Owh, sebagai insan yang jujur, I dengan rela hati bubuh jerk gambar shomot-shomot termasuklah gambar Sazli yang seakan mengandung tiga bulan dan diri sendiri yang seakan tidak mandi 3 hari. Takper. Asal niat kiter ikhlas, Allah bagi pahala. Eh apa ni?
Tahun ni, hari raya eve dan hari raya pertama di rumah mertua dulu.. Lepas solat Jumaat barulah I dengan Saz gerak ke Pahang.. So, meh kiter tengok rentetan peristiwa raya dari sehari sebelum raya sampailah raya ke 5. Harap tidak jemu. Kalau jemu makanlah jamu. Haha. Ok. Tak lawak.
Menu malam tu, nasik goreng cina, coleslaw sayur campur frozen, rusa, daging lembu, ayam, sosej, perut, lamb semua pon ada. Melayan nafsu si Sazli, gitu la jadiknya. Ececehe, tetiba Sazli punyer nafsu..Tok Che Amah pon ada datang dengan bibik serta Pak Nyang sekeluarga. Terlalu seronok membakar sampai terlupa nak makan ayam puas-puas. Dah 2 minggu baru menyesal. Dish Dish. Hantuk kepala dekat dinding sekarang.
Perut bakar cicah air asam. Ya ampun. Inzal lapan kali. Heh!
Seronoknya kalau raya eve dekat KL, I lebih santai. Tak payah sebok-sebok nak bubuh kuih dalam balang, tak payah nak masak juadah, tak payah nak tukar langsir semua... Relex habes. Cuma sebok masa nak prepare BBQ di malam raya jerk. Pasal, hari raya pertama Mak dengan bapak balik kampung ke Kedah 2 minggu, lepas tu juadah semua ambik dekat rumah Tok Che Amah yang all the Makcik's & Bibik dah masak.
Time berbuka dah boleh makan ketupat rendang semua. Tok Che Amah punyer kuah kacang memang terpaling best dalam dunia pasal kacangnya lebih halus dan mulus, dimasak bersama lengkuas sebeasr ibu jari kaki wanita dan jugak gula gerek. Sedap giler nyum nyum.
Kalau raya eve dekat Jengka, tak yah berangan nak BBQ bagai. Dekat dapur selagi tak banjir, memang tak sah. Menu lauk tak cukup 7 8. Pastu semua dah jadik macam tarzan. Takder der nak cakap elok-elok time ni, semua lebih kepada menjerit antara satu sama lain. Pernah sekali, konon nak rasa feel raya, sekali tidur pukul 2.00am pasal nak pasang langsir. Hambek kau! Nak feel sangat kan? Mak pulak, kalau buat rumah, tingkap tak mainlah 4 5, kena ada 20 kot baru dia puas hati.
Next stop, ke rumah Tok Che Amah dekat Taman Putra Ampang. Lepas solat sunat terus kesini. Lepak bersama sepupu-sepupu Sazli dan Makcik Pakcik, makan-makan selagi ada ruang dalam perut untuk diisi, sesi memberi dan menerima duit raya (Eh, Serius I dapat lagi duit raya dari mereka. Ini sangat mengujakan woh!)
Sarah, Akish, Aty & Yoyo - Semua kazen Saz. Ni separuh jerk ni. Ada ramai lagi. anak-anak Paksu takder dalam gambar. Pendek kata, meriah sungguh!
By 12.30pm, kami semua gerak balik ke rumah mertua. I packing-packing barang nak balik Pahang, Mak packing barang dia nak balik Kedah. Sazli dengan Bapak pergi solat jumaat. Tak payah susah-susah dah nak lunch pasal dah kekenyangan. By 3.00pm kami gerak saing tapi ke destinasi yang berbeza...
Bapak & Mak pun balik kampung dorang dekat Kedah. Muka bapak excited nak beraya dengan Mak dia pulak.
-EnD-
No comments:
Post a Comment