Tuesday, September 14, 2010

Ayang & Ayam & Emak

Dah. Malas nak cerita banyak-banyak. Saksikanlah gambar-gambar mak I dengan Ayam dan Ayang. Jangan tersilap ok? Ayam dan Ayang adalah 2 menda berbeza. Ayam adalah ayam dan Ayang ialah Ayang. Eh. Apa la explen macam ni, macam baik takpayah explen pon takper jek.

I sekarang stress. Stress pasal tak sangka yang I sebenarnya sekarang telah memakan rendang ayam-ayam comel yang dah menjadik arwah seperti gambar-gambar berikut.

Ayang kata the reason why dia point finger dekat ayam tu pasal, saper suruh ayam tu takotkan Ayang at first place? Eh eh ko ni Ayang, dengan Ayam pon boley jerk nak carik gadoh.

Ayang belagak mecho sebenarnya takot giler nak pegang ayam. Tapi kira berani la ni. Makcik salute. Kalo haku pegang ayam, seiring dengan penggelupuran ayam, gitu jugak la I menggelupur. Geli mat geli mat mat mat. * Geli tu cover line, yang sebenarnya kasihan. Tak sanggup nak tengok. Sedih sedih.

Yeah! Itu dia. Selamba pegang ayam 2 ekor sekaligus. Cayok la mak! Mak nampak jerk cool. Mana tau dalam hati dia ada pergolakan perasaan ker kan? Mana la kiter nak tau. Dah tiap-tiap hari dia main kejar-kejar dengan ayam tu, tetiba bila nak raya, ayam semua menjadik korban. Mesti la dia sedih. Eh Eh. Yerla. Mungkin mak tak sampai hati tengok ayam dia kena buat rendang, tu pasal mak tak makan rendang ayam. Baru I perasan!

Meh timang ayam meh!

Kijam kijam!

Dah selamat.. Innalillah....


Eh, orang kata kalau kiter kesian pada binatang yang kita makan tu, hukumnya haram kan? Kalau dah makan, masa tu rasa tak kesian cuma rasa sedap tapi bila dah tengok gambar baru rasa kesian dan menyesal, apakah hukumnya?

Renung renungkan dan selamat beramal...!! Ewah!

-EnD-

1 comment:

Rashid said...

ayam kampung? uiss bestnya.. nyummm nyumm ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...