahik cirit jerk. Tak selera yaw nak makan. Eeeuwww.

Oh, nampaknya mak jumpa kawan Mak Jens (Mak Janda hot) satu kampung dengan dia. Cik Timah Pak Lebai. Wah. Nama package dengan nama suami sekali. Arwah suamim dia orang panggil Pak Lebai. Dah meninggal dah. Yang baju polka dot taknak kalah tu tauke lulian.. Aiyaaa nyonya, talak untung oo jual sama lu... Biasa saiya jual satu bakol 30 linggit oo... Ini suda manyak mulah lagi mau kulang ka? Cisin. *Cisin tu I sengaja tambah-tambah bagi sedap cerita.

De yang disangka adik oleh Pakcik molot tadek insurance menghina I secara terang-terangan dan tidak secara berkhalwat dekat kedai runcit Tongkiat masa I nak beli cendawan. Siot ok? Mementang aku gemok. Cakap depan-depan I yang I ni nampak macam kakak, De nampak macam adik. Fffine pakcik fineee...!!! Pakcik tengok la lagi 2 bulan, saya kurus macam Supitah Masjakim baru pakcik tau...!!!

Ni budak 2 2 ekor orang pon tak mandi. Aiman siap dengan baju tidur ok? Selamba jer dapat jalan-jalan naik kereta. Waktu masa ni? 11.00am. Bagus kan budak-budak zaman sekarang ni? Tak mandi mak ok jerk.. Cool jerk. Terai I masa kecik-kecik dulu, kalau taknak mandi pagi tak tersembul pulak bijik mata Mak Jens.

Sepet, gemok dan gembira. Harus la kan?



Lepas tu, kitorang berenti pulak kat tepi simpang Jengka - Tongkiat nak carik Pucuk Paku Merah untuk buat bubur lambuk. Sedap wwoooo kalo bubuh pucuk paku merah ni. Kalau makan, mau inzal 2 kali.

Pesanan kepada Yayang Demok : Harap tidak memijak tanah yang lagi depan sikit tu. Dikhuatiri akan terbenam kerana masalah berat badan berlebihan.

De gigih ko mencari pucuk paku merah. Kalo tetiba terjumpa ular ker, memang berterabur aku lari.

Pucuk paku merah secara close up ihsan dari google, kalau ada sesaper yang nak kenal la kan? Pastu nak mintak resepi macam mana nak buat bubur lambuk yang enak dekat I kan? Ala.. Macam taktau. Kan kan?


Tapi sekarang ni durian dekat mana-mana pon ada kan? Paling memberahikan kalau dapat makan pulut durian. Sedap. Pastu I pulak kalau makan sambal tempoyak suka yang jenis tumbuk denagn cili padi. Kasik buasir bunga aktif sikit.

Pastu makan dengan nasik panas. Ulam timun, kicap kipas udang merah dengan ayam goreng peha 2 ketul kalau boleh. 2 ketul tau? Bukan seketul. Cukup. Makan tu tiap-tiap hari pon ok? Dah kata orang kampung kan? Tak makan tempoyak kalo, mengada la namanya.

P.s : Persoalannya sekarang, siapa Supitah Masjakim? Saper yang dapat menjawab dengan jawapan paling kretif akan mendapat hadiah misteri. jeng jeng jeng!

Owh lupa nak kasik tau. Durian berkuali mesti beli dekat Kedai Elektrik Siew Lee. Macam mana dekat kedai Elektrik ada jual durian jangan persoalkan pada I, pasal I pon keliru. Takot nak tanya nyonya tu, nanti dia kasik makan kerusi. Taknak. I suka makan nasik dari kerusi.

-EnD-

9 comments:

Aleeya's Touch said...

murah gilerrrr! beli kat JJ sudah dekat rm50 sebijik jek! sakit hati kak su dpt 2 bakul rm40! jeless2! isk... bestnye durian nih ... gulpp..

dyba said...

kak, x try ke cari durian kat area kuala sentul & kampung baru? kaw sket~hehe..durian kampung ag..

Sharika Lincoln said...

wah sangat sangat sedap....nak luliannnnn

Melin Fork said...

sis, kamu di tag!!
tenkiuuuuuu~

ps:apesal macam tempting gila daun2 merah tuh??? *maapkan daku kerna gila ulam* tapi buat bubur?? apesal pelik sangat tu?? dah siap nanti kaksu post entry eh! nak tengok lazat ke tak! =P

-- said...

Eh.. ingatkan Tongkiat merupakan sebuah kedai basikal.. tak rupanya.

Bace blog ko ni kan.. memang buat aku bernostalgia lah.. cerita pasal ayamlah.. orang kejar vavilah.. pastu ni cite pasal pucuk paku merah pulak! Aku kecik2 dulu tu lah kerjanya..masuk belukar pungut pucuk paku merah ni.. masak lemak bilis..

Dan Supitah Masjikam pon buat aku teringat kampung aku..sebab ia berbunyi jawa..walaupun aku was2 nak teka sape individu yang dimaksudkan.

Rindu wohhh..rasa nk balik Batu Pahat sekarang dan masuk belukar cari pucuk paku merah lalu dikejar vavi!

Chooyaya! said...

aleya : mahal giler dekat JJ. Takper, lain kali kalo nak beli durian, timbang isi jerk. yang buat mahal tu kulit dia kot. kan ke berat?

ika : jom ikaaaa...!!! kiter party durian jom.

amelyn : nanti kaksu cek eh eh? eh... daun tu sedap oo kalo buat bubur lambuk...

fida : wei, ko jawa jugak kan? sama geng la kiter. arwah ayah aku nama sulatin. jawa ang ang. aku memang suka la nostalgia2 ni supaya nampak muda.

stella : eh, kat kuala sentul ada jual durian ker? sungguh? tak tipu? tipu dosa.....

ICAZIESYIRA said...

sebonet durian sangat tidak memuaskan hati! sedapnya!

Aleeya's Touch said...

kak su... itu dia bagi isi jek laa tuh.. dlm bekas polistrine tu.... isk3... geram je tgk kak su dpt byk gitu rm 40! x aci sngguh!

dyba said...

btoi la...org kampung yg juai..kaw ag dr cine 2 haha...bkn mahal ke kat knai nya 2?...hehe p/s: ble blej j1? jom bbq kat LUBUK U hahahaha