Wednesday, September 29, 2010

Cerita Hari raya Saya - Part 2

Hai kawan-kawan, bertemu kembali yer? Seperti yang dijanjikan, there you go my Cerita Hari Raya Part Kedua yang dijanjikan semalam. Hidup kalau berjanji dan tidak ditunaikan terasa stress woh! Walau tiada siapa yang menuntut, ok jerk kalau nak stress sorang-sorang. Ko peduli apa? Kan?

Eh eh. Tetiba jer garang. Bukan. Saya bukan garang kerana mengandung.

Oklah. Sambung balik. Masa on the way ke Pahang, tekak berasa sangat haus giler, tapi pasal rasa tak sabar-sabar nak jumpa Mak, kata kat Saz, terus jer.. Tak payah berenti. Dalam hati berdoa dan berdoa agar perjalanan di mudahkan dan Al-hamdulillah, dalam dua jam suku dah sampai Pahang. Wah ayat, tetiba jadik macam cerita dokumentari menunaikan umrah.

Bila sampai dekat kampung.

Assalamualaikum......... Acik.......... Ada orang dekat rumah tak? Kami datang nak beraya.. *senyap. *Ah sibet la, mana pulak mak ni...???? Orang dah la eksaited giler nak jumpa dia..! Skali Mak bukak pintu pura-pura ngantuk. Macam nak lempang jerk rasa. Haha. P/s: Jangan gurau kasar dengan Mak macam ni tau? Derhaka namanya.

Sesampai dikampung, Mak jer yang ada. Kaklong, De semua beraya. Tak kisah la. Yang penting nak jumpa Mak dulu. Tu agenda utama. Bersalam-salaman dan terus Mak paksa makan. Tak lama lepas tu baru la De balik dari Jengka 20. Mak, kenapa buat muka sedih? Sila la gembira sedikit.

Lemang, ketupat segera, ketupat daun kelapa, rendang ayam pencen, serunding, lodeh, hati masak hitam, kari ayam etc. Makan makan dan makan sampai sukar untuk bernapas. Tidak dilupakan, kuah kacang Tok Che Amah. Zedapnyer...!!! Persoalannya sekarang, kenapa boleh makan semua menda ni di hari raya jerk dan bukan di hari biasa?

Budak gumuk balas dendam makan. Hari ni kerja dia, makan makan dan makan jerk. Mak bertugas sebagai pelayan restoran. Masa ni konon-konon macam makan dekat restoran la ni. Masa sampai dekat kampung jerk, otomatik I akan bertukar menjadik resaksa gorogon hijau yang pemalas. Twist 360 darjah, dari rajin ya amat kepada pemalas ang ang. *Pidah, pinjam ayat ko lagi.


Petang tu I ajak Sazli ronda-ronda naik motor. Sajer ambik feel raya dekat kampung. Memang ternyata suasana beraya di kampung berbeza dengan beraya dibandar. Sebijik rumah tak kurang dari 3 bijik kereta ada. Budak-budak main kejar-kejar. Pastu aktiviti kunjung mengunjung jiran masih dilakukan, pastu ada mat rempit bawak motor wekang willy. Eh. Yang ni lain.

Hari Raya Kedua kitorang breakfast dengan nasik lemak ikan bilis bungkus daun pisang lazat dan enak yang disediakan oleh De dengan Kaklong. Sedap giler siot.. I buat kerja apa? Oooo.. Time hari raya, I amek kontrak sapu sampah dekat tanah keliling rumah. Tukang kutip sampah ialah Aiman dengan kadar upah RM5/day. Kalau Makcik ada dekat kampung sebulan, ko dah jadik orang kaya Aiman.

Lepas breakfast, yang pempuan-pempuan sambung kemas rumah. Eh. Tak paham la. Kalau kat kampung asyik kena masak, kemas rumah, masak, kemas rumah... Itu jerk kerjanya. yang jejantan, lepak main daun terup. Selagi tak lapar, tak berhenti.

Petang tu, lepas jerk menyediakan lunch, kitorang dah sebok untuk prepare BBQ pulak. Abang long grill dulu peha kambing tu. Ada 2 peha kambing. Hambek kau! Makan sampai pengsan. Pastu ada ayam, daging, ikan, sosej bagai, ada kentang wedges, ketam ball, udang ball, ciken ball, ball ball api - tipu, pastu nasik goreng cina, salad semua and buat 4 jenis pencicah. Black pepper, BBQ, Osyter & Mushroom. Gambar? Lupa nak snap. Bodoh bodoh.

Owh, raya ke dua I mandi pukul 4.00pm, tu pon lepas diri sendiri taktahan bau ketiak dah macam kepak ayam BBQ Pizza Hut. Ada bau macam hanget-hanget sikit. Yuck!

Keluarga Ngah datang semua, pastu kawan-kawan sekolah I ada la 5 6 orang, jiran tetangga serta keluarga Abang Halim. Tetiba rumah dah jadik macam kenduri mini. Makanan cukup untuk semua orang. Kerana BBQ ni la, I paksa mak beli peti ais yang macam kat kedai tu. Senang nak bubuh semua makanan. Lepas ni mak boleh jual aiskrim malaysia. Jawapan mak : Ah....Tak kuasa aku! Wah. Sombong siot...!!

Dekat KL, tempat BBQ lawo jerk. Dekat kampung, buat sendirik guna jaring lebih buat reban ayam mak dengan zink. Cara siot! Nampak tu, ketua tukang bakar, muka serius jerk.

Abang Long, Long dengan Ngah tukang bakar jugak. Yang dekat belakang tengah main buaian tu, orang dulu-dulu panggil mando. Orang sekarang panggil supervisor. I masa ni? Entah. Bizi dengan kawan-kawan kot. Masih lupa untuk makan. Bodoh bodoh bodoh! Menyesalnya...!!! Dalam melambak-lambak makanan tu, I cuma makan seketul ayam saja. Nice.

Ok. Nak jugak masuk gambar, berpura-pura tolong bakar padahal sebok-sebok sahaja. Tema untuk malam BBQ mestilah memakai baju bewarna merah. bezanya di rumah mertua pakai seluar tiga suku, di rumah mak sendiri memakai seluar suku sahaja.

Bila semua orang dah balik, start pukul sebelas, semua suami-suami dan sepupu lelaki main daun terup lagi. Dorang kata 'kocok'. Apa entah yang best sampai tidur pun pukul 5.30am. Kitorang perempuan-perempuan lepak ramai-ramai bentang toto depan TV pastu layan cerita hantu Indonesia. Hantu pocong kurangjaq yang kadang-kadang senggayut dekat bahu. Phobia kejap aku nak masuk toilet sorang-sorang.

Esoknya, semua pon bangun lewat. Cover balik yang tido lambat malam tadi. Kaklong dah nak balik ke KL semula. Dia dah ada kat kampung since hari Rabu. Dah 5 hari. Lagipon Along nak beraya dengan kawan-kawan dia dekat KL pulak. Hari ni baru lah I beraya betul-betul sikit. Kami ke Bera. Rumah De Mak Itam. Seperti yang diceritakan pada entry yang sebelum ni. Cek sendirik. jangan jadik pemalas. Tuhan marah.

Sasha, Makcik suruh bergaya ok? Bukan buat aksi lucah.

Dekat rumah Mak Itam, masa ni I cakap kat Kaseh, 'Aceh, buat peace bawah sikit, Nanti tak nampak muka'

Skali...!!! Hahahahahha. Makcik suruh bawahkan lambang peace, bukan 'bawahkan' badan. Hahahaha

Semua muka sepesen jerk kan? Dah kata sedarah daging...*Ni dah kat rumah De Mak Itam dekat Bera. Tengah struggle menahan lapar kerana tak cukup nasik. Sabar Su, Sabar... Eh Mak? kenapa pegang Ayiel??? Ini boleh menimbulkan kemarahan ni! U kan gf I? mana boleh U pegang orang lain.. Grrrrr

Senyum kepura-puraan. Padahal lapar giler siot masa ni! Terasa macam nak makan budak. Aum aum.

Sampai dekat rumah dah petang. Malam tu De masak ikan patin masak tempoyak. Giler sedap! Memula menahan diri taknak makan... Konon pasal dah makan masa siangnya.. Skali pukul 10, gua dah tak tahan beb. Sazli gelakkan ajer.. Sambil layan cerita hantu, sambil makan. Eleh. Salah ke makan pukul 10? Salah ker????

Time to go... Esoknya, hari raya ke 5, I pon balik KL. Tu pun pasal hari Rabu dah kena masuk kerja. Masuk kerja sehari, berfb, berblog, nap dan mengular dan balik. Pastu sambung balik cuti sampai Ahad. Macam buat kerja sia-sia. Kerja bodoh. Macam korek idung, calit bawah kerusi. Sia-sia kan?

Sekian cerita raya I untuk tahun ni.. Dah macam diari harian dah aku nengok. Berpinau mata apdet panjang-panjang macam ni. Lepas ni I akan apdet pasal menghadiri open house pulak eh? Rasanya, raya tahun ni lebih teratur sikit dari tahun lepas. Semakin bagus. Teratur la sangat sampai tak sedar baju raya ada 8 helai. Haha.

-EnD-

5 comments:

-- said...

weh.. aku bace entry ko sambil picit-picit kalkulator kira kalori!! wahahahaha... eh..sama macam aku lah.. raya.. makan-makan-makan sampai berat naik 4kelo dalam masa seminggu sahaja.. tahniah aku!

ko tulis 'mando' pon aku suka.. kau tulis 'kocok' pon aku suka.. sahhh jawa!

sharilfariz said...

raya bersama rakan2 mane?

Chooyaya! said...

fida : aku iso la ngomong jowo, tapi sitik2 yo la.. ko takyah peramah2 nak kira kalori.. jgn nak kasik aku stress. aaargggh!!!

skate : tunggu skate, jap2lagi maksu apdet eh? lagi2 dkt rumah artis macam skate

theblabber said...

so bila lak nak belanja aku bbq ni?
lalalala

Chooyaya! said...

bila? grrrrrr